Saturday, January 19, 2013

Sembang Santai Selebriti

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan satu program anjuran surau di kediaman kami..Program Sembang Santai Selebriti..Panel undangan ialah Ustaz Zulkifli, saudara Sham Kamikaze dan Farah Asyikin OIAM..Program sembang2 ni adalah sesi perkongsian artis2 undangan mengenai pengalaman mereka berhijrah..Alhamdulillah..suka sangat tengok kebelakangan ni ramai artis kita sudah berhijrah kepada fitrah Islam..Farh asyikin sangat simple orangnya..langsung takde tabarruj..sopan sangat dan sweet :)


Dalam banyak2 perkara yang mereka kt atas tu bualkan, ada beberapa point yang menyentuh jiwa yang ingin dikongsikan bersama..

Daripada saudara Sham Kamikaze..katanya sewaktu berhijrah, ibubapanya sangat gembira tetapi tak pula menunjukkan reaksi dihadapannya. Tapi bila bersembang dengan ibunya, ibunya sangat bersyukur kerana doanya selama 35 tahun telah diperkenankan oleh Allah..betapa mulianya seorang ibu..tak jemu2 mendokan anak..memang betul..seorang ibu tu, walau buruk mana pun anaknya, tetap menerima anaknya dalam apa jua keadaan..

Daripada Farah pula, setelah berhijrah ni, dia meninggalkan apa sahaja perkara/benda yang menyusahkan dirinya untuk mendekatkan diri dengan Allah..istiqamah pd jalan Allah..sebagai contoh, dia kini x bermekap dah sbb bila bermekap ni akan menyusahkan bila nak solat, pakai pakaian yang sesuai dan mudah untuk dibawa bersolat..tak perlu bawa telekung...yang paling saya segan dengan dia ni..dia akan solat di awal waktu setiap waktu solat..ohh malunya..walaupun saya menutup aurat sejak baligh, sekolah agama, saya sering leka..solat pun kadang2 tidak di awal waktu..kagum saya dengan semangatnya..

sempoi kan Farah Asyikin? :)

Daripada perkongsian mereka ni saya sering mengingatkan diri ini untuk tidak melihat seseorang itu pada masa lampaunya..yang berlalu itu biarkanlah menjadi sejarah..yang paling penting ialah masa depan..kalau baik mana pun kita dulu2 tak menjamin kita baik sampai hujung nyawa kita kan? sbb itulah kita perlu selalu berdoa semoga sentiasa ditetapkan iman, istiqamah pada jalan Allah..smg pengakhiran kita juga baik2 :)

Sunday, January 13, 2013

Shaklee Collagen Powder:Testimonial

Gambar hiasan

Anda biasa mengalami masalah cracked heels? Buruk rupanya bila tengok tumit merekah ni kan..Oh saya pun sering mengalami masalah tumit merekah ni..Tapi yang di atas tu bukan kaki saya lah yer :)

Biasanya apabila tumit kaki merekah ni saya selalu sapu bio oil..ok lah, kurang sikit merekah tu..Tapi sejak mengambil Shaklee Collagen Powder lebih kurang sebulan lebih (nak masuk kotak ketiga), saya dapati tumit kaki ni dah tak merekah lagi..licin aje macam gambar kat bawah ni :)) Syukur alhamdulillah..

Gambar hiasan
Best kan! Siapa2 berminat nak order Collagen Powder bolehlah contact saya..

Sihat & Cantik selalu!

~nisadahri~

Sunday, January 6, 2013

Chilled Oreo Cheese Cake

Saya belum pernah try baking lagi...Ade la biskut raya yang mudah2 macam  cornflake, biskut badam, butter cookies resepi omak den..Kek belum pernah lagi..Dulu lepas habis SPM pernah try..tapi tak jadi..tak sedap langsung..hehee

Baru-baru ni dah google beberapa resepi non baked cheese cake..macam mudah sahaja cara membuatnya..Pagi tadi dah membeli bahan2nya..Cuma menunggu mood mem'baking' saja ni...Nanti kalau dah jadi keknya saya postkan di sini..hihiii

gambar: food-smut.com
~nisadahri~

Friday, January 4, 2013

Sarah turns 22 months today

Alhamdulillah, Sarah Ardini sudah berusia 22 bulan hari ini..Lagi 2 bulan anak mommy akan berumur 2 tahun..Sudah 22 bulan jugalah perjalanan breastfeedingku..Berbaki lagi 2 bulan..Tetapi insyaallah akan ku teruskan menyusukan Sarah selagi dia masih mahu..

Ohh..inilah kamu ketika baru dilahirkan


Kini kamu sudah berusia 22 bulan


Mama doakan kamu dikurniakan kesihatan yang baik untuk membesar menjadi anak solehah yang diredhai Allah dunia akhirat..Mommy love you sooo much darling..U'll always be my little girl :)

Wednesday, January 2, 2013

Ulangtahun kelahiran ayahanda

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari kedua dalam tahun baru 2013.

Hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran almarhum abah saya yang ke-55 tahun. Pada tarikh ini juga almarhum abah dikebumikan (2/1/2011). Dikebumikan pada hari lahirnya yang ke-53 tahun ketika itu..

Hanya doa daripada kami anak-anakmu sentiasa mengiringi perjalananmu di sana. Semoga Allah menempatkanmu bersama para solehin..Semoga abah tenang di sana..

Al-fatihah

Tuesday, January 1, 2013

2013..what's ur resolution?




Selamat tahun baru 2013! Semoga kehadiran tahun baru menjadikan kita insan yang lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Menjadikan kita insan yang mempunyai nilai tambah dan memberikan manfaat kepada orang lain..

Azam tahun baru? Apa azam tahun baru anda? Ohh ya, saya telah memulakan azam tahun baru saya sejak 1 Muharam yang lalu..

Tahun ini juga menyaksikan peningkatan usia kita kepada satu angka lagi..Apa ada pada angka? Semakin tua lah kita..Biarlah pertambahan usia kita ini diiringi dengan bertambahnya kebaikan yang kita lakukan..

Alangkah ruginya jika kita masih berada di takuk lama..masih bergelumang dengan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat..tepuk dada, tanya iman :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...