Ada 3 lelaki dalam hidup saya...almarhum abah, adik lelaki saya dan suami saya..mereka adalah antara orang penting dalam hidup saya..Almarhum abah, tanpanya saya tidak wujud di dunia ini...tanpa didikannya, saya tidak menjadi seperti hari ini..terima kasih abah..
adik saya, Asyraf juga penting dalam hidup kami..kerana selepas abah meninggal dunia, dia adalah ketua keluarga kami..dia juga akan jadi wali utk adik bongsu saya bila tiba masa dia nk bernikah nnt..dia juga menjadi peneman mak dan kami adik beradik..maklumlah keluarga kami keluarga kecil saja...jadi kami amat appreciate each other..
lelaki terakhir yang amat penting dalam hidup saya tak lain tak bukan, chenta hati saya lah...hehehe..dialah penentu syurga saya..dia juga wali kepada anak dara saya,Sarah Ardini...saya amat bersyukur kerana Allah telah mentakdirkan dirinya utk menjadi suami saya..Smg dia menjadi suami saya di dunia n akhirat, ameen..
Bersempena sambutan Hari Bapa ni, saya ingin mengimbas memori manis pahit bersama almarhum abah saya, Yaacob Hj Razali...kalau abah masih hidup sekarang, abah berusia 54 tahun..tp takdir telah menentukan abah hanya hidup sehingga usia 52 tahun..kurang 2 hari sebelum abah menyambut ulangtahun kelahirannya ke-53thn pd masa itu..
Abah saya ni kalau tengok rupenya mmg nampak serius, garang aje..tp sebenarnya abah saya ni kelakar juga orangnye..suke buat lawak..mmg garang..tp bertempatlah..ingat lagi masa kami kecil dulu, masa tu aku dan adik keduaku je ada masa tu..masa tu mmg garanglah abahku itu..rotan n penampar tu biasa dah...tp mungkin juga masa tu begitulah cara didikan mak ayah kita kan..berbanding dgn 2 org lg adikku yg kurang kene rotan..masa tu pulak cara didikannya berbeza..lebih berlembut..kl zaman skrg ni mak ayah pukul tampat, anak2 lari dari rumah..
Masa sekolah rendah dulu abahlah cikgu tuisyen ku..guru mengajiku..dan masa remaja, abahlah yang ajar saya memasak, menyiang ikan, menggosok baju..hmmm..abahku mmg pandai masak..tiba2 rindu pulak masakan abah..kentang kicap, ikan sambal, ikan masak tauchu, nasi goreng cina dia..mmg marvelous lah..even skrg ni kl mak masak ikan sambal n ikan tauchu mmg x sama rasa ngan abah masak...rasa menyesal lak masa abah hidup dulu tak belajar masak dari abah....huwaaaa..
Masa nak ambil result SPM dulu, abahlah yg menemaniku..ye lah..masa tu duk kt Nilai, sekolah pulak kt USJ..jauh tu...so mmg abahlah yg kene hantar daku...Pagi2 buta abah dah bawak daku ke sekolah...padahal dpt amik result petang...lama giler kami tercongok kt sekolah..dengan berdebar2nya mak aihhh...tp alhamdulillah result SPM cukup membuat mak abah gembira wlpun x secemerlang rakan2 lain...aku sangat bersyukur krn masih berpeluang melanjutkn pelajaran hingga menara gading..
Teringat pula masa belajar di Unimas, abah ade kirim nota pdku..syahdu betul bila ingtkan balik memori dulu...smpi skrg aku masih mencari nota tersebut utk kenangan tp mash belum jumpa..mungkin ada di sebalik timbunan kertas2 di bilik rumah kami..
Dulu2 masa aku terdengar perbualan mak ngan abah pasal permohonan abah utk jadi attache di luar negara, aku mesti x brp suke..aku selalu berdoa spy abah x berjaya interview...jahat kan aku???ye lah..masa tu kiteorg masih sekolah lg...kl abah bertugas di luar negara, sian pulak dkt mak kt sini..x pun kl mak ikut skali kan ke kesian kt kami??hehehe..tp mmg rezeki abahlah..dpt juga dia merasa berkhidmat di luar negara di akhir hayatnya...
hari2 terakhir abah sebelum jatuh sakit
Abah berkhidmat sbg attache imigresen di Karachi, Pakistan..wlpn negara tu bergolak n nmpk cam tak besh tp aku merasakan abah hppy je dok sana...byk simpan duit sbb kos sara hidup di sana murah..ada je barang yang kitorg kirim kt abah...kemeja lah, tie lah...kasut lah...crocs lah..tu blm lg kain pasang cotton, makanan lg...huhuuu..tp abah mmg seronok bershopping di sana..blh dikatakan setiap minggu dia akan ke sunday bazaar beli brg2 yg kami kirim...kiriman terakhir kami sblm abah kembali kerahmatullah ialah buah delima, kemeja...masa tu abah dh siap2 beli dah..kira2 2-3 wks sblm abah dijadualkn pulang ke Msia bersama mak..abah mmg plan nk cuti masa tu..siapa sangka takdir Ilahi telah menetapkan dia pulang utk selama-lamanya..
Abah tak pernah masuk hospital selama hidupnya...cuma masa di Karachi itulah aku rasa abah admitted..masa terima msg drp mak mengatakan abah masuk hospital, suspected hepatitis A, aku jd cemas...actually petang tu aku baru je survey2 flight ticket ke Karachi sbb kami ada plan nk celebrate eid di sana bersama abah..dpt je msg mak, aku terus google penyakit hepatitis A..biasanya penyakit tu disebabkan persekitaran yg x bersih, air yg tercemar, begitulah..so aku sedikit lega sbb penyakit ni x serius sangat..keesokan paginya, selepas selesai solat subuh, aku terima sms mak "jangan terkejut, abah koma sejak mlm td..x tahu lg mcmn..bgtau adik beradik abah"..ohhhh ketika itu, mahu gugur jantungku...terus aku call adik2ku maklumkan perkembangan terkini abah...lps tu call opah di kampung minta maklumkan kpd adik beradik abah yg lain..aku call mak bertanyakan keadaan abah..mak menenangkan daku..mak kata ada org yg koma 2 minggu, 2 bulan kemudian sedar...banyak kemungkinan boleh berlaku...aku pun sedikit tenang..dan mengambil wudhuk utk baca yaasin utk abah...few minutes after that, terima satu lg msg mak "abah tlh kembali kerahmatullah pd jam 6.23pg (waktu karachi), alfatihah"...Allahuallah...gelap seketika duniaku...abah yg kusayangi sudah tiada lagi...abah yang kuhormati sudah dijemput oleh penciptaNya tanpa sempat kami melihatnya, berada di sisinya buat kali terakhir...abah meninggal dunia pada 31 Disember 2010..di saat orang sibuk nk menyambut tahun baru 2011..tp padaku tiada makna menyambut tahun baru..abah x sempat melihat cucunya yg bakal lahir pada Mac 2011..Allah lebih mengetahui yg terbaik buat hamba2Nya..tidak dapat kubayangkan bagaimanalah mak di sana seorang diri menguruskan jenazah abah di bumi Karachi...mujurlah kita ada rakyat Malaysia yang byk membantu menguruskan jenazah abah....
pusara abah di Presint 20, Putrajaya
Jenazah abah diterbangkan pulang ke sini mll pesawat Pakistan Air..tibanya di Malaysia pada 2/1/11, pada ulangtahun kelahirannya ke-53thn..abah dikebumikan pada ulangtahun kelahirannya...itulah kali terakhir aku melihat wajahnya...Allahuallah, begitu tenang jenazah abah..masih hangat terasa..jambang abah yg putih sblm ini kulihat berwarna coklat..hairan juga dalam hatiku pd ketika itu..nmpk muda wajah abah...smg pengakhiran yg baik utk abah dan smg mudah urusannya di alam barzakh sana..
Buat abah, walaupun abah sudah tiada lg di dunia ini, kenangan bersama abah tak pernah luput dr ingatan kami...terima kasih kerana menyekolahkan daku ke sekolah agama..aku belajar ilmu dunia dan akhirat...terima kasih krn memukulku waktu kecilku kerana skrg aku menjadi manusia yg berguna..terima kasih atas segalanya...aku tidak mampu utk membalas segala jasamu kerana tiada ternilai apa yg telah dikau berikan kpd kami adik beradik..hanya doa yg dapat kami sedekahkan kepadamu...smg rohmu bersemadi tenang di alam sana dan smg jasadmu dipelihara dr azab kubur...itulah doaku tak putus2 buatmu..
Alfatihah....
my beloved mak & abah