Monday, August 27, 2012

Ramadhan berakhir, Syawal menjelma

Entah mengapa yer tahun ini tidak terasa nak beraya sangat..Sayu mengenangkan Ramadhan yg telah berlalu..Rasanya terlalu pantas masa berlalu..Apalah sangat amalan yg sempat daku lakukan..Semoga amalan hamba yg tidak seberapa itu Kau terima Ya Allah,ameen..Syukur alhamdulillah ramadhan lalu aku dpt berpuasa penuh..menjadikan 3 ramadhan berturut2 aku dpt berpuasa penuh :-)..Tahun 2010 mengandungkan Sarah, tahun 2011 menyusukan Sarah exclusively, tahun 2012 menyusukan Sarah ttp tidak lg eksklusif..

Jom kekalkan momentum Ramadhan dengan berpuasa sunat Syawal! Tak susah pun..kalau rasa tak mampu nak puasa direct 6 hari, puasalah 2 hr di awal, tengah dan akhir syawal..kl x mampu gak,buat isnin dan khamis selama 3 minggu..Islam itu  mudah..Islam itu indah..


Friday, August 24, 2012

Testimonial: Performance Drink (PD) Shaklee

Saya mengambil produk Shaklee ni tahun lepas, semasa berpantang selepas melahirkan Sarah. Disebabkan saya melahirkan Sarah secara pembedahan, jadi saya tidak mengamalkan jamu tradisional semasa berpantang. Lalu saya memilih set berpantang Shaklee..Sejak dari berpantang sehinggalah hari ini saya masih mengambil supplement Shaklee..Alhamdulillah badan saya serasi dengan Shaklee..

Sepanjang bulan Ramadhan lalu, saya sekeluarga mengambil Performance Drink dan ESP..Performance drink ni berfungsi seperti minuman isotonik yang lain di pasaran. Biasa kalau demam kita akan makan panadol beberapa biji kan untuk melegakan badan..Tetapi sekarang ni kalau demam, saya hanya bancuh segelas PD ni dan alhamdulillah demam kebah dan badan kembali bertenaga.


PD ni biasanya saya akan minum sewaktu bersahur dan waktu berbuka. Rasanya seperti oren Tang..hihihh..Alhamdulillah, mmg berbeza..Jika tahun lalu, waktu berpuasa dan menyusukan Sarah, saya mesti akan rasa dahaga yang amat..Tetapi sbb puasa kan..so tahan aje lah. Tp tahun ini, walaupun tidak lagi menyusukan anak secara eksklusif kerana saya telah mix dengan FM,  Sarah masih kuat menyusu badan. Alhamdulillah, rasa dahaga sewaktu menyusukan Sarah mmg sudag tiada..Badan rasa bertenaga, alhamdulillah..bibir pun tidaklah merekah dan berdarah seperti tahun2 sebelum ini..

Jom kita tengok apa yang menarik tentang PD ni..

Untuk pengetahuan anda, Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Ia mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Produk ini terbukti secara klinikal yer.Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat:


• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Oh yaaa..biasanya bila nak masuk bulan Ramadhan, PD ni mmg laku macam pisang panas...selalu out of stock. Ramai yang buat stok di rumah utk minuman seisi kelurga..Kalau anda alami cirit birit, minum aja segelas PD..Insyaallah, badan kita tidaklah dehydrate..
 

Thursday, August 23, 2012

Ceritera Raya..

Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan di sini. Kisah di hari raya pertama di kampung. Seorang kawan lama mak saya datang berziarah ke rumah tok di pagi raya. Kawan sekolah mak, so banyak perkara yang disembangkan..dari kisah kawan2, kisah anak2..anak dia PTD...sangat bz..huhuu..siap makcik tu tanya aku mcmn dpt PTD la..pergi exam under SPA ke dapat under JPA..huhh mcm2 soalan lah..makcik tu ckp kl siapa yg dapat under SPA mmg cream of the cream lah...huhuuu..ye ke acik? so saya ni salah sorang cream of the cream tu ke? saya pun bukan mudah nk melepasi stage pertama..jawab exam pun dekat 3 kali kot baru lepas..hahaaa..apa pun, saya tetap percaya ia adalah rezeki daripada Allah...saya hanya insan biasa..bukanlah cream of the cream itu..

Ok...berbalik kepada topik sebenar yg ingin dikongsi...dipendekkan cerita..sebelum kawan mak saya ni balik, entah macam mana ntah keluar pula topik cerita pasal anak dara dia yang dulunya gemuk..dlm sebulan dua boleh slim..so mak saya tanya apa rahsia kurus anak dia...Makcik tu pun ckp anak dia pakai Premium Beautiful...ahhaaa..skrg ni anak dia buat bisnes pulak..sbb ramai yg kagum tgk anak dia dah slim...Makcik tu pun pakai PB juga sbb katanya kurang selesa tang perut yang buncit itu..Biasalah kan..kaum ibu ni mmg x blh lari dari masalah perut buncitt...So makcik tu cakap mmg selesa sangatlah selepas pakai PB korset ni..Baju kurung (spt dalam gmbr di bawah) tu pun boleh muat semula selepas memakai PB..sebelum ni x muat pun..Makcik ni tua setahun dari mak saya..So umur dia 55 tahun..mak saya yang pakai tudung coklat tu..

Makcik Rosnah & mak saya

Makcik umur 55tahun pun pakai PB uolsss..Uols yang mudah trang tang tang ni kalau pakai PB korset lagilah meletops kan...nak nak di musim raya ni..faham faham ajelah..makanan mmg sedap belaka..rendang lah..lodeh lah..satay lah..nasi beriyani pun ado...mmg musim menternak lemak jugalah..penat je turun bbrp kilo masa puasa aritu..kalau tak jaga makan masa raya ni, naik berkilo2..huhuuu...

Senang je, pakai korset PB ni setiap hari minimum 8 jam..terkawallah sikit kuantiti makan anda tu..Jadi anda tak perlu risau berat badan anda naik di musim raya..Kalau saya, saya tambahkan dengan pengambilan lecithin dan alfafa..So lemak2 dapar disingkirkan..toksin pun dikeluarkan dari badan kita..

Jom SIHAT & CANTIK dengan Premium Beautiful..Kepada anda yang nak dapatkan satu set korset PB, contact saya yer..Harga RAYA untuk anda!!



Wednesday, August 22, 2012

Eid Mubarak!


Alhamdulillah, sudah masuk raya keempat hari ini..

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam idulfitri kpd semua muslimin di mana jua anda berada..Mohon kemaafan dari hati yg luhur ini andai ada bicara dan tingkah laku yg mengguris hati anda..Maaf zahir batin ya..


Raya kali ini kami sekeluarga beraya di Taiping, Perak..Kampung emakku..Kami bertolak pulang dari Putrajaya Sabtu pagi lebih kurang jam 10pg...seperti yang dijangka, jalan memang sesak..biasanya perjalanan pulang ke kampung dalam 3 jam aje..perjalanan kami lbh kurang 7 jam!! Heh, lebih kurang perjalanan pulang ke pantai timur pula :)

Seperti kebiasaan, raya disambut dengan kesederhanaan sahaja..Ramai betul tetamu yg berkunjung ke rumah tok kami..dari tengah hari sampai lah malam..sehingga kami x ke mana mana pun..hanya duduk di rumah melayan tetamu...memang kebiasaannya ramai tetamu yg datang ke rumah tok..kalau kami sampai kampung petang, mmg x merasalah ketupat palas n rendang tok tu...tu yg kali ni blk awal sehari :)

Ini menu iftar di hari terakhir Ramadhan...kari ayam, bawal sweet sour, tepung talam favourite saya..mcm2 lagi..ada yang tiada dalam gambar...

Wednesday, August 8, 2012

Testimonial!!

Sudah masuk bulan Ogos rupanya..kita sudah berpuasa selama 3 minggu..how time flies!! Next week sudah mahu raya..So kawan-kawan, apa pencapaian anda di madrasah Ramadhan kali ini? Sudah cukupkah bekalannya? Ohh bila difikirkan pencapaian diri sendiri ni terasa takutnya..apalah sangat pencapaian diri ini utk ramadhan kali ini..thn dpn blm tentu bertemu lagi..ruginyaa rasa x gunakan sebaik mungkin..Ok kawan-kawan, sementara masih ada kesempatan ini, gunakanlah sepenuhnya..rugi sangat masa bulan mulia ni kita habiskan masa nonton tv, movie, dgr lagu2 duniawi ni aje..

Di kesempatan ini saya nak share dengan anda testimonial salah seorang client saya merangkap opismate saya..Dia pakai PB since Jun lepas..baru 2 bulan tp hasilnya sangat memuaskan..berat badannya turun secara tetap walaupun x banyak..dan paling best, baju yang ditempah b4 pakai PB sekarang ni sangat besar dan terpaksa dialter semula bagi kecil..paling best, baju2 tahun 2010 yang dulunya tak muat, sekarang dia dah boleh pakai semula!!
Alhamdulillah..smg dia berjaya mencapai berat badan impiannya iaitu 50kg! Chaiyyo2 babe!!

Kawan saya dah berjaya..anda pula bagaimana?? takkan nak tengok aje org lain ramping dan langsing dan dapat memakai baju2 lama?? Masih ada masa lagi ni..pakai PB di bulan ramadhan ni lebih cepat anda akan dapat kesannya..sbb masa kita berpuasa ni anggota badan berehat..jadi mudahlah lemak2 disingkirkan melalui toksin..

Siapa2 yang nak dapatkan PB dengan harga istimewa, sms/email saya yer!!

Slmt berpuasa!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...