Saturday, August 31, 2013

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Kita menyambut kemerdekaan negara yang ke 56 pada tahun ini..



Syukurlah kerana kita masih aman di sini sedangkan saudara seagama kita di Mesir, Syria, Palestin, Myanmar, Thailand setiap hari bergelumang dengan darah..Jangan lupakan mereka di setiap doa kita..

Mari kita pelihara keharmonian dan keamanan yang ada ini walaupun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama..

*peace no war*


Wednesday, August 28, 2013

Sabun magik? It's marine essence beauty bar

Susah betul nak dapatkan stok sabun ni..Bayangkan setiap kali stok sampai, maka ramailah yang memborong sabun ni..Bukan setakat sekotak dua, berkarton2 orang borong..Memang saya takde peluang lah nak beli sabun ni..Dekat setengah tahun juga lah..


Nak dijadikan cerita, minggu lepas raya hari tu saya ke HQ menghantar PB untuk dibaiki..Sambil2 tu saja buat2 tanya kaunter ada tak sabun ni..Tokei kata ada..Wahhhh..sangat sukaaa..maka saya pun boronglah sabun ni..Tak banyak pun borong sebab duit tak berapa nak banyak masa tu..Berbunga2 sunguh hati sebab dapat beli sabun ni..

Balik aje rumah terus pakai sabun ni buat mandi..Memang wangi sangat bau sabunnya..Banyak pula kebaikannya..Sabun ni diperbuat daripada pelbagai ramuan antaranya garam buluh, ekstrak tea tree oil, vitamin E dan banyak lagi..


Sangat bagus dipakai oleh anda yang ada masalah ekzema, kulit kering, kulit yang berparut..Juga bagus juga untuk anda yang ada masalah celah ketiak, celah peha yang gelap kerana sabun ni membantu mencerahkan bahagian2 yang gelap. Sebab tu sabun ni dipanggil sabun cerah ketiak! ;p Yang ada kulit berjerawat di bahagian badan pun boleh cuba sabun ni..


Setakat beberapa minggu menggunakan sabun ni, memang nampak kesannya pada kulit badan sendiri..Kulit lebih lembab..Nanti saya bagi testimoni lagi yer..Tapi serius memang best pakai sabun ni...Dah x pakai dah sabun lain..Good bye sabun2 ku..Sekarang saya sudah bertukar kepada Marine Essence Beauty Bar...

Ohhh ya..selain dalam bentuk buku, ada juga dalam body wash & syampu..Harganya lebih murah..Yang paling best, it's PARABEN FREE!


Testimonials



Jika berminat, boleh contact saya ye!

Friday, August 23, 2013

Gila jubah!

Ada apa dengan jubah??? Entahlah, semenjak dua menjak ni aku memang gilakan jubah..Tengok jubah je rasa nak beli..Nak beli nak beli..

Minat terhadap jubah ni bermula masa aku pergi ke Yemen. Masa tu ada pameran pendidikan tinggi di sana dan aku mewakili Kementerianku bersama-sama wakil IPTA/IPTS yang lain..First time lah pergi oversea masa tu..Dahlah baru berapa bulan masuk servis..Aku masa tu ditempatkan di Bahagian Pemasaran Pendidikan..Memang kerjanya memasarkan pendidikan aje lah..Disebabkan aku baru dan menunggu masa pergi kursus dalam perkhidmatan selama 6 bulan, jadi tak banyak tempat yang aku dapat pergi..Syukur juga sebab aku bukan jenis yang suka travel jauh2..Kalau travel bersama insan tersayang saya sukaaaa ;p

Masa pergi Yemen tu lagi haru sebab baru je lepas kenduri kawin..Kesian encik suami masa tu terpaksa ditinggalkan selama 10 hari..Lama tu..Kalau pergi 2-3 hari tak pe lah..Sebab tu aku cakap tadi aku tak suka kerja yang ada travel2 ni...Kerap sangat dah jadi tak best..Sekali sekala x pe lagi..Ikutkan pada masa tu, lepas balik dr Yemen, bulan seterusnya nama aku naik utk pergi ke Azerbaijan..Serius masa tu memang tak pernah dengar nama Azerbaijan..Setakat Pakistan, Turkmenistan, go head gostan tahu la..Haahahaa..Nasib jugalah lepas tu x jadi pergi atas sebab2 yang aku sendiri x ingat..

Berbalik kepada cerita jubah..Di negara arab abaya [jubah berwarna hitam] amatlah sinonim dengan wanita di sana. Abaya ni dah jadi macam uniform mereka apabila keluar. Sebab tu kalau anda perasan, di Malaysia pun kalau wanita2 arab ni, pakaiannya di luar jubah, tapi di dalamnya..mcm2 yang diorg pakai..Lantaklah, yang penting, pakaian yang dinampak orang lain adalah yang menutup aurat mengikut syariat..




Berbanding Arab Saudi dan UAE, harga jubah di Yemen amatlah murah..Mungkin sebab Yemen ni antara negara arab yang agak miskin, jadi kos sara hidup di sana tidaklah tinggi..Ini berdasarkan tahun 2009 dulu. Sekarang ni tak tahu la sebab Yemen pun pernah bergolak jgk tidak lama dahulu..

Bila ada masa free x jaga booth, aku dan rakan2 lain akan ambil peluang keluar jalan2..Yang tak tahan tu nak pilih abaya ni la..Kene pandai cari tempat dan tawar harga..Hahaha masa ni lah nak praktis bahasa arab yang dah lama ditinggalkan..Sampaikan ada sekali tu, peniaga kedai tu marah aku..Dia cakap aku kedekut macam satu bangsa di negara dia..Tak ingatlah bangsa tu apa namanya..Gelak besar aku dibuatnya..

Banyak pasang juga abaya yang aku beli di Yemen. Kebanyakannya daripada kain jenis berat dan manik2nya sangat ringkas..Kain jenis berat ni tidak melekat di badan dan sejuk aje bila pakai..Kesemuanya berwarna hitam. Susah nak cari yang kaler2..Di Malaysia ni kan kita pakai jubah berwarna warni..Tapi aku lebih suka warna hitam..Simple sangat..Kebanyakan di negara Arab, abaya dijual bersekali dengan shawl..Kira coraknya satu set lah dengan corak abaya. Sayangnya, susah nak mencari shawl/selendang yang bersaiz besar. Kebanyakannya bersaiz kecil dan memang tak menetapi standard piawaian tudung saya ;)

Sekarang ni memang lebih suka pakai jubah..Kalau pregnant pun senang, tak payah beli uniform orang mengandung..Pakai aje jubah..Pendek kata sesuailah dipakai pada bila2 masa..Tapi pergi pasar, pergi riadah saya x pakai jubah ye ;p

Kalau di pejabat pun, dah macam trend akan pakai jubah pada hari Jumaat..Ramai yang pakai jubah pada hari Jumaat..

Kalau dulu, abaya mesti harganya mahal..Lagi banyak bling2, lagi mahal harganya..Tapi skrg ni, saya dah jumpa kat mana nak beli abaya dan jubah dengan harga berpatutan..Dan kainnya pun saya puas hati..Sejuk, selesa dan tidak melekat..

Jubah Abaya
Jubah Muslimah

Saya beli online aje jubah2 ni..Tapi perlu pastikan dulu ukurannya dengan badan kita. Faham2lah beli online ni risikonya dari segi material, saiz, warna..Kalau x bernasib baik, mmg tak puas hati..Ada juga terkena beberapa kali sebelum ni..Kalau anda tidak mahu menanggung risiko, janganlah beli yang online..Beli saja terus dari kedai. Boleh cuba dan belek2 material kain..Lebih puas hati :)

Terkini, saya minat sangat dengan jubah yang kat bawah ni..Ringkas tapi menarik sangat di mata saya..Hmmm..ni lah antara penyebab duit gaji den habis..Asyik membeli online saje..Ayayaa..apabila teknologi di hujung jari..Shopping pun klik klik aje..Esok lusa barang sampai..Haaa kan mudah tu..Aduhaaiiii..








Bahayanya online shopping ni itulah, cepat sangat habis duit. Jika tidak dikawal NAFSU..Setiap bulan berjanji dgn diri sendiri takmo beli dah..Tengokkkk..Ni dah beli lagi..@_@ Pandai2lah kawal nafsu sendiri ye..

Wednesday, August 21, 2013

**Redha vs Parah



Betulll..ada bezanya tu..Yang pasti, jika kita redha dengan apa yang berlaku insyaallah jiwa kita lebih tenang...

Monday, August 19, 2013

Happy Working!

Alhamdulillah, tahun ni sakat bercuti raya hampir 2 minggu..Walaupun tidak berjalan sakan di hari2 cuti tetapi masa dihabiskan bersama ahli keluarga :)


Ya, saya gembira walaupun bercuti panjang tapi rumah masih juga tunggang langgang tak berkemas..Hahaaa..Niat bercuti panjang nak lah mengemas apa yang patut di rumah tu..Nampaknya masih belum berjaya @_@

Adatlah bila dah bercuti panjang, nak naik kerja mesti ada perasaan malas..Semalam pun kebanyakan post dlm facebook kawan2 menyatakan kemalasan nak bekerja pada hari ini..Ohhh jangan begitu..Seharusnya bila sudah bercuti panjang, kita punya semangat yang baru utk kembali bekerja..Cehhh [macam bagus je kan ;p]

Apa pun, happy working to all!


Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri...

Alhamdulillah, Syawal yang dinanti telah tiba dan disambut dengan penuh kesederhanaan..Sangat sedih kerana Ramadhan telah pun berlalu pergi. Entah sempat atau tidak bertemu lagi dengan Ramadhan..Seperti tidak banyak yang dapat dilakukan sepanjang Ramadhan yang lalu..Semoga Allah menerima amalan hamba yang tidak seberapa dan kurang sempurna itu..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, maaf zahir batin andai ada tutur kata, tingkah laku yang menyinggung hati sesiapa sahaja..

Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran dan berhati2 memandu di jalan raya!




Friday, August 2, 2013

Perginya Seorang Chua Boon Huat

Semalam ada tengok berita sukan tentang pemergian Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan. Entah kenapa tersentuh pula hati bila berita menayangkan belangsukawa Chua Boon Huat..


Mungkin sebab satu ketika dulu, aku pernah jadi peminat sukan hoki tanahair kot..Sekitar tahun 1998 semasa Sukan Komanwel sehinggalah awal 2000..Entah sebab ape ntah boleh terminat..Nama-nama seperti Mirnawan Nawawi, Keevan Raj, Logan Raj, S Kuhan, Chairil Anwar, Nor Saiful Zaini dan Chua Boon Huat tu memang segar diingatan..Ohh..adakah sebab arwah abah dulu pun mmg hockey player..Tidaklah sampai tahap wakil negara kan o_0

Istimewanya mendiang ni mungkin sebab he's the only chinese player in the team kot. Melayu dan India ramai jugak dalam team kebangsaan tu..



Lama lepas tu, minat terhadap sukan pun dah kurang..Tak sangka Chua Boon Huat masih beraksi di padang hoki sehingga sekarang..Sebab pemain yang lain seperti Keevan Raj tu semua dah bersara..Lain benar rupanya sekarang berbanding dulu..Ye lah..Mungkin dulu dia muda remaja, baru 17 tahun kot! Cute je ha masa tu si Ah Boon ni..

Bagi yang belum tahu, Chua Boon Huat meninggal dalam satu kemalangan di PJ awal pagi semalam..Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat sukan hoki negara..Beliau pergi dalam usia muda, 33 tahun..Sungguh, kematian itu tidak mengenal usia..



Rest in peace, Ah Boon! You'll be missed ^_^



Thursday, August 1, 2013

It's a girl!





Alhamdulillah, lebih kurang jam 1.30 ptg tadi, kami menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga mertua..It's a baby girl..Syukurlah, ibu n baby selamat..


Seronoknya Sarah sebab ada geng baru..Hanis Uzma dan baby baru yang belum ada nama lagi..Boleh jadi Charlie's Angel, 3 dara pingitan..Heheehe..

Mak long doakan kamu menjadi anak solehah, penyejuk mata dan hati ibu bapamu..

Congrats my BIL and wife! Welcome to parenting world!

Introducing baby Nurislam Azalea :)

ESP ohhh ESP




 ESP memang sedang kehabisan stok di Shaklee..since last week ramai pulak yang bertanya dan yang nak order ESP..

Jangan risau, ESP akan kembali minggu depan insyaallah..

So siapa2 yang nak ESP, place your order NOW ya!

It's a final count down...10 malam terakhir Ramadhan..

credit to fizal2310.blogspot.com
Allahu Allah...2/3 sudah lepas..kini kita berada di 1/3 yang terakhir Ramadhan..Sungguh Ramadhan kali ini sangat cepat berlalu dan kenapa aku rasa seperti telah ketinggalan keretapi pula?? o_O


Kali ini tiada rezeki berpuasa penuh dek peristiwa keguguran awal bulan Julai lalu..Takpelah, perancangan Allah untuk kita pastinya yang terbaik buat kita..

Yang penting, selagi Ramadhan masih bertamu, gunakan kesempatan sebaik mungkin untuk melakukan amal ibadah kerna belum tentu kita bertemu dengan Ramadhan akan datang..Insyaallah..Marilah sama2 lipatgandakan usaha di 8 hari terakhir ini..Semoga amal ibadah kita diterima Allah, ameen..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...