Sunday, December 21, 2014

7th anniversary

Alhamdulillah...sudah 7 tahun kita melayari bahtera rumahtangga..Penuh dengan warna warni suka duka dalam kehidupan kita..Syukur kita dikurniakan 2 orang permata hati (Sarah request nak 3 orang adik ;p)..

Semoga Allah memberikan kita kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak2 kita menjadi anak soleh dan solehah yang diredhai Allah..

Sungguh, diri ini tidak sempurna..Banyak cacat celanya..Banyak yang perlu daku pelajari untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari2 sebelumnya..Pimpinlah tangan ini..Didiklah diri ini agar menjadi insan yang lebih baik utk hari2 mendatang..

Dear hubby, 
Happy anniversary..
Love you to the moon and back
May our love last forever till Jannah

Love,
Wifey

anniversary dinner @ Dondang Sayang Restaurant, KL



Saturday, December 13, 2014

Resepi : carrot cake

Tak tahula kenapa semenjak 2 menjak ni sangat suka mencuba masakan baru...Suka bermain dengan tepung pulak..

Dah lama niat nak buat carrot cake ni tapi asyik tertangguh aje..Carrot kt dalam peti pun dah naik lebam, so sebelum rosak baik kita jadikan dia kek kan ;p

Dalam banyak2 resepi yang ku google, berminat sangat nak cuba resepi Chef Izani, pemenang Masterchef Malaysia tu..Banyak yang cakap sedap resepinya..Rasa keknya juga lembap2 gitu..

So weekend lepas, vitamin R sangatlah overdose maka niat yang terbantut tempoh hari perlu dilunaskan juga..Maka jadilah akhirnya carrot cake pertama dalam hidupku..Hihiiiii

Kenapa saya suka carrot cake? Sebabnya taklah rasa bersalah bila makan sebab ada carrot, walnut, kismis..Makanan berkhasiat gitu kan..Muahahaaaaa

Oklah jom tengok resepi carrot cake yang saya ambil daripada blog resepi CMG..Credit to CMG & empunya asal resepi ini..Sory ya saya C&P saja resepi ni..

BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur
3/4 cawan minyak jagung (saya guna 1/2 cawan)
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (saya guna gula biasa)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar (takde stok di rumah)
1/2 cawan kelapa kering (takde stok di rumah)
1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam (saya guna buttercup)
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan. 
  5. UNTUK CREAM CHEESE :-  Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.
my 1st attempt of baking the carrot cake..the result was not so bad..yummehhh

Tuesday, December 2, 2014

Omega Guard: my own testimonial




Kisah saya dan Omega Guard..Saja nak share dengan anda mengenai kebaikan omega guard Shaklee ni..Semasa mengandungkan Mu'adz saya amalkan makan omega guard ni 1-2 biji sehari di penghujung kehamilan..


Mu'adz terkena selsema sejak masuk umur 4 bulan aritu..Selsema dia berlarutan dekat sebulan lebih..Macam2 remedi saya gunakan sebab saya seboleh2nya nak elak memberi ubat..Antara remedi yang saya gunakan

Garlic oil
Garlic sock
Habbatussauda'
Minyak kelapa dara
Percussion technique

dan jugakkkk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Omega guard Shaklee

Alhamdulillah, kering juga selsema si Mu'adz akhirnya..

Omega guard Shaklee terdiri daripada omega-3..Jom skodeng apa kebaikan omega guard utk diri kita

~merendahkan kolestrol
~mengurangkan radang, ketegangan sendi
~baik diambil oleh ibu mengandung utk perkembangan otak bayi
~membakar lemak degil
~mengurangkan risiko penyakit jantung
dan banyak lagi lah..


credit to google



INGAT yer!! Jangan ambil minyak hati ikan tau!! Pastikan anda ambil minyak ikan berkualiti Shaklee ini :)














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...