Wednesday, April 7, 2010

memenuhi masa terluang dengan membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki tulisan ust Pahrol Mohd Juoi..buku ini kuhadiahkan kepada mr. hubbyku sempena ulang thn kelahirannya ke-30 bulan Mac lalu.
Aku sungguh tertarik dengan tulisan ust pahrol ni..tersentuh hatiku bila membaca isi buku ini...

salah satu yg boleh ku kongsi kan di sini ialah nota3 -> seni menjaga hati ibu..nota ini mengisahkan seorang anak yg telah berkeluarga mengeluh kerana ibunya yg tua sering memanggilnya pulang ke kampung....biasalah..ibu keseorang di kampung tentunya kesunyian..merindukan gelak tawa anak2 dan cucu2nya..ttp si anak mengatakan perlukah berindu2an bila usia menginjak tua ni??anda rasa perlu ke tidak??

sudah semestinya..kita juga akan menjadi tua satu hari nnt...apakah kita sanggup hidup bersendirian dan kesunyian??di kesempatan yg ada inilah masanya utk kita berbakti kepada org tua kita..kita x akan dpt balas jasa ibu bapa kita...pengalaman kehilangan ibu mertua, 2 org adik ipar dan anak buah dalam sekelip mata tahun lalu benar2 menginsafkan aku...tiada lagi suara tawa ummi, adik2 dan balqis..yg ada hanyalah kenangan bersama mereka...dan kini, hanya doa sebagai penyambung kasih sayang kami kepada mereka...smg mereka ditempatkan bersama2 roh org2 yg solihin..aminnnn..

sementara kita masih mempunyai insan tersayang di sisi..hargailah mereka..luangkanlah masa bersama mereka..i love u mak, abah.!!!

nota untuk anak -->seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan sesekali mungkiri kasih kedua ibu bapa, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita....


oh ya...bulan ini ramai ahli keluarga dan kawan2 rapatku meyambut ulang tahun kelahiran mereka..
HAPPY BIRHTDAY TO ALL!!

6 Apr ->adik iparku, dayah (20th)...
9 Apr ->adik bongsuku, syahirah (18th) & arwah adik iparku, adila (27th)
15 Apr ->my mum (52th)
22 Apr ->my fren, mira a.k.a kk yang
25 Apr ->my DPA buddy, jijah
28 Apr ->my birthday :)))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...