Monday, July 30, 2012

Ramadhan special



Dapatkan premium beautiful corset dengan harga istimewa..

Saiz kecil RM 2,400  now RM 1,972

Saiz besar RM 2,600  now RM 2,198

Saturday, July 28, 2012

Puasa dan memakai Premium Beautiful

buat anda yang sedang berusaha mengurangkan berat badan di bulan Ramadhan ini, korset Premium Beautiful sangat-sangat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda di bulan ini. Saya sendiri telah kehilangan 4 kg sepanjang 3 hari berpuasa!

Tidak rugi melabur sedikit duit untuk kegunaan jangka masa panjang. Anda boleh gunakan korset ini setiap hari..It's lifetime warranty!!Mana ada korset yang ada jaminan sebegini?

Sekarang ini harga PB dijual dengan harga yang amat berpatutan! Contact saya utk dptkan harga istimewa PB ye!

JOM LANGSING seperti Kareena! :)


Monday, July 23, 2012

Puasa...

Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk hari ketiga kita berpuasa..Setakat hari ini alhamdulillah, masih ok. Ramadhan kali ini juga saya mencuba beberapa produk shaklee. Jika tahun sudah, saya minum Energising Soy Protein (ESP) sewaktu sahur..Tahun ini pula saya mencuba performance drink Shaklee. Saya masih lagi mengambil ESP tu. Ia merupakan minuman isotonik. Sesuai diambil oleh ahli sukan. Tetapi org biasa mcm kita pun bagus minum air ini. Ini kerana bila kita berpuasa kan badan kita kekurangan air di waktu siang. Bagi ibu yang menyusu, di waktu siang ni memang mencabar. Tambah kalau yg mengepam..Memang akan kehausan biasanya. Bila minum Performance Drink ni, alhamdulillah, badan saya pun tidaklah lembik mcm tahun sudah..lembik bukan sebab apa..hanya ibu menyusu saja yang mengerti situasi itu..hehehe..




Untuk pengetahuan anda, produk ini telahpun terbukti berkesan oleh ujian makmal Shaklee yang dilakukan bersama-sama high level athletes di mana ia:

1. Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Jadi anda berasa kurang haus terutama ketika sedang berpuasa
2. Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan termasuklah kalsium dan magnesium. Ini tiada pada jenama minuman isotonik yg lain
3. Menstabilkan paras glukosa dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan dan menambah stamina

Performance drink ni tiap kali tiba Ramadhan mesti laku macam pisang panasss..Buktinya, masa saya order aritu pun hanya tinggal 2 balang sahaja. Itupun stok standby kawan saya..huhu..Insyaallah dalam minggu ni dah sampailah stok baru tu..

Alhamdulillah, hasil meminumkan Performance Drink ni memang berkesan kepada saya dan suami. Kami akan terus mengambil minuman ini di sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya mengambilnya ketika berbuka dan bersahur. ESP pula saya campurkan dengan susu segar dan diminum ketika sahur. Alhamdulillah masih ada rezeki utk Sarah minum susu ibu :)

Untuk anda yang ingin mencuba Performance Drink atau ESP atau lain-lain supplement Shaklee, contact saja saya ye!

Selamat berpuasa!

Thursday, July 19, 2012

Pilihlah langsing secara SIHAT

Di pasaran terdapat pelbagai jenis ubat, produk untuk melangsingkan badan. Name it, Sendayu Tinggi, JusMate, Herbalife,AyuZip, macam2 jenama..Dan yang paling terkini menjadi fenomena di Malaysia..SDII..Produk ini dikatakan dapat mengurangkan berat sehingga 10kg dalam masa HANYA seminggu..Saya pasti anda yang sangat desperado nak kurus mesti telah mencuba pelbagai jenama kan..Bagaimana keberkesanannya terhadap diri anda? Untuk dapatkan hasil seperti yang anda harapkan, bukan boleh makan sebotol atau setin sudah boleh kurus ye kawan2..biasanya anda perlu mengamalkan berbotol-botol dan bertin-tin..Biasanya satu tin kosnya lebih kurang RM100-rm150. Satu tin boleh bertahan sehingga 2 minggu sahaja. So sebulan anda perlu spend lebih kurang RM 200-RM300. Biasanya kesan dapat dilihat dalam tempoh 3-6 bulan..So anda telah spend lebih kurang RM1,800-RM2,000. Agaknya bila anda dah langsing, anda boleh terus kekal langsing jika tidak konsisten menggunakan produk tersebut? Ohh tidak yer..jika anda berhenti mengambil produk tersebut, anda akan membesar 2x ganda daripada sebelum ini! Provided, makan secara tidak terkawal dan tidak bersenam..

                                                       sumber: Google

Bagaimana pula dengan anda yang pergi mendapatkan body treatment di pusat pelangsingan badan? Mayfair, London Weight Management, Slim World, BizzyBody..macam2 jenama juga kan? Untuk pergi ke pusat2 pelangsingan ni, biasanya orang awam seperti saya yang kurang berduit ni mmg tidaklah..mungkin ada yang pergi, tetapi biasanya mereka akan mencari pusat2 yang menawarkan harga promosi. Ramai juga kawan saya yang pergi ke pusat pelangsingan badan..hiihii tak sangka..biasanya harga untuk pakej pelangsingan badan ni lebih kurang RM2,000 ke atas..ada 10 kali sesi..kawan2 saya yang dah daftar selalunya tak sempat pun nk habiskan 10 sesi tu..macam2 alasan..mengandung (blh dimaafkan alasan ini)..tp kebanyakannya cakap takda masa nk ke sana..ye lah, nak uruskan anak-anak dan suami, kerja rumah lagi di hujung minggu..Kan rugi baki sesi yang tak dapat dihabiskan tu. Bukannya boleh dapat duit semula pun. Lagi satu, anda TIDAK LANGSING dengan hanya treatment di pusat tersebut. Amoi-amoi di pusat tersebut akan menasihatkan anda supaya makan makanan yang direbus, dikukus, sup-sup..NO makanan bergoreng, berlemak kental dan yang sewaktu dengannya. Pokoknya berbalik kepada gaya pemakanan yang sihat juga kan..


                                                  sumber: Google

Siapa kata nak KURUS itu mudah? Memang mudah jika seseorang itu berdisiplin dengan program pengurusan badannya. Cehh saya ni bercakap macamlah saya ni disiplin sangat kan..Sejujurnya saya pun kurang berdisiplin especially bab2 makanan ni. Saya memang gemar makan makanan bersup-sup ni..yang kukus pun sodap..tapi tahan ke tekak kita nak makan makanan macam tu setiap hari? Ohhh saya tidak tahan. Mesti punya nak makan masak lemak lah, kari lah..huhuu..dah tekak melayu tu melayu jugaklah..Boleh nak makan, tapi harus dikawal lah. Sesekali ok, but not everyday! Saya sangat tabik kepada orang yang boleh tak makan nasi berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun. Oh saya tidak! Sehari tak makan nasi rasa perut ni loose jer..mcm x cukup kuorum pulak perut tu kan..hehehe


Saya memang mengalami masalah berat badan berlebihan ketika ini. Saya amat prihatin dengan masalah yang saya alami ketika ini kerana saya tahu berat badan berlebihan tak bagus untuk kesihatan, dan juga perancangan keluarga. Berat badan berlebihan juga antara faktor sukar untuk hamil dan punca ketidakseimbangan hormon. Wahai wanita di luar sana yang senasib dengan saya, marilah kita menginsafi dan sama-sama bekerja keras untuk menurunkan berat badan. Nak TAMBAH berat badan memang MUDAH, tapi nak TURUNkan berat badan memang susah yang amat. Tambah pulak usia dah menginjak ke 3 series ni…bila metabolisme badan kita rendah, makin sukarlah nak kurus..


Saya nak KURUS, tapi saya TAK BERANI nak makan produk-produk pelangsingan badan. Saya kurang yakin dengan kandungannya walaupun dah banyak testimonial keberkesanannya..Lagipun saya masih menyusukan anak dara saya. So apa yang saya makan, pasti akan mengalir ke dalam tubuhnya juga. Oleh itu, saya harus berhati-hati memilih pemakanan harian saya. Tp saya makan juga fast food..erkkk..sian anak dara saya, dapat juga nutrien yang tak berkhasiat tu..huhuuu..Saya mula kurangkan makan fast food sejak berusaha untuk conceive..makanlah juga tapi taklah kerap sampai setiap minggu nak kena makan fast food.


So untuk program penurunan berat badan saya, saya memilih





1. Premium Beautiful korset

Sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1998. Almost 20 yrs. Produk ini mendapat award SUPERBRANDS 2003/2004. Beberapa kali menerima pengiktirafan di peringkat Kebangsaan. It costs only RM2,000-RM2,600 and it is lifetime warranty. Hanya INVEST RM2k untuk kegunaan seumur hidup. Korset ini mempunyai F.I.R yang ditenun sulam dalam fabriknya, bukan dipancarkan di atas materialnya seperti korset biasa yang terdapat di pasaran. It is also called luxury corset. Anda mampu memiliknya.




2. Supplement Shaklee

Produk ini telah bertapak di dunia sejak 50 tahun yang lalu. Produk dihasilkan secara semulajadi. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan negara pengeluarnya. Saya mengambil set breastfeeding iaitu Vit B Complex, Vit C, VitaLea (multivitamin), Alfafa. Saya juga menambah Lecithin (membakar lemak dan melarutkan kolsterol), ESP dan ostematrix. Apabila mengambil supplement, seseorang itu perlu meminum air yang banyak iaitu 3L.


Selain itu, jika berkesempatan, saya suka beriadah bersama keluarga di hujung minggu. Tapi saya akui amat sukar untuk mendapat kesempatan ini kerana suami sering juga outstation..hujung minggu kami juga dipenuhi dengan tanggungjawab kepada ibu bapa kami. Namun jika ada kesempatan memang akan digunakan untuk beriadah..hmm..bershopping pun riadah juga kan..10,000 langkah..hehehe..


So far, alhamdulillah saya suka dengan pilihan saya ini. Biarlah beratsaya tidak kurang berkilo-kilo dalam masa sebulan, tetapi pengurangan tu tetap ada. 0.5 -1.0 kg sebulan. Oklah kan..hehehe..Menurut panduan diet oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, adalah digalakkan untuk menurunkan 0.5-1.0 kg seminggu..So dalam 2-4 kg sebulan.

Istimewanya pakai PB korset ni, inci di badan memang berkurangan..banyak pulak tu benefit yang lain saya rasai. Jika dulu setiap kali period mesti ada senggugut, sekarang alhamdulillah TIADA lagi senggugut. Darah pun tidak lagi berketul-ketul. Hanya darah fresh aje yang keluar. Stretch marks sewaktu pregnant pun dah pudar. Best tak? I loike yang itu :p


So kepada anda yang bertekad untuk langsing, saya sarankan anda memilih cara yang terbaik. Pilihlah LANGSING secara SIHAT..Pilihan adalah di tangan ANDA!




Kepada yang berminat untuk mendapatkan info berkenaan PB korset @ Shaklee, do contact me ok :)


019-2162037/nisadahri@gmail.com

Monday, July 16, 2012

jalan-jalan cari makan..

saya mempunyai geng makan tengah hari di pejabat..geng saya tu kawan2 saya di tempat lama saya iaitu Education Malaysia..jika kami mengalami kebosanan makan di kafe pejabat, kami pun keluar makan di luar mencari tempat makan yang best2..setakat ni ada few restaurants/stalls yang kami dah pergi cuba makan dan alhamdulillah tidak menghampakan selera kami :)

ni antaranya yer

                                           ginger beef kwayteau @ Maritime Putrajaya



                        roti yang sangat besar dimakan bersama kuahnya di Sanaa (2nd time ke sana)
                                       

                         cheese nan & tandoori chicken @ Mr. Kabab & Bariyani Putrajaya
                                                        (Pakistani dishes)

kangkung crispy @ Tomyam Khung Putrajaya

                                    nasi arab @ Sanaa Cyberjaya (mknn org arab Yemen) - it's my 3rd time


                                   asam pedas claypot @ asam pedas mak busu cyberjaya


setakat ni kami memang makan2 area putrajaya dan cyberjaya aje sebab tu je lah yg dekat dan cepat. Sebab masa lunch kan terhad..1 hour only..jadi bila nk makan kt luar ni harus pantas :)

Nasi arab di Sanaa memang best lah setakat ni..nasi sedap dimakan begitu saja..roasted chicken pun sodap..lamb khabsah dia pun sedap..jus-jus dia pun sedap dan fresh..harga pun berbaloi lah..sekali makan x sampai pun rm20..kalu order air suam lg jimatlah..hehehe..sudah 3 kali saya makan di sana..di asam pedas mak busu tu pun dh 3 kali juga..hehee..orang cakap kalau tempat tu kita selalu pergi maknanya sedaplah makanannya tu.. ;p

Ada masa nnt saya kongsikan lagi tempat2 makan yang best yer..


Friday, July 13, 2012

set berpantang Shaklee


Salam,

Hari ini saya nk berkongsi pengalaman saya sendiri memakan set supplement Shaklee ni. Saya mula makan shaklee selepas melahirkan Sarah. Disebabkan saya melahirkan anak secara czer, saya tidak mengambil sebarang jamu tradisional. x berani..lagipun anak ada jaundis..sy lebih yakin makan vitamin sahaja. Mula2 saya makan vitamin yg dibekalkan hospital. lebih kurang 2 minggu. Lepas tu saya sambung dengan supplemen shaklee..

Set berpantang shaklee terdiri daripada vitamin B complex, vitamin C, Vita lea dan zinc complex.

Apakah khasiat vitamin ni yer? Meh saya kongsikan sikit

Vitamin B Complex - sebagai penenang (anti-stress), mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkn hormon

Vitamin C - baik untuk mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki sel-sel tisu yang koyak akibat bersalin

VitaLea (multivamin dgn besi) - multivitamin yang lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin n mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu pantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan. Besi penting untuk tubuh ibu-ibu kerana sewaktu bersalin ibu-ibu biasa kehilangan banyak darah.

Zinc complex - membantu mempercepatkan proses baikpulih luka terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, supplemen ini membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Juga membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.



Selepas habis tempoh berpantang,saya masih teruskan makan supplemen shaklee..saya ambil set ibu menyusu pula. Asasnya masih sama, cuma ditambah dengan alfafa dan ESP. Sehingga sekarang saya masih mengambil supplemen ini dan saya tambahkan dengan supplemen yang lain seperti Performance Drink, Lecithin dan Ostemarix

Alhamdulillah..setelah lebih setahun menjadi pengguna setia Shaklee, terutama semasa berpantang, badan saya cergas. Muka pun tak pucat. Jiran sebelah rumah saya pun menegur semasa saya pulang ke rumah sewaktu pantang. Dia cakap muka saya merah merah gitu..tak pucat mcm org berpantang biasa :)
Susu pun nmpk bezanya..masa awal2 dulu susu badan saya agak cair. Bila mengamalkn shaklee, susu saya menjadi pekat dan ini diakui oleh officemate saya yang kebetulan ada di bilik sewaktu saya mengepam susu. Syukur alhamdulillah..Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini..Next time kita share lg ok..

Ma'assalamah...


Wednesday, July 11, 2012

transformasi dirimu..

tak perlu begini



mahu pun begini...



atau pun begini...



untuk mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan..

untuk menjana F.I.R. adalah MAHAL....

beruntung anda yang telah memiliki Premium Beautiful korset..hanya sarungkan sahaja untuk mendapatkan kontur badan yang menarik, meningkatkan metabolisme badan, melancarkan peredaran darah, menyeimbangkan hormon wanita dan banyak lagi...

tanpa sedar ia (PB korset) bekerja untuk anda. SAVE your TIME & DOUBLE the BENEFITS





buat anda yang belum memiliki set PB, dapatkan satu set untuk diri anda..tidak rugi anda melabur wang membeli PB korset. Banyak manfaatnya dan paling penting "it is lifetime warranty"


Contact me to get special price
019-2162037/nisadahri@gmail.com

Tuesday, July 10, 2012

Istimewa buat bakal ibu

As salam..

This entry is special for mommy to-be..juga sesuai utk semua wanita sebenarnya.
Bila sampai masa utk melahirkan anak, antara benda yang paling penting ialah BENGKUNG..ramai bakal-bakal ibu tercari-cari bengkung yang bersesuaian.

Saya dulu pun mcm tu juga tp mmg x beli sbb tak tahu nnt bersalin cara normal ke czer..Sbb kalau bersalin normal senang nk berbengkung, tp kalau czer lambat sikit nak berbengkung ni. Perlu tunggu luka dalam betul2 heal. Tp sbb luka kt dalam kan..mana kita nak tahu dah baik ke tidak. End up saya mmg tak berbengkung sbb bersalin secara czer. Takut nk bengkung sbb x tahu luka tu dh baik ke tidak.. Lps sebulan dua tu terasa nk pakai bengkung sbb perut masih kecik dan lembik..sesuai sgt nk pakai..saya beli lah bengkung moden yg cangkung2 tu..brand autumnz..nk beli bengkung moden yg zap on tu rege dlm 200 lebih..ayooo berkira woo masa tu..belilah yg rege below seratus..tp sadisnya x muat ok brand autumnz tu..sudah membazir duit di situ..mmg x pakai..n perut pun x dptlah kempis..ooohh sedihnya..nk pakai yg lilit2 tu sangat leceh..dh lilit2 tu amik masa dekat 15-20 minit..kl tahap amatur ni mahu dekat 30 minit kot..nnt nk ke toilet kena bukak pula..pastu nk lilit balik..aiyaaakk..mmg x convenient..kl lah ade org tlg lilitkan semula bengkung kita tu, tlg tgkkan anak kita x perlah..kl anda yg berpantang sendirian?? sukar kan..


     bengkung lilit tradisional

 
bengkung zap on



 bengkung lilit bertali

Bila saya diperkenalkan dengan korset premium beautiful dan dah pakai skrg ni..rasa mcm menyesal..nape la dulu x fikir pun PB ni sbg bengkung moden yer?? kl pakai lps bersalin aritu mesti perut tidak geleberr..stretchmark pun msti cepat pudar sbb badan kita selepas bersalin ni masih lembik lg..mmg sangat sesuai pakai korset PB ketika ini kerana kesan pembentukannya cepat. Dah berapa ramai yg berpantang menggunakan PB dan alhamdulillah mereka dapat semula bentuk badan sebelum mengandung!! Insyaallah kalau ada rezeki mengandung lg selepas ini, PB korset pilihan no. 1 saya sepanjang tempoh berpantang..Uihhh...rindu pulak nk mengandung lagi :)
Pakai korset ni sekejap saja..5 minit dah siap. Nak ke toilet pun mudah..Yang penting, tak menyusahkan org di sekeliling anda..Anda boleh memakainya sendiri.

Jom kita tengok kebaikan memakai PB korset sewaktu berpantang!

* mengeluarkan ANGIN dalam badan
* mengecutkan dan memperkemas semula RAHIM yang mengembang semasa hamil
* mengeluarkan darah nifas yang berketul-ketul dengan lancar
* mengeluarkan sisa kotoran dan air bisa dari dalam rahim (menggantikan proses BERTANGAS)
* menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh
* menyeimbangkan semula hormon estrogen dan progesteron
* memudarkan STRETCHMARKS di perut dan kawasan sekitarnya
* menghangatkan dalaman badan. tidak perlu menggunakan param, tapel dan pilis
* melancarkan proses pembuangan air besar. Sembelit biasa terjadi apabila ibu-ibu memakan jamu)
* meningkatkan kadar metabolisme badan. Ibu menjadi lebih cergas dalam tempoh pantang
* membentuk semula pinggul, payu dara dan membentuk postur badan seperti sebelum hamil
* SANGAT DIGALAKKAN  bagi ibu-ibu yg bersalin secara czer bagi membantu menyihatkan dalaman badan dan luaran serta mengelakkan buncit di bawah perut.

Haa..ni dia testimonial salah seorang pemakai tegar PB korset yang berpantang dengan PB..Lihat hasilnya...






So mommies, this is the best time to transform your confinement 'uniform' from traditional bengkung to Premium Beautiful corset!! Trust me, you won't regret..korset ini boleh dipakai sepanjang hidup anda (dengan syarat ia dijaga dengan baik lah :) Yang best nya, korset PB ni ia cover badan kita secara top-down. Jadi dari atas ke bawah badan kita akan dibentuk. Berbanding bengkung biasa, hanya di kawasan perut ke lutut.






To get best price, kindly contact me
019-2162037


Saturday, July 7, 2012

Bagaimana mengawal berat badan berlebihan

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda tips untuk mengawal berat badan berlebihan..Saya pasti ramai wanita di luar sana terutama yang sudah melahirkan anak mengalami masalah ini..Jangan risau, ada penyelesaiannya.. Dengan syarat kita berazam dengan bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan..pasti berjaya..Don't easily give up bebeh!! Saya sendiri lebih selesa untuk menurunkan berat badan secara perlahan berbanding cara yang drastik seperti memakan ubat pelangsing dan produk2 slimming yg berlambak di pasaran pada masa ini..

Jom kita tengok dan sama2 amal..

1. Tetapkan matlamat untuk kurang berat badan tidak lebih daripada 0.5 - 1.0 kg dalam seminggu



2. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Setiap sesi lebih kurang 20-30 minit.




3. Mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif. Contohnya menggunakan tangga instead of lif dan eskalator, berjalan kaki untuk pergi ke satu-satu tempat yang berjarak dekat dan melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci kereta, berkebun, mengemas rumah dsb.




4. Awasi pemakanan kita. Kurangkan pengambilan makanan ringan yang tinggi lemak dan kalori, elakkan makan terlalu banyak, sebaliknya makan secara sedikit-sedikit tetapi kerap, elakkan diet yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat-zat lain.




Sumber: Persatuan Pemakanan Malaysia dan google

Friday, July 6, 2012

countdown...

Ramadhan semakin menghampiri kita..Apa persediaan anda menghadapi Ramadhan kali ini?

Wednesday, July 4, 2012

Shaklee Joint Health Tablet

Untuk makluman anda, Shaklee baru sahaja release produk terbarunya di Malaysia iaitu Joint Health Tablet & Collagen Powder..Sememangnya produk ini dinanti-nantikan oleh pengguna tegar Shaklee :)

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda Joint Health Tablet. Produk ini sangat sesuai untuk golongan warga emas atau org2 muda yang mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit di bawah tapak kaki bila bangun pagi, pesakit arthritis..





Seperti yang anda tahu, sendi-sendi di badan kita membentuk hubungan antara tulang temulang yg memberikan sokongan dan membantu kita untuk bergerak. Sendi terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia iaitu bendalir yang melicinkan sendi-sendi kita yang memberikan keselesaan antara tulang-tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Semakin meningkat usia kita, tulang rawan akan menyusut secara semulajadi.Selain itu, tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerap tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan pada sendi dan ini membataskan pergerakan seseorang.

Bagi golongan muda, jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat untuk masa akan datang. Bagi warga emas yang biasa mengalami sakit sendi, pengambilan joint health tablet ini membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi dan membantu anda bergerak dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Jom kita lihat kelebihan joint health tablet ni..

1. Menyokong keselesaan sendi

Ekstrak boswellia menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Bahan aktif utama ekstrak boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

2. Bertindak sebagai kusyen



Ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dgn glukosamina yg berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina merupakan komponen utama membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yg memberi kekuatan & struktur terhadap sendi.

# Kesan boleh dilihat seawal 5 hari berdasarkan penyelidikan klinikal Shaklee!

Ramadhan sudah makin menghampiri kita. Jom hadiah joint health tablet utk ibu bapa anda! Bolehlah mereka bersolat terawaih dengan sempurna di bulan ramadhan nanti.

Untuk dapatkan harga istimewa, hubungi saya

0192162037/nisadahri@gmail.com

DISCLAIMER: These statement have not been evaluated by the FDA. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disesase.
 
 
 
 

My Little Girl

Saya sangat suka dengar lagu my little girl oleh Maher Zain..Lagu ini ditujukan khusus untuk my little girl, Sarah Ardini.. Hari ini Sarah sudah berusia 16 bulan..

Sarah, mama caaayang kamu..Smg kamu jadi anak solehah ye..




Sunday, July 1, 2012

PB on demand!!

Memang tak tipu..produk ni sentiasa ada demand..selalu kalu p stokist mesti takdak saiz...haishhh geram sungguh rasanya..tp itulah..ramai betul wanita2 kt luar sana nak pakai korset ni..rugi kalau anda takde pakai satu set..sbb PB korset ni mmg besh!! it focuses more on healthy rather than beauty..aku percaya bahawa tubuh yang sihat akan terpancar kecantikannya :)

ohh..kejap lagi mahu hantar set PB kpd customerku di Shah Alam & Klang :))



jika anda berminat untuk mencuba set PB korset ni, hubungi saya ok :)

nisadahri@gmail.com/0192162037
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...