Saturday, July 7, 2012

Bagaimana mengawal berat badan berlebihan

Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda tips untuk mengawal berat badan berlebihan..Saya pasti ramai wanita di luar sana terutama yang sudah melahirkan anak mengalami masalah ini..Jangan risau, ada penyelesaiannya.. Dengan syarat kita berazam dengan bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan..pasti berjaya..Don't easily give up bebeh!! Saya sendiri lebih selesa untuk menurunkan berat badan secara perlahan berbanding cara yang drastik seperti memakan ubat pelangsing dan produk2 slimming yg berlambak di pasaran pada masa ini..

Jom kita tengok dan sama2 amal..

1. Tetapkan matlamat untuk kurang berat badan tidak lebih daripada 0.5 - 1.0 kg dalam seminggu



2. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Setiap sesi lebih kurang 20-30 minit.




3. Mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif. Contohnya menggunakan tangga instead of lif dan eskalator, berjalan kaki untuk pergi ke satu-satu tempat yang berjarak dekat dan melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci kereta, berkebun, mengemas rumah dsb.




4. Awasi pemakanan kita. Kurangkan pengambilan makanan ringan yang tinggi lemak dan kalori, elakkan makan terlalu banyak, sebaliknya makan secara sedikit-sedikit tetapi kerap, elakkan diet yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat-zat lain.




Sumber: Persatuan Pemakanan Malaysia dan google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...