Di sini daku kongsikan beberapa juadah yang sempat disediak
an. Ni pun antara yang sempat di'snap'..huhuu
egg benedict in the making..ready to be baked in the oven..
egg benedict yg telah siap dibakar
Mudah sangat nak buat egg benedict ni.
Bahannya cuma roti sandwich, telur, lada sulah/lada hitam, butter (utk meleser permukaan bekas)
su'un goreng junior aka fried glass noodle
Ni menu breakfast utk Sarah. Sedap rupanya su'uh bila digoreng. Aku tahu pun setelah keluar makan dgn opismate dan dia biasa order menu ini. Mmg sedap dan mudah nak buat di rumah.
mi goreng basah junior
Ni pun resepi breakfast utk tuan puteri Sarah Ardini..
last ramadhan punya menu (sup tulang, nasi lemak)
spiral with white sauce utk tuan puteri
menu sahur di hari pertama yang sangat simple..air warna oren tu performance drink Shaklee ye
kuah lontong & sambal bilis yg marveles..makan waktu bulan syawal ni..
ikan siakap 3 rasa
Seronok sangat sebenarnya bila dapat memasak ni. Yang paling penting, kebersihan terjaga dan bebas dari serbuk perasa yang kit pun tak tahu apa brand yang digunakan oleh tukang masak di luar sana. Tp sekali sekala mmg kami makan juga di luar, terutama di hari yang sampai rumah dh lewat..Mahu x mahu makan di luar jugalah..Pilihan kami, warung pattani di tepi jalan dekat dengan pejabat pos dengkil. Murah dan sedap. Rasa memang tak berubah..Menu biasa dipesan, kuetiaw kungfu..menu wajib tuh :)
Untuk Sarah memang setiap hari ku masakkan bekalan ke rumah pengasuhnya. Bergilir masak dengan adindaku. Kalau minggu ni aku prepare breakfast, so dia prepare lunch & dinner. So next week pulak aku yg prepare lunch dan dia buat breakfast. Bila dah buat sistem giliran begini maka masa memasak di dapur dapat dijimatkan. Kalau dulu berhempas pulas jugalah..menu masak pun lbh kurang sama..so pengasuh anak kami yang cadangkan buat sistem giliran..good idea..thx che' pah :)
Teringat pesanan chef amir di tv alhijrah, masak dari hati, masak dengan iman..insyaallah sedap :) true enough..walaupun masakan yang dimasak tu sangat simple, tp bila masak dgn hati yg ikhlas, insyaallah sedap.
Buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, rajin2lah memasak utk anak kita. Insyaallah, berkat air tangan ibu, anak kita membesar dengan sihat dan ceria. Kalau boleh, elakkan memberi makanan ringan kpd anak2 kerana x berkhasiat pun..Kalau makanan segera, masih mempunyai khasiat cuma kandungan lemaknya tinggi. Boleh kalau nk makan, tp jangan jadikan amalan.
Jom masak!