Maklum saja anak sulung..byk benda kita tak tahu..bercakap tentang CD ni, skrg ni byk dahjenama di pasaran. Masa awal dulu agak sukar nk cari di kedai..byk yg jual secara online..kl pergi expo mommyhood ke baby ke ade lah jumpa..
Sebenarnya CD ni kita dah pakai ms kecil dulu. Zaman sebelum lampin pakai buang diperkenalkan..masa tu lampin kain kita kena lipat sendiri, pakaikan pin utk kemaskan n then pakai plastik utk elak bocor..Cuma CD di alaf baru ni ditransformasikan dalam bentuk yg lebih menarik dan mudah sangat nak guna. Tak perlu lg melipat kain lampin dan pin..cuma sarungkan dan butangkn ajer..
Harga sekeping CD ni antara 20-100++ bergantung kpd material dan brand lah.. Mcm saya, bajet pun x besar tp nk juga pkaikn Sarah cd..so sy beli dalam range rm20+. Ada brand autumnz, sunny baby, coolababy, qq baby..mcm2 corak menarik ado..mmg rambang mata kalu tgk..huhuuu..rasa mcm comel jer tgk anak ber CD..Di bawah ni antara collection CDs Sarah Ardini..
Hmmm...antara faktor penyebab ibubapa takmo guna cd n prefer lampin pakai buang ni adalah leceh nk basuh n perlu kerap menukar, selain harganya yang mahal.
Sebenarnya tidaklah susah mana jika dibandingkan dgn kebaikannya. Antara kebaikan menggunakan cd ni
- mesra alam
- jimat kos berbanding lampin pakai buang
- bayi cepat tahu perbezaan basah n kering -> lebih mudah utk potty training
- lebih selesa, fabrik lembut
- bayi tak mudah kena ruam
- penggunaan jangka masa panjang
sumber : google
Saya hanya menggunakan cd di hujung minggu saja. Waktu bekerja biasa saya bekalkn disposable diaper ke rumah pengasuh. Yer..x nk menyusahkan pengasuh Sarah..Di hujung minggu blhla menyusahkn encik suami..Sarah kl pakai cd mesti selalu berak..selesa sangat kot..aduyaiii itu yg encik suami x suke nk cuci..tp sekarang ni dia dah ok..sudah pandai nk handle cd ni..tak susah pun nak cuci cd yang bernajis. Hanya buangkan najis dalam mangkuk tandas dan kemudian spray tempat kotor tersebut dengan air paip yang kuat. Hilanglah kesan kotoran tu. Pastu boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau basuh tangan. Dulu2 semasa rajin, saya basuh semuanya guna tangan. Tp skrg dah malas, saya guna mesin basuh aje...Moh kita tengok bagaimana abah mithali pakaikan cd step by step
Lampin pakai buang sekarang ni pun dah makin mahal. Mujurlah Sarah ni kulitnya tidak sensitif. Jadi tiada masalah kalau saya pakaikan apa saja brand cuma ada sesetengah brand yang kurang sesuai sbb akan bocor..Kalau kita calculate perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang ni, dalam setahun boleh mencecah RM1000++.. Tu kalau anak sorang. Bayangkan anak ramai? Sebab itulah dari segi long term, mmg berbaloi guna cd ni. Walaupun harga sekeping cd ni dalam lingkungan RM20++, tetapi ia boleh diguna semula bertahun-tahun. So kalau anak bertambah, bolehlah guna lagi utk adik2 pula..Biasa anak2 ni kalau dah umur 3 tahun ke atas yang dh lepas potty training tu dh x pakai lampin lagi kan..So cd ni boleh bertahan sehingga 3 tahun!
Nak memulakan memang sukar pada mulanya. Tetapi percayalah lama-lama nanti anda akan rasa x susah pun guna cd ni.
Selamat ber'CD'!!
Nak memulakan memang sukar pada mulanya. Tetapi percayalah lama-lama nanti anda akan rasa x susah pun guna cd ni.
Selamat ber'CD'!!
* credit to cloth diaper websites in Malaysia
No comments:
Post a Comment