Monday, December 31, 2012

2 tahun berlalu..

2 tahun telah berlalu..Namun setiap kali mengenang pertistiwa itu, air mata ini sering gugur..Mengenangkan diriku yang tidak sempat untuk memohon ampun darimu..tidak dapat berada di sisimu di saat kau sakit..di saat-saat akhirmu..Namun apakan daya..Takdir Allah menentukan segala..Mungkin itulah cara yang terbaik buat kita semua berpisah sementara di dunia..Semoga kita dapat berjumpa di akhirat sana..

Bila terkenangkan memori itu pasti akan muncul rasa bersalahku kerana tidak menelefon abah sewaktu mak melawat abah di Pakistan..Abahku bertugas di Karachi, Pakistan sebagai attache..Encik suami ada bertanya padaku "tak nak call abah ke?"..Aku membalas "tak mengapalah..biarkan abah dan emak menikmati percutian mereka di sana..Lagipun hujung minggu nanti abah dan mak nak balik ke sini"..Aku hanya bercakap dengan abah ketika mak selamat tiba di airport Karachi..Selang beberapa hari kemudian ku terima sms emak mengatakan abah admitted..Itulah pertama kali abah dimasukkan ke hospital. Keesokan paginya emak sms mengatakan abah koma, dan selang beberapa minit ku terima satu lagi sms mengatakan abah sudah tiada..

Ya, abah pulang jua ke tanah air..tetapi hanya jasadnya sahaja..kerana rohnya telah dijemput Ilahi..Dan kini, setiap kali memandang wajah Sarah dan Thaqif, terdetik di hati, "Alangkah seronoknya kalau abah ada ketika ini..bermain2 dengan cucu"..Ohh indahnya ;)

Allah kan Maha Mengetahui..Maha Adil..Maha Penentu..Daku redha dan pasrah atas ketentuanNya..

Semoga Allah sentiasa merahmatimu di alam sana..Sunguh, kita semua pasti ke sana suatu hari nanti..


Al-fatihah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...