Monday, April 29, 2013

Di ambang PRU13




Ohhh tidak sampai berapa hari saja lagi menjelang hari PENTING bagi semua rakyat Malaysia..PRU kali ini dikatakan antara yang paling sengit..

Ini merupakan kali pertama saya mengundi. PRU sebelum ini tidak mengundi pun. Maafkan saya. Sejujurnya sehingga hari ini pun saya masih ragu-ragu calon manakah yang bakal saya pangkah nanti..Ada 2 calon..Aduhhh..ku keliru..Masih perlu beristikharah memohon petunjuk dariNya..Semoga keputusan yang dipilih nanti menyumbang kebaikan demi masa depan Malaysia.


To all Malaysians, pilihlah calon anda yang terbaik..Jangan menyesal di kemudian hari..Dacing kah? bulan penuhkah? bulan separa kah?..Pilihan di tangan anda..Jangan tak keluar mengundi pula ya..Kerana satu undi anda amat bermakna untuk masa depan Malaysia!

Saya doakan semoga PRU kali ini dapat berjalan dalam suasana yang harmoni. Kita kan sudah merdeka lebih drp 50 tahun. Seharusnya politik negara juga adalah lebih matang.

Last but not least, walaupun kita berlainan fahaman politik, tetapi kita tetap bersaudara..Jangan putus silaturrahim.




 We are Malaysian! I love Malaysia


Sunday, April 21, 2013

Lagi lagi berenang

Ingatkan selepas tamat kelas renang tu hidupku aman tenteram lah..Rupanya tidak..Terasa kureng pulak bila tiada aktiviti berenang..Memang selepas saja tamat kelas renang tu ade dianjurkan kelas lanjutan..Tapi tidak ramai yang join termasuk aku..Aku tak mahu terikat dengan kelas yang membuatkan dapur di rumah tidak berasap tu..huhuu..Alasan..alasan..



Sudahnya aku dan kawan-kawan masih meneruskan aktiviti renang kami di pool yang lain pula..Bila begini lebih santai dan tidak stress..Sebelum jam 730 malam dah boleh sampai rumah dan memasak :) Dan aktiviti ini juga dikira riadah mingguan..Maklum saja di hujung minggu memang tak berkesempatan nak beriadah..Shame on me :'(

Memandangkan semasa kelas dulu aku pun tidaklah berapa nak pandai teknik freestyle, jadi inilah masanya untuk memperbaiki teknik berenang..Breast stroke pun masih sedang memperbaiki lagi teknik..So far alhamdulillah macam ok sikit berbanding freestyle..

Kami juga berkesempatan belajar teknik terapung dalam air..Omputih sebut water treading (spelling x sure)..Hmmm...tidak juga susah..Cuma perlu keyakinan untuk membuatnya di kedalaman air melebihi 1.5 m..Sebelum ini masa kelas, ketinggian air cuma 1.2m..Hehehe tidaklah mencabar..So di tempat baru ini kolamnya mempunyai kedalaman yang berbeza..Mencabar dan menarik :)

Insyaallah, akan meneruskan aktiviti ini..Berenang memang satu riadah yang sangat baik..Ia membantu kita memperbaiki pernafasan..Orang yang ada asma, sangat bagus belajar berenang. Berenang juga merupakan sukan yang paling selamat daripada kecederaan. Mungkin ada risiko juga, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan sukan lain seperti bola sepak, badminton, hoki dsb. Paling menarik, apabila berenang, semua otot kita digunakan dan sangat bagus untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan seperti saya ;)





Friday, April 19, 2013

Kelas Asas Renang - final part

28 Mac lalu merupakan kelas renang terakhir..perasaan berbelah bagi ok..Suka sebab kelas dah tamat..Dah tak serabut fikir lambat ambil anak..dapur yg tak berasap..Sedih jugak dalam masa yang sama sebab lepas ni susah nk g swimming di tempat tertutup dan hanya WANITA sahaja..I met new friends there..walaupun sesama ptd, bukan senang nk dpt peluang macam ni..Coach pun baik2 belaka..

Sebelum bersurai, coach liza ajar kami menyelam..siap bersila kt lantai pool lagi. Tekniknya, kena lepaskn nafas sehabis2nya..Aku tak berjaya duduk bersila seperti dia..huhuu..Kalau ade kamera water proof tu memang syiokk berposing ni..

Habis sahaja kelas around pukul 7.30 pm, kami bersiap2 utk dinner pulak..Pakaian simple aje..baju pptd n seluar..We had a very simple dinner yet a memorable one! Seronok sangat coach Syima  comey kami datang dinner tu..Maklumlah dia tinggalkan kami terkapai2 sampai tamat kelas..huhuuuu

Lepas settle dinner, acara yg ditunggu2..berposinglah..heheeee..

with coach Syima (left) & coach Zaliza (right)




[Eng] Hari - Cutie Song (Gwiyomi Song)

Makin glamer lagu gwiyomi ni kan...huhuuu..Suke tengok budak perempuan ni..Cute sangat muka dia..Dah macam korean pun ado..


Monday, April 15, 2013

Happy Birthday!!

Bulan April ini amat istimewa kerana ramai ahli keluarga dan kawan-kawan yang menyambut ulangtahun kelahiran.

6 Apr - adik ipar
9 Apr - adik bongsu saya & adik ipar
15 Apr - mak tersayang..

Selamat hari lahir buat insan-insan istimewa! Semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati dan dilindungi dengan rahmat kasih Ilahi..


Saya juga menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini :)

Saturday, April 6, 2013

Kelas Asas Renang - part 3

Frankly speaking sehingga kelas terakhir pun aku masih belum lulus freestyle..Apa masalah aku sebenarnye ni? Susah sangat ke? Pada aku yer..mmg agak susah..sbb aku x blh nk synchronise arm pulling dan kicking..hahaaa..redha aje la..actually bolelah buat cume nafas x pjg so suku pool aje la...heheeee

Di dua kelas terakhir, coach liza mengajar group kami breaststroke..org taman umah aku panggil katak style..bahasa melayu panggil kuak dada..hahaaaa

Alhamdulillah..x sangka boleh buat walaupun mula2 tu mcm x berapa nak yakin je kan...macam ni ye tekniknya..

sumber: google

Ni michael phelps sedang berbreaststroke ;)



Wednesday, April 3, 2013

BUBAR

Baru sahaja sekitar jam 11 lbh tali bertalu2 mesej masuk mengatakan YAB PM telahpun mengumumk n pembubaran Parlimen dan pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari..

Selamat mengundi to all malaysian!p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...