Ingatkan selepas tamat kelas renang tu hidupku aman tenteram lah..Rupanya tidak..Terasa kureng pulak bila tiada aktiviti berenang..Memang selepas saja tamat kelas renang tu ade dianjurkan kelas lanjutan..Tapi tidak ramai yang join termasuk aku..Aku tak mahu terikat dengan kelas yang membuatkan dapur di rumah tidak berasap tu..huhuu..Alasan..alasan..
Sudahnya aku dan kawan-kawan masih meneruskan aktiviti renang kami di pool yang lain pula..Bila begini lebih santai dan tidak stress..Sebelum jam 730 malam dah boleh sampai rumah dan memasak :) Dan aktiviti ini juga dikira riadah mingguan..Maklum saja di hujung minggu memang tak berkesempatan nak beriadah..Shame on me :'(
Kami juga berkesempatan belajar teknik terapung dalam air..Omputih sebut water treading (spelling x sure)..Hmmm...tidak juga susah..Cuma perlu keyakinan untuk membuatnya di kedalaman air melebihi 1.5 m..Sebelum ini masa kelas, ketinggian air cuma 1.2m..Hehehe tidaklah mencabar..So di tempat baru ini kolamnya mempunyai kedalaman yang berbeza..Mencabar dan menarik :)
Insyaallah, akan meneruskan aktiviti ini..Berenang memang satu riadah yang sangat baik..Ia membantu kita memperbaiki pernafasan..Orang yang ada asma, sangat bagus belajar berenang. Berenang juga merupakan sukan yang paling selamat daripada kecederaan. Mungkin ada risiko juga, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan sukan lain seperti bola sepak, badminton, hoki dsb. Paling menarik, apabila berenang, semua otot kita digunakan dan sangat bagus untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan seperti saya ;)
No comments:
Post a Comment