Sunday, May 12, 2013

Everyday is a mother's day


Sambutan Hari Ibu diraikan setiap Mei minggu kedua. Pada tahun ini, sambutan hari ibu diraikan pada 12 Mei 2013.

Pada aku, sebagai anak, kita tak perlulah menunggu setahun sekali baru nak dizahirkan perasaan sayang terhadap ibu kita. Hari-hari pun kita boleh berbuat demikian kerana telah menjadi kewajipan kepada kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa. 

Benarlah kata orang, kita tak akan mengerti perasaan seorang ibu sehingga kita sendiri menjadi ibu. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepadaku untuk menjadi seorang ibu. Terima kasih ya Allah..

Ku akui juga bukan mudah menjadi seorang ibu, terutama ibu yang bekerjaya. Aku juga seorang ibu bekerjaya. Bila bekerja, masa di rumah agak terbatas dengan kerja-kerja rumah yang amatlah banyak. 9 jam di pejabat yang ada kalanya penuh dengan stress..Kadang2 terpaksa stay back atas sebab2 tertentu. Bila balik ke rumah sahaja, terus memakai apron dan bersilat pula di dapur menyediakan makan malam untuk suami dan anak2..Belum cerita lagi bab2 mengemas rumah, laundry bagai...Ohhh kalau ada anak kecil pula, bersengkang mata berjaga tengah malam untuk mengepam susu buat bekalan anak..Di sinilah peranan suami untuk membantu meringankan beban isteri. Kerana pada aku, isteri bekerja pun sebab nak bantu suami bukan? So perlulah ada give and take ;)

Jadi, aku sangat sallute lah kepada ibu2 bekerjaya di luar sana yang tidak mempunyai pembantu rumah dan berjaya menguruskan rumah tangga mereka dengan baik. Tak kurang juga ibu2 yg menjadi suri rumah sepenuh masa..Anda juga adalah ibu yang terbaik!





Seorang ibu juga tidak mengharapkan apa2 balasan daripada anak2 mereka..Cuma pada aku, anak2 membesar dengan sihat, lengkap dengan ilmu dunia akhirat dan menjadi insan yang berguna pun sudah cukup menggembirakan hati seorang ibu..Tak gitu?

Kepada emak saya, Puan Salmah Budin, selamat hari ibu. I love u eternally..Thank you for everything mak ;)

**OOT: lately ni ramai betul kawan2 berbadan dua..Jauh di sudut hati aku memang rindu zaman mengandung dulu..Andai ada rezeki dalam masa terdekat, syukur sangat2..Tp kalau2 ada rasa sedih tu, ubatnya ialah fikirkan perasaan orang lain yang dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki dapat anak..Masa tu terbitlah rasa syukur kpd Allah kerana kita ada zuriat..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...