Friday, January 24, 2014

Allah is the best planner

Benarlah Allah adalah sebaik-baik perancang..

Ikutkan 24 Januari adalah EDD utk my second pregnancy..Tapi dengan takdir Allah, kandungan itu hanya bertahan selama 11 minggu sahaja..Perasaan kehilangan itu hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang tahu bagaimana rasanya..Tetapi kita harus redha dengan ketentuan Allah kerana hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik buat kita kan?

Semoga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik selepas ini..Sabar dan redha atas segala ketentuan Ilahi..

Wednesday, January 22, 2014

Item To Letgo

Saya memang gemar membeli secara online. Paling biasa item yang dibeli ialah tudung, baju, barang2 baby, breastpump..Kasut pernah sekali try..Tu pun beli yg paling murah sebab takut tak kena saiz.

Bila membeli secara online ni, pembeli kene tanggungla akibat jika warna or saiz baju tu tidak seperti yang anda harapkan..Disebabkan itulah saya nak letgo few baju yang saya beli sebelum ini. Tak pernah pakai pun sebab saiz tak kena dengan saya..Huhuuu.

1. Bianca dress (dark green) - The Poplook

**design seperti gambar di bawah..tapi warna dark green
Harga asal RM 86
Harga nak LETGO RM70 (including postage) - x pernah pakai

Size XL
Length: 138cm
Bust: 50cm
Armhole: 26cm
Shoulder: 37cm
Waist: 47cm
Hips: 65cm
Fits UK 12 - 14 

design is like this























































warnanya begini


























2. Bianca dress (dark purple) - The Poplook




















Harga asal RM86
Harga nak letgo RM70 (including postage) - x pernah pakai

Size L
Length: 137cm
Bust: 48cm
Armhole: 24cm
Shoulder: 36cm
Waist: 46cm
Hips: 60cm
Fits UK 10 - 12



3. CURVE Rocio Denim Shirt - Washed Light Grey - Poppy

Harga asal RM 74
Harga nak letgo RM65 (including postage) - x pernah pakai

Size 3XL:
Length: 78cm
Bust: 57cm
Shoulder: 43cm
Armhole: 27cm
Length of sleeves: 62cm
Waist: 56cm
Hips: 61cm





































4.  Rocio Denim Shirt - Blue - POPPY

Harga asal RM 74
Harga nak letgo RM65 (including postage) - x pernah pakai

Size 3XL:
Length: 78cm
Bust: 57cm
Shoulder: 43cm
Armhole: 27cm
Length of sleeves: 62cm
Waist: 56cm
Hips: 61cm


















  



















Kalau ada yang berminat bolehlah emel directly to me ya (nisadahri@gmail.com)


Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

12 Rabi'ul awwal merupakan hari Nabi Muhammad SAW dilahirkan..Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim..

Ada satu kisah yang ingin dikongsikan bersama..Sungguh menyentuh hati..1400 tahun yang lalu ada seseorang yang telah merindukan kita..Tapi kita??

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka...."




Sunday, January 12, 2014

Senaman ketika hamil

Siapa kata wanita hamil tak boleh workout/exercise? Tahukah anda, dengan bersenam/workout sepanjang hamil dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, diebetes dan hipertensi. Senaman juga membantu memudahkan proses melahirkan nanti.


Google
Sejujurnya, sepanjang 2x hamil sebelum ini, saya langsung tak bersenam. Hanya aktiviti berjalan saja. Itu dikira juga sebagai bersenam kan? Heheeee

Tapi untuk pregnancy kali ini, saya cuba untuk bersenam..Walaupun sudah memasuki trimester kedua, saya kira masih belum terlambat untuk memulakan. Bila tengok selebriti Yasmin Hani & Aishah Sinclair yang sangat rajin workout semasa diorg pregnant, buat saya 'buka mata'..

Bagi wanita yang sebelum hamilnya memang aktif membuat workout, tidak menjadi masalah untuk meneruskan aktiviti workout, tetapi perlulah mengurangkan workout yang menggunakan beban yang tinggi. Sementara bagi wanita yang kurang aktif, bolehlah membuat aktiviti yang kurang lasak dan selamat. Berjalan dan berenang merupakan aktiviti riadah yang paling selamat untuk ibu yang hamil. Akuanatal merupakan senaman yang baik untuk ibu hamil. Tapi kt Malaysia ni ada ke kelas akuanatal? Kalau ade mahu juga join :) Ohhh lama rasanya tidak berenang..Bolehlah cuba berenang nanti ;)

aquantal untuk ibu2 hamil
Selain itu, yoga dan pilates juga bagus diamalkan oleh ibu2 hamil. Bagi ibu2 yang sudah memasuki trimester ketiga pula bolehlah mengamalkan senaman kegel iaitu senaman kemutan. Senaman kegel membantu otot pelvik menjadi lebih kuat dan membantu dalam proses kelahiran kelahiran. Ia turut membantu mengurangkan risiko koyakan yang teruk semasa meneran.

Make sure tahap kesihatan anda adalah baik sebelum memulakan senaman ya! 
Bagi ibu2 hamil yang mengalami komplikasi di sepanjang kehamilan, haruslah berhati2 dalam memilih senaman atau dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Sekiranya semasa bersenam/workout ibu2 mengalami sesak nafas, rasa hendak pitam, bleeding atau rasa yang kurang menyenangkan, hendaklah berhenti dan rehat secukupnya.





Saya banyak menonton youtube aje masa nak buat stretching dan workout ni. Banyak sangat video dalam youtube yang membantu ibu2 untuk bersenam. Paling selesa, lakukan di dalam rumah sahaja :) Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (cotton is the best) ya!

Ni antara rujukan saya;

flaviadelmonte
steadyhealth
bayi-ibu.com


 

Sumber:
Pregnant.my
BabyCentre.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...