Siapa kata wanita hamil tak boleh workout/exercise? Tahukah anda, dengan bersenam/workout sepanjang hamil dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, diebetes dan hipertensi. Senaman juga membantu memudahkan proses melahirkan nanti.
Sejujurnya, sepanjang 2x hamil sebelum ini, saya langsung tak bersenam. Hanya aktiviti berjalan saja. Itu dikira juga sebagai bersenam kan? Heheeee
Tapi untuk pregnancy kali ini, saya cuba untuk bersenam..Walaupun sudah memasuki trimester kedua, saya kira masih belum terlambat untuk memulakan. Bila tengok selebriti Yasmin Hani & Aishah Sinclair yang sangat rajin workout semasa diorg pregnant, buat saya 'buka mata'..
Bagi wanita yang sebelum hamilnya memang aktif membuat workout, tidak menjadi masalah untuk meneruskan aktiviti workout, tetapi perlulah mengurangkan workout yang menggunakan beban yang tinggi. Sementara bagi wanita yang kurang aktif, bolehlah membuat aktiviti yang kurang lasak dan selamat. Berjalan dan berenang merupakan aktiviti riadah yang paling selamat untuk ibu yang hamil. Akuanatal merupakan senaman yang baik untuk ibu hamil. Tapi kt Malaysia ni ada ke kelas akuanatal? Kalau ade mahu juga join :) Ohhh lama rasanya tidak berenang..Bolehlah cuba berenang nanti ;)
Selain itu, yoga dan pilates juga bagus diamalkan oleh ibu2 hamil. Bagi ibu2 yang sudah memasuki trimester ketiga pula bolehlah mengamalkan senaman kegel iaitu senaman kemutan. Senaman kegel membantu otot pelvik menjadi lebih kuat dan membantu dalam proses kelahiran kelahiran. Ia turut membantu mengurangkan risiko koyakan yang teruk semasa meneran.
aquantal untuk ibu2 hamil |
Bagi ibu2 hamil yang mengalami komplikasi di sepanjang kehamilan, haruslah berhati2 dalam memilih senaman atau dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Sekiranya semasa bersenam/workout ibu2 mengalami sesak nafas, rasa hendak pitam, bleeding atau rasa yang kurang menyenangkan, hendaklah berhenti dan rehat secukupnya.
Saya banyak menonton youtube aje masa nak buat stretching dan workout ni. Banyak sangat video dalam youtube yang membantu ibu2 untuk bersenam. Paling selesa, lakukan di dalam rumah sahaja :) Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (cotton is the best) ya!
Ni antara rujukan saya;
flaviadelmonte
steadyhealth
bayi-ibu.com
Sumber:
Pregnant.my
BabyCentre.com
No comments:
Post a Comment