Sunday, October 26, 2014

My brother's engagement

25.10.14

Pada tarikh ini semua umat Islam menyambut tahun baru 1436H..

Pada tarikh ini juga adik lelaki saya telah selamat menjadi tunangan orang..Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. 

Cuma saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyaksikan majlis pertunangan tersebut. Encik suami terlibat dengan majlis sambutan Maal Hijrah di PICC. Majlisnya tamat agak lewat. Kebetulan juga majlis pertunangan adik saya bermula sekitar jam 12 tengah hari. Dalam atur cara majlis sambutan Maal Hijrah tertulis tamat program jam 11 pagi..Ahli keluarga yang lain semua sudah bersiap dan hanya menunggu saya..Hampir jam 1145 masih belum habis majlis di PICC..Saya menyuruh mereka pergi dahulu dan kami akan menyusul kemudian..

Nak dipendekkan cerita, apabila kami tiba, majlis pun sudah selesai dan para tetamu sedang menjamu selera..Terkilan sungguh rasa di hati..

Apapun, tahniah adikku atas pertunangan kalian. Semoga dipermudahkan urusan akan datang..Insyaallah tahun depan keluarga kami akan bertambah :)


sisterhood





Wednesday, October 22, 2014

Rambut gugur selepas bersalin??

 

sumber encik google

Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin..Saya juga tidak terkecuali mengalaminya. Saya juga punya kawan yang rambutnya semakin jarang dek hormon yang tidak seimbang selepas bersalin yang menyumbang kepada keguguran rambut yang kronik..

 

Sebenarnya sejak bersalinkan anak pertama dulu saya hanya ambil zinc complex shaklee je utk bantu masalah keguguran rambut saya ni..

 

Jom baca info sikit tentang keguguran rambut selepas bersalin ni!!
 

Tahukah anda bahawa rambut gugur selepas melahirkan adalah suatu yang NORMAL?! Yaaa itu normal..Anda akan kembali seperti sedia kala selepas bayi anda menyambut ulang tahunnya yang pertama..

Kebiasaannya, kira-kira 85-9% rambut kita tumbuh di kepala manakala 5-15% yang lain berada pada peringkat berehat. Selepas tempoh berehat, rambut2 kita akan gugur..Biasanya semasa kita menyikat atau bersyampu dan akan digantikan dengan rambut yang baru..Secara purata, setiap wanita mengalami keguguran rambut 100 helai setiap hari..Macam banyak aje kan!!!

Semasa hamil, peningkatan paras estrogen adalah pada peringkat pertumbuhan rambut yang panjang. Hanya sedikit rambut berada pada peringkat berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. Sebab itulah ibu2 mempunyai rambut yang lebih lebat semasa hamil.

Selepas anda melahirkan anak, paras estrogen merudum dan lebih banyak folikel rambut memasuki peringkat berehat..Pada masa ini lebih banyak rambut akan gugur terutama ketika anda bersyampu dan menyikatnya..

Kebiasaannya masalah ini akan berakhir apabila anak anda memasuki usia setahun..Ok, apakah yang boleh kita lakukan apabila mengalami masalah rambut gugur ni?

Antara langkah2 yang boleh diambil ialah 
  • elakkan gaya rambut yang menarik atau meregang rambut yang keterlaluan
  • amalkan diet yang sihat
  • tambah supplemen dalam pemakanan seharian terutama zinc, b complex, vit C dan E dan juga biotin
  • pilih syampu yang mengandungi bahan2 yang berkualiti tinggi
  • potong rambut
  • elakkan stress

Sumber: wikihow.com 

Saya amalkan pengambilan zinc complex setiap pagi sebelum sarapan, b complex dan vit C selepas sarapan serta vit E pada waktu malam selepas dinner..Alhamdulillah saya dapati masalah rambut gugur saya dapat dikawal..

Yang nak cuba produk Shaklee jangan segan-segan utk hubungi saya ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...