Sunday, October 26, 2014

My brother's engagement

25.10.14

Pada tarikh ini semua umat Islam menyambut tahun baru 1436H..

Pada tarikh ini juga adik lelaki saya telah selamat menjadi tunangan orang..Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. 

Cuma saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyaksikan majlis pertunangan tersebut. Encik suami terlibat dengan majlis sambutan Maal Hijrah di PICC. Majlisnya tamat agak lewat. Kebetulan juga majlis pertunangan adik saya bermula sekitar jam 12 tengah hari. Dalam atur cara majlis sambutan Maal Hijrah tertulis tamat program jam 11 pagi..Ahli keluarga yang lain semua sudah bersiap dan hanya menunggu saya..Hampir jam 1145 masih belum habis majlis di PICC..Saya menyuruh mereka pergi dahulu dan kami akan menyusul kemudian..

Nak dipendekkan cerita, apabila kami tiba, majlis pun sudah selesai dan para tetamu sedang menjamu selera..Terkilan sungguh rasa di hati..

Apapun, tahniah adikku atas pertunangan kalian. Semoga dipermudahkan urusan akan datang..Insyaallah tahun depan keluarga kami akan bertambah :)


sisterhood





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...