Monday, October 15, 2012

Pilihan set bersalin untuk bakal ibu


Buat bakal ibu yang masih tercari-cari set semasa berpantang nanti, let's consider set berpantang Shaklee.. Jika anda tidak bercadang untuk mengambil set berpantang yang mempunyai jamu, saya cadangkan anda mencuba set berpantang Shaklee ni.

Semasa berpantang anak sulung saya tahun lepas, saya mengambil set inilah! Alhamdulillah, badan rasa bertenaga dan muka tidak pucat (ini pun jiran sebelah rumah saya yang menegur)..Sekiranya anda bersalin secara pembedahan, supplemen ini juga banyak membantu memulihkan badan anda. Jom kita tengok apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee ni.

1. B Complex - sebagai penenang (anti-stress), mengelak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon

2. Vita C - mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki sel-sel tisu rosak semasa bersalin

3. Vitalea (multivitamin) - lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron/besi pula penting untuk tubuh terutama bagi ibu yang banyak kehilangan darah sewaktu bersalin

4. Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, zinc supplemen adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin


Berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan2 terdekat, ramai yang membeli set berpantang tradisional..but end up tak makan pun segala macam jamu2 tersebut atas faktor anak ada jaundice, sembelit dan sebagainya. Disebabkan itulah, saya cadangankan anda mengambil supplemen! Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin. Yang penting, anda perlulah minum air yang banyak. Hehehe..orang2 tua pesan tak boleh minum air yang banyak ketika berpantang. Tetapi doktor pula pesan minum air banyak. Tambah pula bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, keperluan untuk minum air masak/suam memang satu keutamaan.

Oh ya, waktu berpantang ni, terutama bagi anda yang berpantang sendiri di rumah, sangat sesuai untuk menggunakan korset premium beautiful. Ia juga dikenali sebagai bengkung moden yang sangat efektif. Cuba bayangkan anda berpantang sendirian di rumah, macam manalah nak ikat tali bengkung yang panjang berjela. Dengan anak merengek lagi..kalau nak ke tandas pula lagi..ohh memang payah..Ada sorang kawan saya pernah berkongsi pengalamannya berpantang menggunakan tali bengkung. Kasihannya dia terpaksa berdiri di tepi tingkap dan melilit sendiri bengkungnya..Tak dapat nak dibayangkan kesukaran nak pakai sendiri bengkung tersebut!



Sebab itu saya mengesyorkan anda melabur sedikit wang anda untuk kegunaan jangka masa panjang..Yer..anda boleh menggunakan korset ini bukan hanya sewaktu berpantang, tetapi hari-hari pun boleh guna untuk maintain bentuk badan anda..Sangat senang dipakai, hanya sarungkan long bra, girdle dan waist nipper. Boleh pakai sendiri, tak perlukan bantuan orang lain. Siap dipakai dalam masa 5-10 minit! Kesannya juga menyeluruh. Jika bengkung biasa, hanya cover bahagian perut hingga peha sahaja. Tetapi dengan korset Premium Beautiful, ia membantu anda membentuk bahagian dada hingga peha. Pakailah selama 8 jam secara konsisten, insyaallah anda akan nampak hasilnya.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan set berpantang ini, hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa :)

Semoga bakal-bakal ibu selamat melahirkan anak yang sihat dan comel dan selamat berpantang!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...