Pada masa ini saya begitu runsing dengan Sarah. Sejak akhir-akhir ni dia tidak mahu makan sangat. Jika dulu, hidang apa saja mesti dimakannya. Skrg ni, dia lebih suka meratah lauk saja. Kalau ada nasi dan ikan goreng, dia akan pilih isi ikan. Bila ku suakan nasi, dia menggeleng. Aduhaii la anak.Adakah memang di waktu usia begini (19 bulan), kebanyakan anak2 memang begitu??
Sarah bukanlah picky eater type. Sebelum ni memang dia tak memilih makan. Apa yang ku hidang itulah yang dia makan. Sayur pun dia suka je makan.Cuma sekarang ni dia lebih banyak main dari makan. Dan menyusu pun kuat. Bila dah campur dengan susu formula ni barulah terasa berat juga kalau setiap minggu kene tambah bekalan susu. Syukurlah selama setahun lebih Sarah hanya minum susu badan. Sudah jimat kos susu di situ..Sekarang ni Sarah masih lagi menyusu badan, cuma time office hour dia minum susu fm sbb mama dia x mampu nak supply EBM yg byk lg..huhuu..
Berbalik kpd isu anak tak mahu makan ni, apayer yang boleh ku lakukan? Mungkin aku perlu cari menu yang betul2 boleh menarik minat dia makan mcm selalu...Huhuuu..Ok Sarah, mama will try my best..I love u sooo much sayang!
No comments:
Post a Comment