Wednesday, May 22, 2013

Hamil lagi?

Suburnya orang-orang di Bahagian saya! Nah, buktinya, ramai betul yang mengandung ketika ini..Ada lah dalam 6-7 orang. Memang subur betul ;)

Seronoknya mengandung. Mulalah merindui momen-momen indah semasa mengandungkan Sarah Ardini..Ohh indahnya!


Pengambilan vitamin dan pemakanan yang berkhasiat sangat penting oleh ibu hamil. Ini kerana nutrien-nutrien daripada makanan si ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin. Sebab itulah ibu hamil dilarang mengambil alkohol, merokok dan aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan janin. Sebagai ibu, saya yakin anda pasti inginkan anak yang bakal dilahirkan itu nanti membesar dengan sihat dan cergas, kan?

Biasanya apabila ibu-ibu pergi buat check-up bulanan di klinik mesti akan dibekalkan dengan beberapa pil vitamin seperti folic acid, vita C dan iron. Ada juga yang diberikan obimin. Semasa mengandungkan Sarah itulah vitamin yang saya makan..Paling tak suka pil iron tu, sebab setiap kali makan mesti akan terkena sembelit. Sembelit adalah tidak BEST!! Semasa final trimester pula, saya tambah neurogain. Susu memang tak lupa minum setiap hari. Sebenarnya tidak kisah pun susu apa yang kita minum. Kerana apa jenis susu pun membekalkan kalsium pada ibu.

Saya nak berkongsi dengan anda supplemen yang baik untuk diamalkan oleh bakal ibu daripada Shaklee. Sama saja seperti vitamin yang ibu-ibu dapat di klinik.

B Complex: mengandungi 8 kumpulan vitamin B (lengkap dengan asid folik)
Vitalea Iron Formula: multivitamin dan multimineral (lengkap dengan zat besi). Sangat baik utk ibu-ibu yang alami masalah Hb rendah!
Sustained Release Vita C: sumber vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Dapat meningkatkan antibodi serta membantu penyerapan zat besi yang optimum
Ostematrix: sumber kalsium dan magnesium. Baik untuk mengelakkan sembelit, sengal-sengal otot dan kebas-kebas.

Oh ya, B Complex Shaklee mengandungi 200mcg asid folik dan Vitalea Iron Formula juga mengandungi 200mcg asid folik. Oleh itu, pengambilan 1 biji B Complex dan Vitalea setiap hari dapat membekalkan 400mcg asid folik yan diperlukan oleh ibu hamil!

Omega Guard Shaklee boleh diambil semasa trimester kedua dan ketiga.
ESP Shaklee boleh diambil bila-bila masa sahaja. Ia baik kerana membantu memberikan tenaga kepada anda.


Sekiranya anda bercadang untuk mengambil supplemen Shaklee sepangjang kehamilan anda, anda tidak perlu mengambil vitamin oleh klinik. Tetapi jika anda ragu-ragu, anda boleh saja dapatkan nasihat daripada doktor anda :)

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease


(info credited to http://www.genkimomma.net)

1 comment:

*∽ IZAN ∽* said...

Salam Nisa,

Medela FS ni made in Switzerland ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...