Sunday, September 22, 2013

Homemade fishball

Sudah lama rasanya tak membeli fishball di pasar..Sejak suami saya warning jangan lagi membeli fishball keluaran beberapa jenama selepas beliau melawat tempat memproses fishball sekitar beberapa tahun lalu..Walaupun ada HACCP, logo halal, tahap kebersihan sewaktu membuat bebola ikan adalah kurang memuaskan hatinya..Mungkin standard bersih suamiku tinggi kot..Huhuuuu

Bukan sahaja disebabkan faktor di atas, makan makanan yang diproses ni kan tak berapa bagus according to pakar2 O&G..Tambahan pula saya ni mempunyai masalah sakit puan. Jadi haruslah beringat2 selalu utk kesihatan jangka panjang..

Kebetulan sebelum puasa haritu ade beli ikan tenggiri..Bukan beli yg keping2 tu, beli seekor..Mahal rasanya! Tapi apek jual ikan cakap, beli yg keping2 lagi mahal oooo..So pejam sebelah mata je la beli sekor ikan harga dekat 60 hengget..Udahnya tak habis2 la ikan tenggiri mak kat dalam peti tu..

Tu yang teringat nak buat bebola ikan tenggiri..Macam biasalah, resepi google aje..Tengok resepi pun mudah sangat..Sebelum ni pernah try, tapi hasilnya kurang memuaskan..Bentuk pun tak cantik. Rasa pun x sedap..Rasa tepung yang lebih sebab ikan x banyak masa tu..

Credit to http://umisyafiqah.blogspot.com atas resepi..Dalam pada tu, ada juga ku refer pada blog2 lain tapi x hengat pulak..

Ni cara aku buat bebola ikan

Bebola ikan
*2-3 keping isi ikan tenggiri [diasingkan isi dari kulit dan tulang, jangan buang kulit dan tulang ikan]
*2 ulas bawang putih
*1 sudu kecil lada hitam [nk guna lada sulah pun boleh]
1 sudu kecil tepung jagung
garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara masak

Kisar semua bahan di atas yg bertanda * kemudian campurkan tepung jagung, lada hitam/lada sulah garam dan sedikit minyak ke dalam adunan yang dikisar. Selepas itu gaul sebati dan 'baling' adunan itu ke tepi mangkuk dan ditumbuk2..Buat beberapa kali sehingga adunan menjadi kenyal..Inilah rahsia membuat fishball seperti di pasaran tu menurut empunya blog [http://hudaahsin.blogspot.com]

Bentukkan menjadi bulat seperti bebola. Sebelum direbus ke dalam stok ikan, saya rendamkan seketika bebola yang dibentuk tadi ke dalam air sejuk yang dicampur ais. Selepas itu bolehlah dimasukkan ke dalam stok ikan tadi dan boleh diangkat bebola itu apabila timbul di permukaan air rebusan. Siap dan boleh dimakan!

Sedap dimasukkan ke dalam sup sayur..Halalan toiyyiban lagi..Bolehlah menikmati fishball tanpa ragu2 selepas ini ;p


4 comments:

Vee said...

mcm best ni kak Nisa'.. satu lagi, fishball di pasaran byk MSG. naik pening kalau makan. sangat tidak baik utk kesihatan terutama utk kanak2 yg sedang membesar.

kalau rajin bolehlah dicuba.

NISA DAHRI said...

Betul tu Vee..Husband saya pernah melawat tempat membuat fishball jenama yang biasa dijual di pasar..And dia tak bagi beli dah atas sbb2 kebersihan..Fishball di pasaran sudah tentu byk perasa utk menyedapkannya :)

Unknown said...

Thanks..

Unknown said...

Slm. Biasanya klau buat fishball tanpa pengawet ni,mampu btahan brapa lama ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...