Friday, September 20, 2013

Nasi Daging & Air Asam

Last few days ada usha2 resepi nasi daging di mr. Google. Memandangkan bahan2 yang diperlukan semuanya ada di rumah, bolehlah mencuba..

So lunch time tadi saya pun trylah masak. Hasilnya memang sedap. Cuma saya terlupa nak masukkan daun limau purut. Mungkin jika letak rasanya lebih sedap :) Untuk first timer macam saya ni, rasanya boleh dikatakan sedaplah..


Credit to empunya resepi dapurKu SaYang :)

Saya copy paste resepi ni yer

Nasi Daging
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang

Untuk 4 orang makan

bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato - saya guna 1 sudu makan sos tomato
  • 2 helai daun limau purut -lupa nak letak
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
  2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
  5. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
  6. Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
  7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 

Bahan Air Asam
bahan-bahan : 4 orang makan
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dihiris dadu)
  • 8-10 biji cili padi (dihiris) 
  • 2 biji cili merah (dihiris) 
  • 1 cawan air asam jawa (-/+)
  • sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
  • sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara : satukan semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan bersama nasi daging.

** cara saya: saya blendkan bawang merah, cili padi, cili merah, belacan dengan air asam jawa. Kemudian baru satukan dengan bawang besar, tomato dan garam/gula/jus limau 

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...