Monday, February 3, 2014

Cuti-cuti Raya Cina

Bulan Januari ni memang banyak cuti umum kan..Yang terakhir ni cuti raya cina..Nampak macam panjang aje cuti hujung bulan ni tapi sebenarnye 4 hari aje.

So cuti raya cina tahun ni famili mertua dah rancang family day di Asahan, Melaka..Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Putrajaya. Kami bertolak dalam pukul 9 lebih..Adatlah bila berkonvoi ramai2 ni perjalanannya lebih lama lagi ditambah pula dengan berhenti untuk mengisi perut yang kosong ;p



Kami tiba di Kem Saujana Asahan lebih kurang pukul 1 lebih..Rasanya kalau pergi sendiri ni confirm tak jumpa sebab tempatnya agak dalam hutan..Berdepan dengan Kem PLKN Gunung Ledang..Sampai2 terus check in bilik dan berehat sekejap..Letih walaupun bukan diri sendiri yang drive..Huhuuu






Di sini, terdapat beberapa pilihan tempat tinggal. Ada asrama dan chalet..Kami tinggal di chalet..Satu chalet dalam RM80, makan turut disediakan dengan charge sebanyak RM20++ tak silapnya..Boleh tahan jugalah chalet di sini..Katil single bed tapi ada 2 buah..So bolehlah combine utk jadi queen size bed hehehee..


Lepas settle solat zohor kami pun bentang tikar dekat padang depan chalet dan lepak2 di situ..Anak2 seronoklah dapat berlari sana sini..Bapak2 pula main bola sepak di padang..Emak2 duduk je lah atas tikar sambil menikmati pemandangan hijau sekeliling..Takpelah, asalkan anak2 happy, emak2 pun happy juga..

Malam pula ada aktiviti BBQ dan cabutan bertuah...Havoc sungguh..Rasa macam kawasan chalet itu kami yang punya..Haaaaahaaa..Untuk cabutan bertuah tu, family kecil kami mendapat 4 buah mug dan kuali masak..Best3..Habis aktiviti makan2, masing2 pun pulang ke bilik masing2..Tidur time..Tp agak x best sbb Sarah x boleh tidur lena..Ditambah pula tekak aku pun mulai rasa perit dab badan rasa tak sedap..Cepat2lah telan nutriferon dengan harapan dapatlah berkurang sikit..Tapi tidur memanglah tak lena sangat malam tu..

Esok harinya, aktiviti merentas hutan pula bagi orang2 lelaki dan perempuan yg available..Emak2 seperti biasalah menjadi 'penunggu' anak2 kecil..Lepaklah kami di chalet sambil bergosipan ;p

Habis saja aktiviti merentas hutan, masing-masing pun berkemas nak pergi water theme park..Dekat aje dengan tempat kami tinggal tu..Malangnya masa sampai tu matahari pun dah tinggi dan ramai orang..Yelah, sampai pun dekat2 tengah hari..Emak2 seperti biasa duduklah melepas sambil melihat pemandangan di sekitar kolam..Seronok betul Sarah dapat mandi kolam..Walaupun terketar2 kesejukan, dia layankan aje..

Actually kolamnya taklah besar mana, tapi bolehlah utk beriadah bersama keluarga..Cuma bila datang tu matahari pun dah meninggi, memang x berapa nak feel sangatlah kan..Cuaca hari tu memang teriiiik sangattttt..Awan pun x de..Sampai ke petang panasnya..

Selesai aktiviti di kolam, semua pun balik ke chalet dan berkemas2 utk pulang..Letih badan, mata sebab tak cukup tidur..Tambah pula dengan cuaca yang panas membuatkan badan rasa kurang sihat..

Anyway, menarik juga aktiviti kami kali ini..Mudah2an ada rezeki utk bersama2 ahli keluarga yang lain di masa akan datang :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...