Entry ini untuk peringatan buat diri sendiri :)
Pemakanan yang sihat dan seimbang adalah amat penting kepada ibu2 hamil dan bayi yang dikandung. Biasanya waktu hamil ni lah kebanyakan ibu2 makan dalam kuantiti yang tidak dikawal dengan alasan "makan untuk 2 orang"..Belum lagi dengan mengidam macam2 makanan..Actually, ibu2 hanya perlukan extra 300 kalori saja dalam pemakanan semasa mengandung selepas memasuki trimester kedua. Kalau dah melantak macam2 tu rasanya dah terlebih kalori tu..Hihiii
Pada pendapat saya, tak salah kalau ibu2 nak makan macam2 apatah lagi bila mengidam sesuatu makanan tu..Tapi perlulah dikawal kerana zaman sekarang ni macam2 penyakit yang boleh menyerang ibu hamil. Paling banyak ialah GDM (kencing manis semasa hamil), tekanan darah tinggi, Hb rendah pun bermasalah juga..Yang paling bahaya ialah pre-eclamplsia yang boleh mengancam nyawa ibu dan anak.
Sejujurnya semasa mengandung anak pertama beberapa tahun dulu, saya tidak kisah sangat tentang diet yang seimbang..Mungkin masa tu first timer, pengalaman langsung takde jadi taklah begitu menjaga sangat pemakanan..Yang paling saya ingat saya sangat suka makan aiskrim McD..Bukan yang mahal punya pun..chocotop tu je :) Syukurlah tak kena GDM masa tu..Overall weight gain pun tak banyak..less than 10kgs shj..Masa tu makan biasa2 aje, ambil prenatal vitamin klinik..Alhamdulillah takde masalah ketika itu..
Berbalik kepada pemakanan ibu2 hamil..Ibu2 perlu pastikan nutrisi2 penting diambil dengan secukupnya..Kadang2 memang sukar untuk kita penuhi keperluan tubuh badan, sebab itulah penting juga mengambil prenatal vitamin untuk melengkapkan mana2 yang kurang..Saya pernah terbaca satu komen seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Menurut beliau, sepanjang hamil 9 bulan berat badan beliau tidak bertambah terlalu banyak tapi baby yang dilahirkan mencecah hampir 4 kg! Tapi drp gmbr2 yang beliau selalu post dlm fb, nmpk sgt suka makan makanan yang manis2..Makanan yang tinggi gula juga boleh mempengaruhi berat badan baby dalam kandungan..Mujurlah beliau tak kena GDM ;p
Sumber: google |
Buah2 an amat penting untuk elakkan sembelit |
Senaman membantu ibu2 kekal cergas dan bertenaga |
Set hamil Shaklee..Berbaloi2 |
Kepada semua ibu2 yang sedang hamil, semoga dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan semoga dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti..Doakan saya juga ya!
p/s: Bagi yang nk mencuba set mengandung Shaklee, jangan segan2 contact saya! Harga istimewa menanti anda :)
Sumber:
WebMed
OHSU women health- my pregnancy plate
Dr. Zubaidi
MayoClinic-pregnancy diet
MayoClinic-pregnancy diet
No comments:
Post a Comment