Wednesday, June 26, 2013

Jerebu di mana-mana

Sejak minggu lepas, kebanyakan bandar di Malaysia mengalami jerebu. Boleh dikatakan setiap tahun, masuk je bulan Jun mesti akan kene jerebu..Takkan masalah yang dah makan tahun ni tiada penyelesaiannya? Takkanlah setiap tahun kita hanya melihat dan redha sahaja hutan di negara jiran terbakar? Tuan rumah? Tak sediakan payung sebelum hujan?

Di Putrajaya ku rasakan semalam adalah yang paling teruk..Indeks IPU pun hampir mencatat 200..Petang semalam bacaan 195. Mujurlah hujan rahmat Allah turun jua petang semalam. Dapatlah meredakan sedikit jerebu yang semakin tebal tu. Alhamdulillah bacaan pagi ni pun dah berkurangan kepada 119..Terima kasih Ya Allah atas rahmatMu..Semoga negara kami yg tercinta ini akan pulih seperti sediakala.. 

Tips ketika menghadapi 'musim' jerebu;


Semasa 'musim' jerebu ni, kalau boleh elakkanlah makan di kedai-kedai terbuka. Lebih baik masak sendiri di rumah. Lebih bersih, selamat dan sihat :) Mujurlah penyakit 'M' saya sudah pergi..Jadi hari2 bersemangat untuk memasak. Sarapan dan makan malam. Tengah hari terpaksa juga makan di kafe ofis.

2-3 hari lepas, tekak mula rasa perit kesan daripada jerebu. Suami dan anak pun sama. Jadi saya ambil Nutriferon Shaklee. Beri juga pada suami. Untuk anak, moga dia dapat khasiatnya melalui ASI. Hanya minum 1 sachet sahaja setiap hari. Tapi saya tidak ambil setiap hari. Kalau rasa x sedap badan baru minum. Nutriferon membantu meningkatkan sistem imun badan kita. Alhamdulillah, sekarang sudah tiada rasa perit tekak dan rasa pening nak demam. Badan kembali cergas dengan izin Allah..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...