Aku pendengar setia tiapkali kau meluahkan rasa yang terbuku di hati
Aku yang terawal mendengar berita baik darimu
Kita memang akrab..sehingga ada yang menyangka kita adalah saudara kembar
Namun kini, semuanya tidak seperti dulu
Jika dulu akulah pendengar setia, kini tidak lagi
Jika dulu akulah temanmu yang kau cari bila kau mahu berkongsi cerita suka dan duka
Kini, aku hanya mendengar berita tentangmu dari mulut insan lain
Walau kita dekat di mata, namun hati kita semakin jauh
Aku terus berdoa semoga di satu hari nanti
Hati-hati kita akan bertaut seperti dahulu..
No comments:
Post a Comment