Tuesday, June 18, 2013

Persediaan berpuasa dengan Mighty 3 Gems Shaklee

Kita semakin menghampiri Ramadhan..Bagaimana persiapan anda? Puasa yang tertinggal sudah diganti? Ada masa lagi ni nak menggantikan mana-mana yang belum cukup :)

Entry kali ni saya nak berkongsi mengenai persediaan berpuasa terutama ibu-ibu yang sedang hamil dan ibu-ibu yang menyusu..

 Menurut blog Dr. Zubaidi Ahmad, wanita yang hamil boleh berbuka puasa jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  • rasa pening, lemah, pitam atau penat melampau walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam
  • rasa loya dan mula muntah sehingga tiada cara lain selain memakan ubat tahan muntah
  • rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing (tanda dehidrasi)
  • jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan pergerakan bayi dalam kandungan menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan  
Selain itu, jika wanita mengalami komplikasi kehamilan, mereka dilarang berpuasa oleh doktor.

  • diebetis mellitus
  •  penyakit buah pinggang
  • bronchial asthma yang kuat
  • tekanan darah tinggi yang tak terkawal
  • kehamilan kembar
  • risiko kehamilan pra matang

Memang agak mencabar berpuasa dalam keadaan mengandung dan menyusu. Saya sendiri sudah melalui kedua-dua pengalaman itu. Bezanya berpuasa semasa hamil dulu saya belum lagi menjadi pengguna Shaklee..

Ramadhan tahun 2010, saya hamil di trimester pertama. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh walaupun banyak cabarannya ;)

Ramadhan tahun 2011 dan 2012 berpuasa sebagai ibu menyusu..Sangat mencabar pada saya sebab production tak berapa meriah..Tetapi alhamdulillah masih dapat berpuasa penuh..Cabaran yang sangat tak tahan ialah dahaga yang teramat terutama selepas mengepam. Allah sahaja yang tahu..huhuu

Semasa berpuasa tahun lepas saya baru berjinak-jinak mengambil Performance Drink Shaklee..Performance Drink ni kalau nak dekat Ramadhan memang macam pisang panas tau! Jadi, dapatkan dengan segera sebelum kehabisan stok!

Bagi anda yang sedang hamil, sebenarnya anda masih boleh berpuasa jika anda tidak mengalami masalah. Namun jika anda was-was, anda bolehlah mendapatkan nasihat daripada doktor.

Antara tips pemakanan semasa berpuasa:

  •  minum air yang banyak semasa bersahur dan berbuka 
  • lebihkan makanan yang memberi tenaga seperti kurma. Lebihkan kurma semasa bersahur
  • elakkan makanan yang bergula (boleh menyebabkan paras gula naik secara mendadak)
  • makanan makanan yang mengandungi protein untuk tumbesaran janin dan membantu penghasilan susu ibu bagi ibu yang menyusu

Bila menghampiri bulan puasa ni, set mighty 3 gems ni memang sangat laris. Terutama performance drink tu..kadang2 sampai habis stok. Oh ya, bulan Jun ni ada special promo utk Meal Shakes. Harga meal shakes sangatlah murah. So, pakej mighty 3 gems ni pun lebih berpatutan jika anda membeli di sepanjang bulan Jun ini!

Set Mighty 3 Gems terdiri daripada:


ESP
  • non GMO, mempunyai kandungan protein yang lengkap berasaskan tumbuhan semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
  • mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidang
  • glisemik rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • di samping rasanya yang enak, ESP dapat memberikan tenaga pada tubuh badan kita!
Meal Shakess
  • menyediakan vitamin dan mineral penting sebagai nutrien asas kepada anak-anak yang sedang membesar
  • sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • sumber pekat kalsium dan indek glisemik yg rendah 
Performance Drink
  • mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal

Anda boleh mencampurkan ketiga-tiga minuman di atas semasa bersahur dan berbuka. 

Tetapi kalau saya, saya asingkan performance drink tu..sebab perisanya oren, sedap diminum begitu sahaja dengan dicampurkan air kosong. minum masa chill lagi best..

ESP dan meal shakes biasanya saya campurkan dengan susu rendah lemak. Rasanya memang enak!


Siapa berminat, emel order anda kepada saya ok! nisadahri@gmail.com 

Harga ISTIMEWA sehingga 30 Jun ini!

Semoga kita semua berpeluang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan akan datang, ameen.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...