Friday, July 19, 2013

Mandi Wajib

Mandi selepas melahirkan anak dipanggil wiladah. Ramai yang keliru bilakah sebenarnya waktu untuk mandi wiladah. Sebelum ini saya difahamkan mandi wiladah ini adalah selepas melahirkan anak. Dan selepas darah nifas kering, wanita itu perlu mandi wajib sekali lagi. Bermakna ada 2 kali mandi wajib.


Tetapi, selepas membaca beberapa persoalan mengenai mandi wiladah ini dan jawapan daripada ustaz2, saya dapati sebenarnya tidaklah perlu 2 kali bagi wanita itu mandi wajib. Sekiranya selepas melahirkan, tiada darah yang mengiringi, maka wanita itu wajiblah mandi wiladah. Tetapi jika darah mengiringi semasa melahirkan anak, wanita itu perlu mandi ketika darah nifas sudah kering. Ini kerana kewajipan mandi bermula apabila masuk waktu solat. Jika begitu alasannya, memang munasabah.

Ini antara link yang sempat saya baca



Ini pula jawapan drp UAI mengenai waktu mandi wiladah dan nifas


Macam mandi wajib atas sebab lainlah seperti darah haid yang sudah kering dan selepas bersetubuh. Jika dulu, ada orang yang tak faham, mereka mandi wajib seawal 3-4 pagi sebab nak berpuasa dan bersolat. Tetapi kata ustaz, boleh bersahur dahulu sebelum mandi wajib. Bila nak bersolat nanti, mandilah..Tidaklah menyusahkan sehingga bangun di tengah2 pagi semata2 nak berpuasa dan bersolat.

Apabila kita betul-betul memahami, sebenarnya Islam itu memang mudah. Kita sendiri yang kadang kala membuatkan sesuatu menjadi sukar sehingga menghalang kita untuk melakukan sesuatu ibadah..

Sentiasalah merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang hal agama dan sekiranya ada dalam pembacaan yang kita kurang jelas atau faham, rujuklah kepada yang pakar..Jangan biarkan hidup kita terus dibelenggu oleh kejahilan terhadap agama..

Wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...