Monday, July 22, 2013

Playgroup for your kids

Sedang berkira2 untuk hantar Sarah ke playschool bila dia masuk umur 3 tahun nanti which is ada lagi 5 bulan..

Sebenarnya tidaklah beria-ia sangat pun. Masih tengah buat survey lagi..Nak masukkan anak ke sekolah ni belanjanya bukan sikit2..Makan ribu riban juga bergantung kepada jenis sekolah yang kita nak hantar. Setakat ni yang bermain di fikiranku biarlah anakku diberikan pendedahan dengan ilmu agama terlebih dahulu..Bak kata ustaz, biarlah anak kita mengenal alif ba ta sebelum mengenal ABC..

Sebelum ni masa Sarah 18 bulan dulu aku pernah bawa dia pergi playgroup Excel Caliph di Bdr Br Bangi. Not bad juga sebab walaupun dalam kelas tu Sarah macam blurrr je, tapi bila balik ke rumah dia boleh ingat lagi lagu2 yang diorang nyanyi siap dengan pergerakan2 masa nyanyi tu..Kiranya ada kesan positif jugalah kepada dia :) Cuma masa tu aku rasa dia belum bersedia kot..

Sekarang ni memandangkan lagu nenek si bongkok tiga pun dia dah bleh nyanyi, alif ba ta tu memang laju je lah cuma kadang2 tu ada juga huruf yg tak jelas pun dia sebut, aku rasa dah sampai masa utk memikirkan secara serius di mana nak hntr Sarah nanti..Taklah dia main berkejar2 aje di rumah pengasuh hari2 kan..At least dia ada learn something dan didedahkan dengan pergaulan dengan rakan2 sebaya..

Kawan2 yang menghantar anak mereka ke tadika ketika usia anak mereka 3 tahun rata2 memberikan review yg positif terhadap perkembangan anak mereka. Ada yang menghantar ke CIC, Alif Ceria, QDees, Smart Reader Kids dll..Dalam dok google2 tadi aku ada ternampak playgroup AlimKids Playgroup. Ada byk branch termasuk di Putrajaya..


Aku lebih berminat utk hantar Sarah ke playroup dulu sebelum ke kindy..Biarlah dia terdedah dengan dunia luar sikit demi sedikit. Takut terkejut pula nanti..Lagi satu sebab aku belum start buat potty training pun..Susahlah nak hntr anak ke kindy kl masih pakai diaper kan..Kebanyakan kindy x terima anak2 yg pakai diaper ni..Insyaallah, aku akan mulakan dari sekarang!

Daripada pengalaman Sarah di playgroup EQ, kelas diadakan seminggu sekali sahaja dan biasanya ada 8 modul yg perlu diikuti. Meaning 2 bulan lah. Biasanya aktiviti diadakan pada hujung minggu dan parents atau salah seorangnya perlu join sekali aktiviti bersama anak..Medium of communication BM dan BI tp masa di EQ dulu teacher ayu banyak guna english..Yuran lebih kuranglah mana2 pun..Dalam RM300+ total termasuk registration. Kelas berlangsung selama 2 bulan..

Nanti ku cari lagi info mengenai AlimKids Playgroup Putrajaya. Dekat pun dekat di Presint 9 aje..Semoga dipermudahkan segalanya..Tak sangka cepat betul anak2 ni membesar..Huhuuuu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...