Tuesday, July 2, 2013

July Special: GLA Complex Shaklee

Assalamualaikum.

Bulan Julai ni, Shaklee menawarkan GLA Complex dengan harga yang istimewa. Beli 6 percuma 1. Tapi kalau anda tak nak beli 6 pun takpe, masih boleh dpt harga RUNTUH daripada saya :)


Ramai wanita di luar sana yang mengambil EPO kan? EPO membantu mengurangkan masalah PMS. Saya dulu pun rajin juga ambil EPO ni. GLA Complex ni mempunyai fungsi yang lebih kurang sama seperti EPO malah lebih lagi!

GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi gamma linolenic acid (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Antara fungsi dan khasiat GLA 
  • membantu mengatur dan mengawal kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan (sesuai untuk yang TTC)
  • melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit sihat dan berseri
  • membantu menangani ekzema
  • melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • menguatkan imuniti tubuh
  • mengurangkan blood clot yg boleh menyebabkan serangan jantung
  • mengawal kolestrol

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex

Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

credit to Google

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

credit to Google
Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

credit to vitamin semulajadi

 
Testimoni GLA Complex

Ofismate saya

Ibu mertuanya mempunyai fibroid dan mengalami senggugut yang teruk ketika datang bulan. Saya cadangkan kepadanya GLA Complex untuk membantu mengurangkan senggugut ibu mertuanya. Alhamdulillah setelah lebih sebulan mengambil GLA Complex, dia beritahu saya yang ibu mertuanya kini tidak lagi alami senggugut yang teruk semasa datang bulan.

Saya juga telah berikan GLA Complex kepada pengasuh anak saya yang juga alami senggugut yang teruk disebabkan oleh masalah fibroid. Diharapkan dapat membantu beliau. Tunggu testimoni pengasuh anak saya ya! :)


**These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...