Monday, December 31, 2012

2 tahun berlalu..

2 tahun telah berlalu..Namun setiap kali mengenang pertistiwa itu, air mata ini sering gugur..Mengenangkan diriku yang tidak sempat untuk memohon ampun darimu..tidak dapat berada di sisimu di saat kau sakit..di saat-saat akhirmu..Namun apakan daya..Takdir Allah menentukan segala..Mungkin itulah cara yang terbaik buat kita semua berpisah sementara di dunia..Semoga kita dapat berjumpa di akhirat sana..

Bila terkenangkan memori itu pasti akan muncul rasa bersalahku kerana tidak menelefon abah sewaktu mak melawat abah di Pakistan..Abahku bertugas di Karachi, Pakistan sebagai attache..Encik suami ada bertanya padaku "tak nak call abah ke?"..Aku membalas "tak mengapalah..biarkan abah dan emak menikmati percutian mereka di sana..Lagipun hujung minggu nanti abah dan mak nak balik ke sini"..Aku hanya bercakap dengan abah ketika mak selamat tiba di airport Karachi..Selang beberapa hari kemudian ku terima sms emak mengatakan abah admitted..Itulah pertama kali abah dimasukkan ke hospital. Keesokan paginya emak sms mengatakan abah koma, dan selang beberapa minit ku terima satu lagi sms mengatakan abah sudah tiada..

Ya, abah pulang jua ke tanah air..tetapi hanya jasadnya sahaja..kerana rohnya telah dijemput Ilahi..Dan kini, setiap kali memandang wajah Sarah dan Thaqif, terdetik di hati, "Alangkah seronoknya kalau abah ada ketika ini..bermain2 dengan cucu"..Ohh indahnya ;)

Allah kan Maha Mengetahui..Maha Adil..Maha Penentu..Daku redha dan pasrah atas ketentuanNya..

Semoga Allah sentiasa merahmatimu di alam sana..Sunguh, kita semua pasti ke sana suatu hari nanti..


Al-fatihah...

Monday, December 24, 2012

anniversary's gift

Jika sebelum ini setiap kali ulang tahun perkahwinan kami mesti acaranya adalah makan-makan..kek sahaja..tiada yang lain..so this year encik suami dah ckp awal2 nak belikan something selain drp makan2..so we decided untuk beli jam tangan pada tahun ini. Dah survey jam ni 3-4 bulan lepas lagi..tapi saya masih tak dapat jam tangan yang saya betul2 minat. Ade la usha2 brand Tissot..mahal pulok..x maulah beli jam sampai harga ribu riban kan..ratus2 pun dh cukup mahal dah tu..sampai lah semalam masih tak jumpa jam tangan yang saya betul2 berkenan..

Semalam kebetulan pergi Alamanda..mmg encik suami dh niat nak cari jam..kalau jumpa yang berkenan terus beli..takde tangguh2 dah..Belek punya belek kt City Chain tu tetiba rasa macam dh jumpa yang berkenan di hati..simple saja designnya..brand Solvil et Titus..harga boleh tahan la..ade diskaun 15%..bila dah nak confirm design tu amoi sorang ni pergi tunjuk pulak satu design ni..udah encik suami dan adik saya berkenan compared to the one yang saya berkenan..hmm..saya punya taste mmg outdated..huarghhhh..

Dipendekkan cerita..inilah hasilnya..

Terima kasihlah encik suami belikan saya jam tangan..sepanjang hidup ni belum pernah lagi saya membeli jam tangan brand2 mahal ni..semua jam yang saya pakai pun mak saya punya..Maklumlah mak kan banyak jam..orang bagi hadiah..daripada rosak tak guna baik saya yang pakai..Jam yang saya beli biasa murah2 aja...x sampai rm100 pun..hua2..

~nisadahri~

Saturday, December 22, 2012

Promosi istimewa (21/12/12-25/12/12)

Assalamualaikum..

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya semalam, ada offer istimewa bagi mereka yang berminat membeli korset Premium Beautiful dan Shaklee dalam satu set..


Promosi ini bermula semalam sehingga 25 Disember 2012 sahaja..


Trying to Conceive (TTC) set


Korset PB membantu menyeimbangkan hormon wanita, menyokong kedudukan rahim, mengurangkan masalah keputihan, mengurangkan senggugut dsb..

Pengambilan supplemen Shaklee juga membantu anda.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendek kata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan zuriat. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.



Slimming set for breastfeeding mommies


MUSTAHIL untuk mendapat berat badan ideal? Sekadar angan-angan kosong bagi IBU MENYUSU?
Ramai yang kata dengan menyusu badan ibu akan lebih mudah menurunkan berat badan, atau, mendapat berat badan ideal (pre-pregnancy weight) kerana kalori yang dibakar sewaktu proses penyusuan tersebut.
Namun, tidak kurang juga ramai yang menyangkal dakwaan ini kerana masih gagal menurunkan berat badan. Apatah lagi proses penyusuan itu sendiri membuat si ibu berasa cepat lapar setiap kali selesai menyusu, ataupun selesai mengepam susu (mengosongkan payudara).

Memakai korset PB secara konsisten membantu membentuk semula badan ibu selepas bersalin.

Slimming set Shaklee berasaskan konsep
3B = Bakar, Buang dan Bina. Tidak mengganggu penyusuan si manja anda.

Lecithin (bakar) – untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang.

Alfalfa (buang) – sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!

ESP Soy Protein Isolate Powder(bina) – sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.


Confinement Set


Berpantang dengan korset Premium Beautiful (PB) dan supplemen Shaklee

Kebaikan korset PB
1.Mengeluarkan angin dalam badan. 
2.Mengecutkan & memperkemaskan semula rahim yang mengembang semasa mengandung. 
3.Menarik & merapatkan semula tulang pinggul yang mengembang semasa proses bersalin.
4.Mengeluarkan darah nifas yang beku & berketul-ketul dengan lancar.
5.Mengeluarkan segala sisa kotoran & air bisa (menggantikan proses tangas) dari rahim.
6.Menyokong (menyengkak) rahim dari jatuh.
7.Menyihatkan rahim dan memberi persediaan untuk proses persenyawaan seterusnya (menyeimbangkan semula hormon estrogen & progestron).
8.Menghilangkan stretchmark akibat semasa mengandung atau menggaru perut semasa mengandung.
9.Menghangatkan dalam badan & tidak perlu menggunakan bahan-bahan seperti param, pilis & tapel.
10.Melancarkan proses pembuangan air besar (sembelit terjadi apabila memakan jamu).
11.Merawat luka-luka di dalam rahim dan juga di luar rahim.
12.Meningkatkan metabolisme badan untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cepat.
13.Membentuk semula payudara, pinggul & postur badan yang cantik.

Supplemen Shaklee


B Complex - bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan semasa berpantang. Berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah

Vita C - sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaikpulih tisu rosak selepas bersalin. Juga penting dalam membentuk kolagen dalam badan dan kecantikan kulit

Vitalea (multivitamin) - sangat penting diambil oleh ibu selepas bersalin. Membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi ketika berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan).

Zinc - sangat penting untuk membaikpulih luka dalaman dan jahitan. Mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

*info credit to http://www.Genkimomma.net http://healthy.babykawaiistore.com


Berminat? Hubungi saya selagi offer ini masih berlangsung..


nisadahri
sms/msg/whatsapp :  019-2162037
email : nisadahri@gmail.com

Friday, December 21, 2012

it's our anniversary today..

Bila melihat gambar-gambar ni terus terbayang kenangan di hari kejadian..pergi mekap di butik pengantin yang dekat dengan rumah..sudahnya pengantin yang kene drive kereta pulang ke rumah..sungguhlah sabar masa itu..cair mekap mak masa tu..huhuu..mujurlah mekap nikah kak Linda tak mekapkan tebal2..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..tak sangka sudah 5 tahun usia perkahwinan kita ye encik suami..Doaku semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah hingga ke syurga..Bersyukur Allah mengurniakan kami zuriat setelah beberapa tahun juga menantikan kehadirannya.. Sarah Ardini, buah hati pengarang jantung mommy..mommy love u much2..Semoga dimurahkan rezeki untuk menambah zuriat pada masa-masa akan datang..


my new family..


with my bestie, Nurul

with both of our parents..restu mereka, redha mereka adalah redha Allah

kurusnya saya time nih!

Monday, December 17, 2012

terjebak...

Mula2 tengok cerita ni secara kebetulan aje..tidaklah mengikutinya setiap hari..tapi makin lama tengok makin best pulak..sakit hati pun ado jugak..siap tengok episod yang tertinggal di tonton tv3 lagi..hahahaa..

Kalaulah Arisa tu dapat control stress dia dengan cara mendekatkan diri dengan Allah kan lebih baik :) Tidaklah asyik menjerit2 meracau..Membuka jalan lebih luas untuk syaitan bermaharajalela....ape pun..itu kan cuma cerita sahaja..tp mungkin juga terjadi di dunia realiti..



~nisadahri~

Friday, December 14, 2012

Y.E.S Premium Beautiful


Hujung tahun ni ramai yang bakal naik pelamin menjadi raja/ratu sehari kan...Saya ucapkan selamat pengantin baru buat bakal pengantin..Semoga segala persiapan perkahwinan anda berjalan lancar seperti yang diimpikan, insyaallah..Sebut tentang persiapan perkahwinan, barang hantaran biasanya merupakan antara perkara penting yang dititikberatkan oleh pasangan pengantin..Walaupun itu bukanlah benda yang wajib dalam Islam, tetapi sudah menjadi tradisi kita orang Melayu..Teringat pula zaman kahwin lbh kurang 5 tahun lalu..barang hantaran saya n suami yang gubah sendiri..hahahah..disebabkan kami ni nikah dahulu n then after 3 months baru kenduri, jadi tiada masalah nak menggubah tu..blk kerja, weekend tu la masanya menggubah barang hantaran..buat cukup syarat jek..sangat simple..

Anda tahu tak sekarang ni dh jadi trend korset Premium Beautiful dijadikan barang hantaran tau! Kelas tak? ehehe..bagus juga pada pendapat saya..kerana ia adalah pelaburan sepanjang hidup..pakai PB bukan sahaja untuk maintainkan body shape wanita, tetapi juga membantu bagi mereka yang ada masalah ketidakseimbangan hormon, sekaligus membantu hormon wanita menjadi lebih subur serta meningkatkan peluang untuk hamil! Bukan itu sahaja...bila dah bersalin nanti, PB ni boleh dijadikan bengkung moden..sesuai sangat dipakai semasa pantang..selepas pantang pun boleh diteruskan pemakaian PB untuk postur badan yang baik...

Bukankah ia satu pelaburan yang sangat berbaloi?? Tambah berbaloi jika anda membelinya sekarang kerana ada Year End Sale (YES)..harga PB sangatlah berbaloi kerana ia lebih rendah berbanding sebelum ini. Ada FREE GIFT lagi jika anda membeli drp saya..

Apa tunggu lagi? Hadiahkan diri anda/pasangan anda satu set PB...worth buy..

Hubungi saya jika ingin membeli atau mendapatkan konsultasi mengenai korset PB

sms/whatsapp: 019216 2037

~nisadahri~

Wednesday, December 12, 2012

Big Bad Wolf Book 2012





Frankly speaking, saya tak pernah tahu akan kewujudan book sale sebegini last year..Mungkin ketika itu sibuk dengan Sarah Ardini saja kot..x ambil port sangat perkembangan dunia luar..hahaha..

Syukurlah berpeluang utk tahun ini..Itupun tahu secara kebetulan masa belek2 group HSFFYB..kak Farah Rahim post gambar2 buku resepi utk anak2..masa tu baru rasa teruja nak pergi..first 3 days dibuka selama 24 jam..rasa cam nk melompat tukar baju n terus pecut naik kereta..memandangkan masa tu jam pun menghampiri 12 tgh mlm dan encik suami outstation, terpaksalah dilupakan hasrat itu..tetapi dh minta kebenaran encik suami nak pergi dengan mak esok paginya..

So esok paginya anak dara terbangun awal jam 4.50 pagi minta air..si kecil tu mmg setiap mlm bangun minta air..huhuuu..so memang standby air minum di sebelah katil utk dia lah..lepas tu mmg terus x tidur sbb memikirkan nak ke BBW ajer..hua3..so lepas subuh terus bersiap2 ke sana..singgah breakfast di food court then terus pecut ke MIECC..alhamdulillah masa kami sampai tu x ramai org lagi..so parking boleh pilih ikut suka..tp masa smpi ke pintu masuk tu tgk ramai gak yg dh nak balik...waahhh awalnya mereka sampai..ohh lupa pulak kan buka 24 hrs..mungkin juga ada yg berqiam di sana..hehehe

Masuk saja ke dalam hall itu...huargghhh..sangat teruja melihat berjuta2 buku di sana..rambang mata..mula2 serang dulu buku utk kanak2..sangat banyak pilihan cuma pilih yg sesuai dgn usia Sarah..ku belikan cloth books..tp sudah x byk..mungkin habis sudah diborong..selain cloth book, ku ambil juga buku mewarna, card books..harga sangat murah..RM3-RM8 shj..mana mak tak rambang mata nok...

Tak lama lps tu si kecik udah tidur...lagilah mudah utk mommy memburu buku..kali ni ku cari buku utk diri sendiri lah..ku cari buku homemade food for kids, buku kesihatan, self help..byk jugak..smpi tak muat beg, tangan, stroller sarah pun kutumpang..Dalam kul 9.30 pg dh habis memborong..asingkan buku yg x berapa penting..pastu terus proceed bayar di kaunter..total books adalah 33 buah ok! harga x sampai RM300 pun...sangat berbaloi2...tu termasuklah buku Sarah, buku aku dan buku emak..Lebih kurang 10.30 pagi dh sampai rumah pun...



sebahagian daripada hasil tangkapan :)


senget pulok lah...
  Secara keseluruhannya memang best lah book fair sebegini..tempatnya juga luas dan selesa..x mcm book fair kt PWTC tu..nak jalan pun berlaga bahu ajer..huhuuu..disebabkan tak round habis lagi tempoh hari, so daku akan ke sana lagi dlm tempoh terdekat..kalau pergi time gaji lagi beshhh kan ;p

Sedikit tips yang berguna utk anda yang ingin ke BBW;
1. Pergilah awal pagi..masa tu orang tak ramai..
2. Bawaklah beg besar sikit (kl rasa nk borong banyak buku :))
3. Bagi mereka yang nk bawa anak kecil, jgn lupa bwk stroller & bekal makan minum utk anak kecil anda..takut meragam pula nanti..
4. Ambil buku yg anda rasa berkenan, sebelum nk bayar, duduklah di satu sudut n buat kira2..agak2 buku yg rasa x berapa nk penting tu, bolehlah ditolak ke tepi :))

~nisadahri~

Monday, December 10, 2012

Promosi!! Collagen powder Shaklee

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan..Buktinya memang anda boleh lihat sendirikan? Banyak produk2 kecantikan yang berada di pasaran..Terkini, produk berkaitan kolagen hangat diperkatakan di mana-mana..soy collagen, cocoa collagen, BB Plus, cappocino collagen..macam2 produk di pasaran yang boleh anda dapat..Tapi sebelum nak consume kolagen, jom kita ambil tahu serba sedikit tentang kolagen..

Apa itu kolagen sebenarnya?

Kolagen ialah protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Malah ia menyumbang kira2 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yg sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Sebab dan kesan kehilangan kolagen

Walaubagaimanapun, semakin usia meningkat, kolagen dalam badan semakin berkurangan. Ini menyebabkan berlakunya kulit kedut, kering dan melayut, kuku yg rapuh serta rambut halus dan mudah gugur.Kemerosotan semula jadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan..Pengambilan makanan tambahan kolagen secara konsisten dapat menggantikan kolagen yg hilang dan memelihara kulit.

Shaklee telah memperkenalkan produk terkininya iaitu Shaklee Collagen Powder (SCP)..Produk ni mmg terhangat di pasaran!! Sebab ape yer?





SCP mengandungi 4000 mg proprietari RSS (sisik ikan merah) yg berkualiti tinggi. Yg paling istimewa SCP ni adalah kolagen yg bermolekul sangat ringan iaitu kira2 1000 Dalton, penyerapan unggul oleh badan manusia dan dapat membantu peningkatan sintesis kolagen pd lapisan dermis dengan berkesan.

SCP diperbuat daripada 7 bahan utama iaitu RSS, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak pfaffia (ginseng Brazil), vitamin C dan B, elastin kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, lactobasilus acidophilus yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan luaran.

Kesan pengambilan SCP

Anti penuaan
mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus

Menghidratkan
Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa keris dan mengelupas pada muka

Mengembalikan keanjalan kulit
Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan

Melicinkan
Meningkatkan kelicinan kulit

Menyubur
Menggalakkan pertumbuhan kuku yang kuat san rambut yang sihat dan bersinar

Mencerah
Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit

Menegang
Membantu menegangkan dan menganjalkan payu dara

** faedah tambahan SCP **

menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang.

membantu mengekalkan otot dalam mata supaya lembut

Kalau tak tengok testimoni mesti anda kurang yakin kan? Jom kita tengok bbrp testimoni yg sudah menggunakan SCP utk dapatkan kulit yh sihat dan cantik berseri..




kulit makin cerah

kuku lebih sihat

jeragat makin pudar

Istimewa bulan ini, jika anda membeli SCP, atau salah satu produk anda mengandugi SCP, anda berpeluang mendapat pada harga RUNTUH dan FREE POSTAGE

Hubungi saya jika berminat ok!



~nisadahri~

Tuesday, December 4, 2012

21 months..

Alhamdulillah hari ni Sarah Ardini sudah berusia 21 bulan..cepatnya masa berlalu..Sarah pun dh besar..mulut makin becok..macam2 dh boleh sebut..skrg ni dh kenal upin ipin..siap buat gaya upin ipin lg..pandai sungguh anak mommy ni..

My breastfeeding journey pun berbaki 3 bulan sahaja lagi..walaupun sudah campur dgn fm, bm tetap menjadi pilihan Sarah..Andai ada rezeki untuk hamil lagi, saya akan berusaha gigih untuk menyusukan anak..Insyaallah :)


Sarah Ardini, semoga kamu membesar sebagai wanita solehah, isteri mithali dan mukminah yg diredhai Allah..mama sayang kamu

Thursday, November 29, 2012

LIKE..LIKE..LIKE

Jom LIKE page saya utk dapatkan diskaun apabila anda membeli Premium beautiful ataupun produk Shaklee drp saya :-)





~nisadahri~

Friday, November 23, 2012

Sharing is Caring: persediaan ibu sebelum bersalin

Beberapa hari lepas, saya dihubungi oleh seorang kawan yang bertanyakan tentang set semasa berpantang. Dia bertanyakan pengalamanku menggunakan set berpantang Shaklee..hehehe..Nak tergelak juga sbb dia ingatkan set berpantang Shaklee ni mengandungi jamu-jamu seperti set bersalin biasa..So saya pun terangkan kepadanya kebaikan menggunakan supplemen Shaklee berdasarkan pengalaman saya. Sebelum bersalin memang saya sudah decide set bersalin apa yang akan saya gunakan.

Ramai ibu-ibu yang menggunakan set tradisional seperti NR, Leesa Fomula, Sendayu Tinggi. Tetapi berdasarkan pengalaman rakan2 terdekat, diorang x habiskan pun dan saya rasa amat rugi sbb dh spend duit dalam RM200-300++ utk beli set tersebut and end up x habis makan pun. Bukan ape, antara sebabnya anak kena jaundice semasa lahir. So mmg x digalakkan utk makan jamu sbb akan effect pada baby. Ada juga yang kurang sesuai dgn badan kita dan menyebabkan sembelit. Sembelit ketika berpantang adalah menyeksakan ok!!

Actually saya pun ada beli juga set bersalin tradisional masa berpantang dulu. Saya beli jenama Afiat. Tidaklah mahal harga. X sampai RM100 kot..Dalam set tu ada akar kayu, mandian serai wangi, balm utk baby, maajun bawang putih, feminine wash, bedak utk baby dan ibu, barut dan few more yg saya dh lupe. Akar kayu mmg saya x guna. Ada lg smpi skrg..maajun bawang putih pun ada lg..mmg x makan..so yg saya guna mandian serai wangi (mmg best..harum gitu), bedak baby n ibu, balm utk baby. Param n pilis x de dalam set Afiat ni. Mmg saya x gunakan pun. Saya cuma guna serbuk yg tok saya buat sendiri.

Untuk dalaman saya makan supplemen Shaklee dan hasilnya alhamdulillah baik2 saja. Cuma sbb bersalin czer so sy x lah berbengkung sbb takut..Sebenarnya walaupun bersalin czer, anda boleh memakai bengkung. Ini pesan akak misi yg merawat saya di hospital dulu. Cuma ada teknik yg perlu kita follow to make sure xde ape2 effect yg x baik lah..Huhuuu sangat menyesal sampai skrg..So skrg baru nk pakai korset (Premium Beautiful) dengan harapan boleh membantu membentuk semula badan..

Ok, jom kongsi info persediaan sebelum bersalin. Pada saya yang penting, bakal ibu perlu sediakan keperluan ikut bajet. Bajet kita adalah kemampuan kita. Tak semestinya bajet sikit kita tak leh berikan yang terbaik utk anak yang bakal dilahirkan itu..Betul tak. Kadang2 bila ada bajet yg besar menyebabkan kita membazir membeli apa2 yang tak patut pun..Perkara yang perlu;

1. Keperluan anak

Pakaian
Baju, seluar, barut, booties, mitten, bedung (ikut keperluan). Anak cepat membesar, so beli ikut keperluan semasa. Boleh tambah kemudian hari.

Alat-alat mandi dan penjagaan
Sabun, syampu, bedak, minyak telon, besen mandi anak, alas tilam (ikut keperluan).
Macam bedak, saya guna bedak daripada cornstarch Pureen. Ada terbaca bedak yang mengandungi talc boleh menyebabkan bayi mendapat asthma. Kalau nak penjelasan lanjut boleh google search.

Setiap kali lepas mandikan anak, jangan lupa sapukan minyak baby tak kisahlah telon ke yuyi ke, untuk elakkan kembung. Anak saya walaupun x de masalah kembung, saya masih sapukan minyak di sekitar perut, dada dan belakang badan sehingga sekarang. Sewaktu pantang tu, bolehlah tuam sekitar perut untuk elakkan angin pasang. Pakai daun sireh pun blh..

Travel dan lain-lain
Stroller, baby car seat, baby cot/playpen. Boleh dibeli selepas bersalin.
Yang lain2 tu anda boleh google search. Ada web yang menyediakan list lengkap.

2. Keperluan ibu

Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin. Tatacara mandi wiladah sama seperti mandi wajib juga. Niat mandi wiladah. Kalau x tahu, tanyalah ustazah ataupun google search yer..Teknologi di hujung jari ni rugi kalau x dimanfaatkan :)

Berpantang
Set bersalin pilihan (tradisional atau supplemen).
Ikut kesesuaian badan dan bajet serta pastikan apa yang dibeli tu berbaloi dan digunakan sepenuhnya.

Berurut, bertungku, bertangas dll..

Makan dan minum sewaktu pantang perlu dijaga walaupun di hospital doktor pesan boleh makan apa sahaja untuk dapatkan zat. Salah makan boleh bentan, masuk angin dan effect anak. Ibu-ibu haruslah berpantang sebaik mungkin kerana badan yang sihat amat penting. Badan tu nak pakai lama. Apalah sangat 44 hari berpantang makan tu. Jangan ngelat ok. Saya masa pantang dulu sangat ‘heaven’..Makan sedap jek walaupun hanya makan ikan haruan, ikan merah, ikan tenggiri..yang penting pelbagaikan masakan. Barulah best. Google lah resepi2 ketika pantang. 10 kg confirm kurang (tp lepas pantang adalah sangat menguji keimanan) :)

Oh ya, semasa berpantang juga, ibu-ibu boleh trial n error apakah makanan n minuman yang menjadi milbooster untuk anda. Badan kita tak sama. Jadi harus rajin mencuba. But again, dalam menyusukan anak ni, anda perlu tahu konsep 'demand n supply'. Perlu selalu kosongkan breast dan kerap susukan bayi anda. Jangan bergantung harap kepada milkbooster semata ok..

Menyusukan anak  
 Nursing bra & pad, maternity pad semasa dalam nifas
Breastpump, Milk storage bottle, dsb..

Diingatkan bayi yang baru lahir hanya minum susu ibu sehingga berusia 6 bulan yer. So bakal ibu, sebelum bersalin lagi perlu set minda anda untuk menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan. Lagi lama lagi bagus. Let's support breastfeeding! Bagi ibu2 yang bekerja, mulakan pam susu utk buat stok EBM seawal dua minggu selepas bersalin. Jangan lupa untuk ajar anak minum susu menggunakan botol. Kalau tak susah nanti nak tinggal anak di nurseri atau babysitter selepas anda naik bekerja.

Untuk yang berminat, saya menawarkan set berpantang gabungan Shaklee dan Premium Beautiful pada harga yang amat istimewa. Boleh hubungi saya sekiranya berminat :)



Kebaikan set berpantang Shaklee;

1. B Complex - sebagai penenang (anti-stress), mengelak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon

2. Vita C - mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki sel-sel tisu rosak semasa bersalin

3. Vitalea (multivitamin) - lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron/besi pula penting untuk tubuh terutama bagi ibu yang banyak kehilangan darah sewaktu bersalin

4. Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, zinc supplemen adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin

Kebaikan korset Premium Beautiful untuk ibu yang berpantang:



Kat sini saya nak kongsikan satu testimonial yang menggunakan PB semasa berpantang.


**credit to my biz partner, wahida ghazali


Semoga bakal ibu selamat melahirkan anak dan menjalani tempoh berpantang dengan jayanya. Jangan lupa support breastfeeding ok! :)



~nisadahri~


Wednesday, November 21, 2012

Let's pray for Gaza




Mungkin kita tak mampu nak membantu secara fizikal saudara seislam kita yang sedang menderita di Palestin..tetapi kita masih berdoa untuk mereka. Doa kan senjata orang mukmin..Mudah2an Allah melindungi saudara kita di sana terutama wanita dan anak2 kecil..sangat terguris melihat kekejaman tentera zionis laknatullah di sana!!


~nisadahri~

Wednesday, November 14, 2012

Ahlan wasahlan 1434H

Sedar ataupun tidak, sebentar saja lagi kita akan meninggalkan tahun 1433 dan tahun baru 1434 akan bermula...sudah audit diri masing2 apakah cukup bekalan yang kita sediakan untuk peringkat alam yang lain? Ohh..mari sama2 kita audit diri dan tanamkan azam yang kuat untuk perbaiki diri di tahun baru yang bakal bermula selepas maghrib nanti..

Oh yaa..jangan lupa membaca doa akhir tahun (dibaca few minutes b4 maghrib) dan doa awal tahun (slps maghrib) nnt yer..




Semoga kehadiran tahun baru akan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelum ini..Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan Allah dan dipenuhi dengan perkara dan perbuatan yang bermanfaat..Amal ma'aruf, nahi munkar!!

~nisadahri~

Monday, November 12, 2012

Tips Bakar Kalori..


Assalamualaikum!

Perkongsian ini diambil daripada blog KevinZahri.com

Bila saya perlukan inspirasi untuk berdiet, saya mesti akan ke blog beliau..Memang banyak tips yang dikongsikan di situ..Cuma nak dengan tak nak jer kita ni..Heheee..

Jom tengok tips membakar kalori..biarlah sedikit kalori yang dibakar setiap hari..daripada langsung tak dibakar..malah bertambah pulok :)

  1. Naik tangga
  2. Letakkan kereta jauh dari tempat yang ingin dituju
  3. Makan dengan lebih kerap
  4. Makan makanan pedas
  5. 'Sexercise'
  6. Ketawa..laughter the best medicine
  7. Kopi dan supplemen metabolisme lain
  8. Bermain dengan anak-anak
  9. Jalan-jalan di pusat beli belah
  10. Melakukan kerja rumah sendiri

Friday, November 9, 2012

November Special: Alfafa Complex

sumber: google search

Anda kenal tumbuhan di atas? Ia merupakan sejenis herba..nampak mcm tauge yg baru nk mengembang pun ado kan?hehehe...Inilah ALFAFA..Kalau nak tahu alfafa ni herba, raja segala herba..

Alfafa kaya dengan vitamin, mineral dan lain-lain nutrien yang memainkan peranan penting dalam perkembangan tulang dan kesihatan badan. Alfafa biasa digunakan untuk merawat arthritis, kencing manis, masalah penghadaman, ulser, masalah buah pinggang dan pundi kencing serta asma.

Anda boleh mengambil alfafa yang fresh ataupun yang telah dikeringkan..Kalau nak tahu, Shaklee pun ade alfafa kompleks tau..Bulan November ni adaalah bulan istimewa bagi ALFAFA..

Antara kebaikan Alfafa Complex Shaklee;


  • merawat ketidakhadaman
  • menyelesaikan gejala menopouse
  • menurunkan kolesterol
  • tinggi antioksidan
  • melegakan keradangan
  • merawat arthritis
  • menggalak pengeluaran susu ibu
  • menghilangkan keputihan

Jom kita tengok testimoni seorang hamba Allah yg ambil alfafa untuk membantu penyusuannya



*credit to thelongestlife.com & we love susu ibu

ISTIMEWA NOVEMBER- Buy 6 free 1 @ jika anda membeli produk shaklee yg mengandungi alfafa juga mendapat free postage :)

Hubungi saya jika ingin membeli!

Tuesday, November 6, 2012

my breastfeeding journey

4 November yang lalu Sarah genap 20 bulan..bererti juga perjalanan breastfeedingku juga telah mencecah 20 bulan..berbaki 4 bulan saja lagi..ohhh begitu pantas masa berlalu...Sarah pun hampir berusia 2 tahun...Ya Allah, permudahkan perjalananku untuk melengkapkan tempoh penyusuan ini...ameen


Friday, October 26, 2012

Eid Mubarak & tragedi 26 Oktober

Ketika ini tempat yang paling meriah dan ramai manusia adalah di Makkah..sungguh, aku sangat rindu untuk menjejak kaki ke sana lagi..tempat paling suci dan mulia..hati sangat tenang ketika di sana..

Selamat menyambut hari raya eidul adha..Eid Mubarak! Pastinya hari ini, esok n lusa ramai yang melakukan ibadah korban..Mohon kemaafan lahir batin :)

Di saat orang lain bergembira menyambut raya, pada hari ini sebenarnya genap 3 tahun pemergian ibu mertua, adik-adik iparku (Lenny & Adila) dan anak buah kesayangan kami yg juga anak kepada Lenny (Balqis) kerahmatullah..Ya Allah begitu pantas masa berlalu namun pada aku bagai semalam peristiwa ngeri itu berlaku..kehilangan 4 orang tersayang sekelip mata..masih dapat aku ingat satu persatu peristiwa hitam itu..berada di tempat kejadian..sehinggalah mereka disemadikan dalam satu liang..Jika ada yang tiak tahu tentang peristiwa itu, anda boleh klik pada link ini utnk membaca

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Alfatihah..

Thursday, October 25, 2012

Sarah & playgroup activity

Ahad 2 minggu lepas saya daftarkan Sarah untuk join satu playgroup aktiviti di Excel Qhalif..Ada free class. Playgroup ni bukanlah tadika ke playschool ke ape...Ia cuma satu aktiviti berkumpulan kanak-kanak antara umur 2 hingga 4 tahun. Hanya berlangsung selama satu jam. Playgroup membantu anak-anak kita meningkatkan keyakinan diri, bergaul dengan kawan2 yang seusia dengan mereka serta sebagai satu cara ibu bapa meluangkan 'quality time' dengan anak-anak di hujung minggu. Semasa aktiviti berjalan, ibu atau bapa perlu berada di sisi anak-anak dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan anak-anak..Huahuahuaaa berpeluh dan mengah jugalah i masa tu..melompat la berlari la..hahaha..it's a good exercise for mommy and daddy too..

Mulanya kami macam dah tak nak bawa Sarah ke Excel Qhalif tu sebab Sarah sakit mata...huhuu..pity my little girl..bangun pagi tu mata tak bleh buka sebab tahi mata banyak sangat...lepas tu aku titiskan susu badan (mom's milk) dalam matanya..punyalah susah nak buat sebab anak dara meronta-ronta..Alhamdulillah, thank you Allah..mom's milk is one of the greatest gift from Allah to mothers..memang mujarab..mata anak dara dah makin ok..dan bolehlah Sarah join playgroup tu..



Kami tiba di EQ around 10.05 pg..Masa tu dah nampak teacher Ayu sedang menyapu di halaman luar..tunggu lah kejap dalam kereta sambil2 susukan Sarah..pastu anak dara tu tertidur la pulok..Ohh teacher Ayu ada pesan supaya anak-anak mendapat tidur dan rehat yang cukup sebab nnt akan ada banyak aktiviti.. Lebih kurang 10.20 pg kami pun masuk ke dalam sebab ramai parents yang dah sampai..

Bila masuk dan berkenalan dengan teacher Ayu dan parents yang lain..lepas tu teacher bagi name tag kt semua kids..hahaha..Sarah oh Sarah..kejap je name tag tu lekat kt baju dia..lepas tu dia cabut letak kat peha lah..dinding lah..kaki lah...anak oh anak..kebanyakan anak org lain umornya 2 thn ke atas..anak i sorang je yang umur 19 bulan..Sarah paling juniorlah kiranya..

Anak dara i ada peminat tau! Ada sorang kid ni namanya Amin..umor 4 thn..suke usik2 Sarah..Sarah pun terkedu jer..lama-lama menangis sbb abg Amin suka usik kaki tangan pipi Sarah...hahaha..Bila class dah nak start, abg Amin tu boleh terjerit-jerit..pastu anak2 lain menyambung pula...jadi huru hara sekejap kelas tu..mujurlah teacher Ayu tu pandai handle kids..well, class diteruskan dengan hiruk pikuk jeritan abg Amin..Mula2, berkenalan dulu...pastu beratur amik flower pot..pastu kita nyanyi lagu hello, hello, hello how are you?..selepas itu macam2 lagi aktiviti yang kami buat..last activity was hand painting..haaa yg ini memang Sarah suke sangat yer..bab2 menconteng tangan dengan kaler2..sampai nangis2 tak mau pulangkn water color pd teacher...


Secara keseluruhannya saya berpendapat playgroup ni memang bagus untuk kanak-kanak yang dah pandai bercakap dan faham arahan..tak sesuai dengan usia Sarah..sbb aku jer yg penat loncat sana sini..Sarah takdak feeling...hahahaha..takpe..just an exposure for my dotter...tp hari ni dia mcm ingat lg lagu2 yang nyanyi semalam..nanti bila dia dah 3-4 tahun baru aku plan nak hantar Sarah buat aktiviti macam nih...But the playgroup activity was a good exposure to her..

Siapa2 yang berminat nak hantar anak2 ke playgroup, boleh consider Excel Qhalif..Pendekatan yang digunakan ialah bahasa inggeris dan islamic..Below are the details:

Tuesday, October 23, 2012

Beans bag in d house!

Menarik kan beans bag ni?? Mula2 husband whatsapp gambar beans bag ni aku x dpt imagine cmno rupenye dan how to use it..sampailah last week husband bawak blk ke rumah..selama 2 minggu asyik terperuk kt ofis dia je benda nih....best wooo..Sarah sangat enjoy dengan beans bag ni..tidur pun lena jer..kalau buat main apatah lagi..jom tengok aksi anakku dengan beans bag nih..







Ohh yaa..untuk siapa2 yang berminat untuk membeli beans bag ni, ORDER dibuka sekarang..istimewanya, ia dibuat secara custom made..bila order baru buat sbb nak menjaga mutu jahitan. Biasalah, kalau buat utk ready made stock ni fahaam2 aje lah kan..Anda boleh pilih warna yang anda suka seperti di bawah...


Sempena nak menyambut raya aidiladha ni, kami tawarkan beans bag pada harga AMAT ISTIMEWA..

Harga pasaran RM 399
Harga promosi RM 260
HARGA ISTIMEWA SEMPENA AIDILADHA RM230! Tawaran harga istimewa ini valid sehingga 26 Oktober 2012.

Jika berminat, sms/email saya di 019-2162037/nisadahri@gmail.com


Monday, October 15, 2012

Pilihan set bersalin untuk bakal ibu


Buat bakal ibu yang masih tercari-cari set semasa berpantang nanti, let's consider set berpantang Shaklee.. Jika anda tidak bercadang untuk mengambil set berpantang yang mempunyai jamu, saya cadangkan anda mencuba set berpantang Shaklee ni.

Semasa berpantang anak sulung saya tahun lepas, saya mengambil set inilah! Alhamdulillah, badan rasa bertenaga dan muka tidak pucat (ini pun jiran sebelah rumah saya yang menegur)..Sekiranya anda bersalin secara pembedahan, supplemen ini juga banyak membantu memulihkan badan anda. Jom kita tengok apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee ni.

1. B Complex - sebagai penenang (anti-stress), mengelak kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon

2. Vita C - mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki sel-sel tisu rosak semasa bersalin

3. Vitalea (multivitamin) - lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron/besi pula penting untuk tubuh terutama bagi ibu yang banyak kehilangan darah sewaktu bersalin

4. Zinc - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, zinc supplemen adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin


Berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan2 terdekat, ramai yang membeli set berpantang tradisional..but end up tak makan pun segala macam jamu2 tersebut atas faktor anak ada jaundice, sembelit dan sebagainya. Disebabkan itulah, saya cadangankan anda mengambil supplemen! Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin. Yang penting, anda perlulah minum air yang banyak. Hehehe..orang2 tua pesan tak boleh minum air yang banyak ketika berpantang. Tetapi doktor pula pesan minum air banyak. Tambah pula bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, keperluan untuk minum air masak/suam memang satu keutamaan.

Oh ya, waktu berpantang ni, terutama bagi anda yang berpantang sendiri di rumah, sangat sesuai untuk menggunakan korset premium beautiful. Ia juga dikenali sebagai bengkung moden yang sangat efektif. Cuba bayangkan anda berpantang sendirian di rumah, macam manalah nak ikat tali bengkung yang panjang berjela. Dengan anak merengek lagi..kalau nak ke tandas pula lagi..ohh memang payah..Ada sorang kawan saya pernah berkongsi pengalamannya berpantang menggunakan tali bengkung. Kasihannya dia terpaksa berdiri di tepi tingkap dan melilit sendiri bengkungnya..Tak dapat nak dibayangkan kesukaran nak pakai sendiri bengkung tersebut!



Sebab itu saya mengesyorkan anda melabur sedikit wang anda untuk kegunaan jangka masa panjang..Yer..anda boleh menggunakan korset ini bukan hanya sewaktu berpantang, tetapi hari-hari pun boleh guna untuk maintain bentuk badan anda..Sangat senang dipakai, hanya sarungkan long bra, girdle dan waist nipper. Boleh pakai sendiri, tak perlukan bantuan orang lain. Siap dipakai dalam masa 5-10 minit! Kesannya juga menyeluruh. Jika bengkung biasa, hanya cover bahagian perut hingga peha sahaja. Tetapi dengan korset Premium Beautiful, ia membantu anda membentuk bahagian dada hingga peha. Pakailah selama 8 jam secara konsisten, insyaallah anda akan nampak hasilnya.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan set berpantang ini, hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa :)

Semoga bakal-bakal ibu selamat melahirkan anak yang sihat dan comel dan selamat berpantang!


Monday, October 8, 2012

sindrom anak tak mahu makan


Pada masa ini saya begitu runsing dengan Sarah. Sejak akhir-akhir ni dia tidak mahu makan sangat. Jika dulu, hidang apa saja mesti dimakannya. Skrg ni, dia lebih suka meratah lauk saja. Kalau ada nasi dan ikan goreng, dia akan pilih isi ikan. Bila ku suakan nasi, dia menggeleng. Aduhaii la anak.Adakah memang di waktu usia begini (19 bulan), kebanyakan anak2 memang begitu??


Sarah bukanlah picky eater type. Sebelum ni memang dia tak memilih makan. Apa yang ku hidang itulah yang dia makan. Sayur pun dia suka je makan.Cuma sekarang ni dia lebih banyak main dari makan. Dan menyusu pun kuat. Bila dah campur dengan susu formula ni barulah terasa berat juga kalau setiap minggu kene tambah bekalan susu. Syukurlah selama setahun lebih Sarah hanya minum susu badan. Sudah jimat kos susu di situ..Sekarang ni Sarah masih lagi menyusu badan, cuma time office hour dia minum susu fm sbb mama dia x mampu nak supply EBM yg byk lg..huhuu..

Berbalik kpd isu anak tak mahu makan ni, apayer yang boleh ku lakukan? Mungkin aku perlu cari menu yang betul2 boleh menarik minat dia makan mcm selalu...Huhuuu..Ok Sarah, mama will try my best..I love u sooo much sayang!


Tuesday, October 2, 2012

Attention to all women!

Ada orang sangat berkira nk spending duit mereka untuk kesihatan..tetapi bab kereta, baju, mekap,aksesori tak pula berkira walau rega  mencecah ratusan ribu..well, it's your life..who cares!

Saya ada sorang kenalan, kerja bagus di syarikat oil & gas terkenal..bergaji besar..suami pun bergaji besar..kenalan saya ni sering mengadu dia tidak pernah mendapat tidur yg lena akibat sakit belakang..Selain itu dia juga berbadan gempal..Mengadu pada saya yg malas nk bersenam, pergi slimming centre..

Lantas saya pun perkenalkan kepadanya korset PB. Saya harap bila dia memakai PB, mslh sakit belakangnya dan kegemukan dapat diredakan kerana korset ini telah banyak membantu wanita yg mengalami mslh sepertinya. Dia begitu teruja utk memakai PB..Tetapi bila bertanya tentang harga, terus dia menukar fikiran dan berkata TIDAK..Maka hiduplah dia seperti sediakala..sakit belakang yg tidak berkesudahan..Beberapa bulan selepas itu, dia menghubungi saya mempelawa saya naik kereta barunya, kereta import yg berharga ratusan ribu..

Jika dibandingkn hrg korset PB dgn kereta baru kenalan saya tu, umpama satu set PB tu dicelah tahi gigi sajer harganya..But again, it's your money..ikut suka anda nak invest ke mana duit tu..Dalam hidup, kita berhak memilih utk sihat, cantik, kaya, miskin dan sabagainya..

Remember this,



Apa guna rumah besar seperti istana, kereta mewah, aksesori meriah tetapi kesihatan tidak terjaga..Bila dah sakit, harta menggunung pun x de apa makna..Saya tak kecil hati pun dia x mahu pakai PB tu..Saya cuma harapkan dia mencari cara untuk mengurangkan masalah yang dihidapinya tu. Mungkin juga dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat..Ubah pemakanan, beriadah di hujung minggu..Itupun boleh membantunya..

Oh ya, kalau anda nak tahu, PB korset ni sangat istimewa dan setiap WANITA harus miliki at least 1 set utk kegunaan harian dan sepanjang hidup anda..provided dengan penjagaan yang teliti lah :)

Antara kebaikan PB;

1. Pembentukan badan




2. Mengecutkan tumbuhan seperti cyst, fibroid




3. Bengkung moden untuk ibu selepas bersalin


4. Alternatif untuk mereka yang ingin hamil



5. milk booster for breastfeeding mommies :)





6. Mengatasi masalah keputihan dan senggugut

7. Menstabilkan hormon wanita

8. Memudarkan selulit & stretchmark


Berminat? Hubungi saya untuk free trial & consultation..Hubungi saya yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...