Thursday, June 6, 2013

Perginya seorang insan...

Kita membesar dengan filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee..sampai sekarang tengok pun tak jemu-jemu..Sampaikan dalam cerita Upin Ipin pun adapt juga scene filem2 P Ramlee


Kelmarin, seorang lagi daripada mereka telah pergi menghadap Ilahi..




Al Fatihah buat almarhum pak Sudin..Semoga Allah merahmatimu selalu dan ditempatkan bersama para solehin..

Tinggallah Pak Ajis seorang sahaja sekarang...Semoga Pak Ajis sihat-sihat selalu hendaknya..

Isra' Mikraj

Assalamualaikum..

Hari ini 27 Rejab, berlakunya peristiwa Isra' Mikraj di mana Baginda Nabi SAW telah dinaikkan ke langit dari Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha..Di sebalik peristiwa Isra' Mikraj ini antara lainnya ialah perintah bersolat ke atas umat Nabi Muhammad SAW..Pada asalnya diperintahkan sebanyak 50 waktu tetapi setelah itu dikurangkan kepada 5 waktu tetapi pahalanya masih seperti solat 50 waktu..

Realitinya pada hari ini, solat 5 waktu itu pun amat payah untuk dilakukan bagi sesetengah orang yang mengaku dirinya Islam, umat Nabi Muhammad...

Firman Allah Taala dalam Al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud " Dan mintalah pertolongan  (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya  yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk (orang-orang yang tunduk kepada Allah)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...