Friday, May 31, 2013

Jumaat yang berkah...

It's Friday today..Jumu'ah almubarokah..

To all my muslim friends, don't forget to recite Alkahfi today!




Monday, May 27, 2013

Misi JJCM

Beberapa minggu lepas, saya ada menonton rancangan JJCM di TV3.. Episod pada masa tu, Qi makan di Restoran Tapak Sulaiman a.k.a Bunian..Memang nampak menyelerakan masakan di situ..Masak ketam lemak! Feberet saya masa kecik2 dulu tu ;p

Tak sangka pula bila di ofis, geng2 makan lunch saya pun bercerita tentang restoran yang sama..Apa lagi...misi meng'google' pun bermula lah..Dekat rupanya kedai makan tu dengan Putrajaya. Bermakna, misi menjejak kedai makan tersebut makin menjadi realiti lah!

So pagi tadi around 11 pagi, setelah mengumpulkan geng2 makan saya, maka saya pun telah membuat reservation di kedai makan tersebut. Cuma nak ke sana tu gamble aje sebab x sure kt mana sebenarnya..

Waktu makan lunch td kami pun meneruskan misi JJCM..Lorrr..tak susah rupanya nak cari kedai tersebut..Hahaha..kalau tak kerana nampak deretan kereta kt tepi jalan tu memang tak tahu jugak..Memang takde signboard langsung..

Sesampai di sana memang dah ramai manusia yang sedang menjamu selera..Aisehhh...diorg ni keluar makan pukul brp? Takkan pukul 12 tghr dah cabut kot??Waaaa..so early maaa..

Mujurlah saya dah booking tempat..So sampai2 aje terus duduk di meja..Order air sekejap..Tak lama lepas tu makanan pun sampai..Barulah saya faham konsep makan di sini..Semua orang akan makan menu yang sama..Cuma bezanya saiz hidangan tu bergantung kepada bilangan orang yang nak makan lah..Saya difahamkan setiap hari menu adalah berbeza.

Menu hari ini ialah ketam masak lemak. Ayam goreng dan ikan goreng pun ada jugak. Kebetulan pula kami pergi dengan orang yang ada sakit gout dan tengah berpantang makan seafood..Aisehh, x syok sangat lah makan..Huhuuuu...Wrong timing maybe? Disebabkan hanya 2 orang aje yang makan ketam tu, so kami pun tapau la lebihan ketam tu..

So next time bolehlah bawa encik suami makan di sini..Makanan di sini boleh tahan sedap juga..Harga pun berpatutan..Satu kepala RM13. Berbaloi pada saya sebab ada beberapa jenis lauk..sayur dan sambal belacan pun ado..Memang makanan melayu la..

Cuma tempatnya agak panas sikit..Takpelah..ala2 kampung gitu kan..Siapa yang jenis x tahan panas tu, fikir 2-3 kali la agaknye nak p makan kt sini..Tp saya ok aje ;p



So bagi sesiapa yang nak datang makan di sini, saya cadangkan anda buat reservation terlebih dahulu.. Sms aje berapa orang nak makan ke nombor 0173812246. Dibuka makan pagi dan tengah hari setiap Isnin-Jumaat. Sabtu dan Ahad dibuka untuk makan pagi sahaja (menurut adik cashier kedai ni)

Lokasi kedai, kalau dari Putrajaya, ambil jalan ke Desa Pinggiran Putra yang nak menghala ke Sungai Merab..Anda akan nampak Coffee Village di sebelah kanan..Jalan terus menghala ke Sungai Merab..Anda akan nampak gelanggang futsal di sebelah kiri..Masuk lorong di sebelah kiri depan sikit daripada gelanggang futsal tu..Lepas tu jalan terus sikit, masuk lorong kedua. Kedai makan ni agak tersorok sedikit..Anda akan nampak bumbung kedai je dari atas jalan..

Haha, agaknye dipanggil restoran bunian tu sebab kedai ni tersorok agaknye ;p

Selamat menjamu selera!

Wednesday, May 22, 2013

Hamil lagi?

Suburnya orang-orang di Bahagian saya! Nah, buktinya, ramai betul yang mengandung ketika ini..Ada lah dalam 6-7 orang. Memang subur betul ;)

Seronoknya mengandung. Mulalah merindui momen-momen indah semasa mengandungkan Sarah Ardini..Ohh indahnya!


Pengambilan vitamin dan pemakanan yang berkhasiat sangat penting oleh ibu hamil. Ini kerana nutrien-nutrien daripada makanan si ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin. Sebab itulah ibu hamil dilarang mengambil alkohol, merokok dan aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan janin. Sebagai ibu, saya yakin anda pasti inginkan anak yang bakal dilahirkan itu nanti membesar dengan sihat dan cergas, kan?

Biasanya apabila ibu-ibu pergi buat check-up bulanan di klinik mesti akan dibekalkan dengan beberapa pil vitamin seperti folic acid, vita C dan iron. Ada juga yang diberikan obimin. Semasa mengandungkan Sarah itulah vitamin yang saya makan..Paling tak suka pil iron tu, sebab setiap kali makan mesti akan terkena sembelit. Sembelit adalah tidak BEST!! Semasa final trimester pula, saya tambah neurogain. Susu memang tak lupa minum setiap hari. Sebenarnya tidak kisah pun susu apa yang kita minum. Kerana apa jenis susu pun membekalkan kalsium pada ibu.

Saya nak berkongsi dengan anda supplemen yang baik untuk diamalkan oleh bakal ibu daripada Shaklee. Sama saja seperti vitamin yang ibu-ibu dapat di klinik.

B Complex: mengandungi 8 kumpulan vitamin B (lengkap dengan asid folik)
Vitalea Iron Formula: multivitamin dan multimineral (lengkap dengan zat besi). Sangat baik utk ibu-ibu yang alami masalah Hb rendah!
Sustained Release Vita C: sumber vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Dapat meningkatkan antibodi serta membantu penyerapan zat besi yang optimum
Ostematrix: sumber kalsium dan magnesium. Baik untuk mengelakkan sembelit, sengal-sengal otot dan kebas-kebas.

Oh ya, B Complex Shaklee mengandungi 200mcg asid folik dan Vitalea Iron Formula juga mengandungi 200mcg asid folik. Oleh itu, pengambilan 1 biji B Complex dan Vitalea setiap hari dapat membekalkan 400mcg asid folik yan diperlukan oleh ibu hamil!

Omega Guard Shaklee boleh diambil semasa trimester kedua dan ketiga.
ESP Shaklee boleh diambil bila-bila masa sahaja. Ia baik kerana membantu memberikan tenaga kepada anda.


Sekiranya anda bercadang untuk mengambil supplemen Shaklee sepangjang kehamilan anda, anda tidak perlu mengambil vitamin oleh klinik. Tetapi jika anda ragu-ragu, anda boleh saja dapatkan nasihat daripada doktor anda :)

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease


(info credited to http://www.genkimomma.net)

Tuesday, May 21, 2013

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru




Golongan pendidik merupakan insan yang sangat mulia pada pandangan mataku. Ini kerana mereka lah yang mendidik anak2 bangsa sehinggalah berjaya. Tanpa mereka, kita tidak akan menjadi seperti hari ini. 

Ibu bapa adalah guru terawal dalam hidup kita. Merekalah yang mengajar kita tentang erti kehidupan. Ibu bapa dan guru-guru adalah insan yang istimewa dan dekat di hati kita..

Tetapi, guru dahulu dengan guru zaman sekarang memang berbeza. Anda dapat lihat/rasakan tak perbezaan itu? Mungkin zaman sekarang ni, ada mereka yang memilih kerjaya guru ni 'last resort/last choice' sebab tiada pilihan lain. Maaf jika andaian saya salah. Tetapi saya mempunyai ramai kawan bergelar guru. Ada di antara mereka seakan2 terpaksa memilih kerjaya ini kerana tidak mendapat pekerjaan lain. Bila perkara ini terjadi, ditambah pula tiada minat melainkan sebab terpaksa, maka keikhlasan untuk mengajar itu tidak wujud. 

Saya mempunyai seorang rakan yang memberitahu saya walaupun sudah lebih kurang 5 tahun menjadi guru, dia masih tidak dapat meng'ikhlas'kan diri menerima kerjaya ini. Hari2 dia merungut, malas nak pergi sekolah. Tapi sebab terpaksa, dia pun pergi jugalah mengajar. Mungkin kawan saya itu tiada 'jiwa' mengajar.. Tetapi saya sering berkata padanya, kerja sebagai guru ni sangat mulia. Pencen kubur sudah ada..Untung mereka yang bergelar cikgu ni. Saya berharap agar satu hari nanti, kawan saya itu akan mencintai kerjayanya sebagai seorang cikgu.


Mengimbas kenangan di alam persekolahan, saya rasa saya adalah pelajar yang sederhana saja. Tidaklah glamor disebabkan kepandaian atau kenakalan..Heheh..Betul lah kan.. Ada orang dikenali di sekolah sebab dia budak pandai..Cemerlang setiap kali exam. Ada pulak yang memang dikenali sebab dia budak nakal. Selalu aje buat onar di sekolah. Jadi saya yang sederhana ini menjalani rutin kehidupan secara normal aje lah. Cuma teringat semasa di darjah 6 di sekolah rendah agama.. Ada satu hari ustazah buat sesi komentar pelajar kepada ustazah. Maksudnya pelajar2 semua dikehendaki menulis sesuatu tentang ustazah. Ada satu komen tu, dia cakap ustazah sayangkan SAYA. Hahahaa..Sebabnya ustazah selalu sebut nama saya dalam kelas. Padahal ustazah beritahu, saya ni seorang yang sangat pendiam dalam kelas. Sebab itulah ustazah selalu sebut nama saya. Takut saya ke laut agaknya tak fokus dalam kelas...Hehehehe..kelakar betullah pelajar yang beri komen macam tu..

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 dan pensyarah2 yang pernah mendidik saya sejak dari tadika, SIGS JB, SK Subang, SK KRU, SAMTH, SAM BESTARI, KMPP dan UNIMAS. 

Terima kasih atas jasa kalian. Tanpa kalian, saya tidak menjadi seperti hari ini..Terima kasih..


Kabinet Baru (2013-2018)

Selepas PRU13 haritu, ramai yang tertanya2 siapakah yang akan dilantik sebagai Menteri Kabinet yang baru..Maka semalam, terjawablah sudah senarai Menteri Kabinet yang dipilih oleh DS Najib..

Ohh..Kementerian saya, Kementerian Pengajian Tinggi nampaknya bergabung semula dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjadi Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi..Kementerian kami akan diterajui oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yaasin dan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri II

Ni lah dia senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang baru..


Perdana Menteri:
YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri:
YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin

Jabatan Perdana Menteri:
Menteri:
(1) YB Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom
(2) YB Dato’ Sri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) Yb Senator Dato’ Sri Idris Jala (Senator)
(4) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
(5) YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim
(6) YB Puan Hajah Nancy Binti Shukri
(7) YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan Menteri:
(1) YB Datuk Razali Bin Ibrahim
(3) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan:
(1) Menteri Kewangan I: YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
(2) Menteri Kewangan II: YB Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
(3) YB Datuk Ahmad Bin Maslan

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
(1) Menteri I: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin
(2) Menteri II: YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh
(3) Timbalan Menteri I: YB Datuk Mary Yap Kain Ching
(4) Timbalan Menteri II: YB Tuan P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan

Menteri Pertahanan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Abdul Rahim Bakri

Menteri Pengangkutan:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein  (Memangku)
(2) Timbalan Menteri : YB. Datuk Ab. Aziz Kaprawi

Menteri Dalam Negeri:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Menteri Kerja Raya:
(1) Menteri : YB Dato’ Fadilllah Yusof
(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Mustapa Bin Mohamed
(2) Timbalan Menteri : YB. Hamim Bin Samuri
Menteri Luar Negeri:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Anifah Bin Haji Aman
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Hamzah Bin Zainuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:
(1) Menteri : YB Dato’ Hasan Bin Malek
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator)

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
(1) Menteri : YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Bin Cheek
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Jailani Bin Johari

Menteri Sumber Manusia:
(1) Menteri : YB Datuk Richard Riot Anak Jaem
(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Ismail Bin Abd. Muttalib

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:

(1) Menteri : YB Dato’ Seri Shafie Bin Haji Apdal

(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Alexander Nanta Linggi


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:

(1) Menteri : YB Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Dahlan

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Halimah Binti Mohd Saddique


Menteri Belia Dan Sukan:

(1) Menteri : YB Tuan Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Saravanan A/L Murugan


Menteri Kesihatan:

(1) Menteri : YB Dato’ Seri Subramaniam

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Seri Hilmi Bin Yahaya


Menteri Wilayah Persekutuan:

(1) Menteri : YB Dato’ Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)


Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:

(1) Menteri : YB Dato’ Seri Douglas Uggah Embas

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Noriah Binti Kasnon


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:

(1) Menteri : YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Sri Mahdzir Bin Khalid


Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:

(1) Menteri : YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Tajuddin Bin Abdul Rahman


Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan:

(1) Menteri : YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Joseph Salang Anak Gandum


Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:

(1) Menteri : YB Datuk Dr. Ewon Ebin

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah


Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:

(1) Menteri : YB Datuk Seri G. Palanivel

(2) Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr. James Dawos Mamit


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

(1) Menteri : YB Datuk Rohani Binti Abdul Karim

(2) Timbalan Menteri : YB Datuk Azizah Binti Mohd. Dun




Selamat bekerja YB2 sekalian..Jadilah anda pemimpin yang amanah dan berintegriti tinggi, insyaAllah anda akan dihormati..

Tuesday, May 14, 2013

Penjagaan kulit muka

Tahukah anda kulit merupakan organ homeostasis yang penting? Kulit bertindak sebagai rintangan yang memisahkan antara persekitaran luar dan persekitaran dalam badan kita.

Kulit melindungi otot-otot dan organ badan manusia. Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan iaitu epdermis, dermis dan hipodermis.

gambar ehsan pakcik Google

Dalam banyak2 bahagian kulit manusia, bahagian yang sering dititkberatkan semestinya kulit muka terutamanya bagi kaum Hawa. Tak gitu? Tetapi pada aku, bukan hanya wanita, orang lelaki pun perlu menjaga kulit mereka agar penampilan mereka lebih berkeyakinan..Hehehee..Tapi orang lelaki sekarang ni ramai yang dah sedar kepentingan menjaga kulit muka ni, especially yg metroseksual tu..Kadang-kadang kalah orang perempuan pulak cara mereka menjaga muka.


Gambar ehsan Google


Gambar ehsan Google

Penjagaan kulit muka memang penting kerana ia mempengaruhi penampilan seseorang. Bayangkanlah kalau muka tak dicuci setiap hari? Bedak pun tak pakai..Mesti kusam muka anda kan? 

Saya pernah menghadiri satu bengkel penampilan diri di pejabat baru-baru ini. Penceramah menekankan tentang pentingnya menjaga penampilan diri kerana ia membentuk imej kita. 

4 perkara asas menjaga kulit muka;
  • Cleansing 
Mudah sahaja. Anda cuma perlu mencari pencuci muka yang sesuai bertindak dengan kulit muka anda. Untuk kulit kering, digalakkan memakai pencuci muka jenis creamy. Bagi kulit berminyak pula digalakkan menggunakan pencuci jenis gel. Bagi anda yang mempunyai kulit normal, boleh lah mencuba pelbagai jenis pencuci kerana kulit normal biasanya tiada masalah.

Tidak digalakkan mencuci muka terlalu kerap. Memadailah dicuci ketika bangun daripada tidur dan sebelum masuk tidur.

  • Exfoliate
Langkah ini biasanya banyak ditinggalkan oleh kebanyakan wanita. Pada saya proses ini memadai dilakukan seminggu atau dua minggu sekali. Yang paling mudah digunakan ialah skrub muka. Boleh dibeli di farmasi atau boleh dibuat sendiri bagi yang menyukai kaedah tradisional. Ohh ya, pesanan penceramah saya, masker/skrub muka baik disimpan di dalam peti sejuk untuk ketahanannya lebih lama

  • Moisturize
Ohh ya...selepas mencuci muka, biasanya kita akan sapukan toner ke wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembab. Tujuannya adalah untuk menutup pori2 wajah kita di samping membersihkan sisa2 minyak dan solekan.

Penggunaan pelembab amat penting bagi mereka yang mempunyai kulit kering [seperti saya ^__^]
Bagi yang mempunyai kulit kombinasi, anda boleh sapukan pelembab di bahagian yang kering dan pada bahagian berminyak iaitu hidung dan dahi memadai disapu sedikit sahaja.

  • Sunscreen
Tahukah anda salah satu penyumbang kepada penuaan kulit wajah ialah pancaran matahari! Sebab itulah pemakaian sunscreen/sunblock amat penting terutama jika anda sering melakukan aktiviti di luar bangunan. Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan aktiviti luar yang ingin anda lakukan. Pendedahan kepada sinar matahari terlalu lama tidak baik untuk kulit kerana sinaran UV untuk tempoh jangka masa panjang boleh merosakkan sel2 kulit kita.

Jika berkemampuan, sebulan atau dua bulan sekali tu pergilah buat facial treatment di salun/spa.Saya pernah terbaca satu artikel mengenai kulit kita  ber'salin'/bertukar setiap 35 hari..Memang elok sangatlah kalau buat facial treatment tu.


 Selain itu, penting juga untuk kita tahu jenis kulit muka supaya kita dapat membeli produk yang bersesuaian dengan jenis kulit dan barulah akan menampakkan kesan.


Selain daripada 4 perkara asas penjagaan kulit muka, saya juga berpendapat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang turut membantu pembentukan kulit yang sihat. Kalau hidup kita selalu stress, percayalah ia akan terlihat pada wajah kita. Banyaklah kedutan2 halus di muka dan kulit muka juga nampak kusam. Sebaliknya jika kita amalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, sering tersenyum, pasti wajah kita akan berseri dan menawan ;)

Bagi yang ada budget lebih, pengambilan supplement juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin C dan E membantu mencantikkan kulit wajah seseorang. Vitamin E juga membantu menghilangkan parut2 di wajah dan badan. Trend sekarang di Malaysia adalah kolagen. Di mana2 saja ada dijual kolagen. Nasihat saya, pilihlah produk yang baik dan mendapat kelulusan daripada KKM. Jangan nak cantik punya pasal, tapi end up duduk di hospital akibat salah membeli produk..

Jom sama2 kita menjaga kesihatan!


Sunday, May 12, 2013

Everyday is a mother's day


Sambutan Hari Ibu diraikan setiap Mei minggu kedua. Pada tahun ini, sambutan hari ibu diraikan pada 12 Mei 2013.

Pada aku, sebagai anak, kita tak perlulah menunggu setahun sekali baru nak dizahirkan perasaan sayang terhadap ibu kita. Hari-hari pun kita boleh berbuat demikian kerana telah menjadi kewajipan kepada kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa. 

Benarlah kata orang, kita tak akan mengerti perasaan seorang ibu sehingga kita sendiri menjadi ibu. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepadaku untuk menjadi seorang ibu. Terima kasih ya Allah..

Ku akui juga bukan mudah menjadi seorang ibu, terutama ibu yang bekerjaya. Aku juga seorang ibu bekerjaya. Bila bekerja, masa di rumah agak terbatas dengan kerja-kerja rumah yang amatlah banyak. 9 jam di pejabat yang ada kalanya penuh dengan stress..Kadang2 terpaksa stay back atas sebab2 tertentu. Bila balik ke rumah sahaja, terus memakai apron dan bersilat pula di dapur menyediakan makan malam untuk suami dan anak2..Belum cerita lagi bab2 mengemas rumah, laundry bagai...Ohhh kalau ada anak kecil pula, bersengkang mata berjaga tengah malam untuk mengepam susu buat bekalan anak..Di sinilah peranan suami untuk membantu meringankan beban isteri. Kerana pada aku, isteri bekerja pun sebab nak bantu suami bukan? So perlulah ada give and take ;)

Jadi, aku sangat sallute lah kepada ibu2 bekerjaya di luar sana yang tidak mempunyai pembantu rumah dan berjaya menguruskan rumah tangga mereka dengan baik. Tak kurang juga ibu2 yg menjadi suri rumah sepenuh masa..Anda juga adalah ibu yang terbaik!





Seorang ibu juga tidak mengharapkan apa2 balasan daripada anak2 mereka..Cuma pada aku, anak2 membesar dengan sihat, lengkap dengan ilmu dunia akhirat dan menjadi insan yang berguna pun sudah cukup menggembirakan hati seorang ibu..Tak gitu?

Kepada emak saya, Puan Salmah Budin, selamat hari ibu. I love u eternally..Thank you for everything mak ;)

**OOT: lately ni ramai betul kawan2 berbadan dua..Jauh di sudut hati aku memang rindu zaman mengandung dulu..Andai ada rezeki dalam masa terdekat, syukur sangat2..Tp kalau2 ada rasa sedih tu, ubatnya ialah fikirkan perasaan orang lain yang dah lama kahwin tapi masih belum ada rezeki dapat anak..Masa tu terbitlah rasa syukur kpd Allah kerana kita ada zuriat..

Wednesday, May 8, 2013

May Special: VIVIX [Anti-Aging]


Sempena bulan Mei ini, Shaklee menawarkan tonik anti-penuaan iaitu Vivix dengan harga yang amat istimewa. 

Beli 6 percuma 1! Anda boleh berpakat2 dengan kawan-kawan,jiran-jiran, sedara mara untuk beli Vivix ni. Tak pun beli terus 6 botol buat stok di rumah. Tak rugi tau!


Jom kita tengok kebaikan Vivix!

Vivix merupakan minuman yang mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 







TESTIMONIAL yang pernah menggunakan Vivix


Jika anda membeli 6 botol Vivix, anda akan memperolehi
1. PERCUMA sebotol Vivix. Jadi anda dapat 7 botol Vivix!
2. Pendaftaran keahlian secara PERCUMA (biasanya RM65 seumur hidup)
3. Penghantaran PERCUMA

Tapi jika anda beli 2 botol Vivix, anda juga layak mendapat
1. Pendaftaran keahlian secara PERCUMA
2. Penghantaran PERCUMA

Bersempena menyambut HARI IBU pada bulan ini, apa kata anda hadiahkan Vivix untuk ibu anda tanda kasih sayang anda kepadanya!



Jika berminat untuk mendapatkan Vivix, boleh hubungi saya melalui emel nisadahri@gmail.com atau anda boleh menggunakan nombor ahli saya 86559 apabila anda membeli produk Shaklee di cawangan berdekatan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...