Tuesday, December 31, 2013

3 tahun

Hari ini genap 3 tahun abah pergi meninggalkan kami..Abah sentiasa hidup di hati kami..

Semoga abah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..Ameen

Alfatihah

Membawa Sarah menziarahi pusara tok abahnya

Saturday, December 21, 2013

It's our 6th anniversary

Pada tarikh ini 21.12.2007 sekitar jam 3 ptg++ kami sah bergelar suami isteri..

Diam tak diam sudah masuk 6 tahun usia perkahwinan kita..

Buat chenta hati saya,

Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buat diri ini..
Terima kasih kerana menjadi abah yang terbaik buat Sarah Ardini
Terima kasih kerana menjadi anak/menantu yang terbaik dalam keluarga kita..

Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati Allah dan berkekalan hingga hujung nyawa dan ke jannah..Berkatilah perkahwinan kami Ya Allah..

Semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang panjang dan berkat agar dapat mendidik anak2 kami dan melihat mereka membesar menjadi anak2 yang soleh/ah..



Love u till jannah!

Thursday, December 12, 2013

Monday, December 9, 2013

Omega Guard Shaklee

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
 
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. 
Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

TAHUKAH ANDA : Manfaat Asid Lemak??

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan risiko darah beku (blood clot)
  • Mengurangkan risiko rintangan insulin (insulin resistance)
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Mengurangkan risiko degup jantung tak sekata, yang menjadi penyebab utama kematian kerana serangan sakit jantung
Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
 
Sumber : Shaklee Malaysia

Info credit to VitaminShoppe, RizqShakleeCube


Monday, December 2, 2013

December Special: Omega Guard


Bulan ini omega guard boleh dibeli dengan harga sooper dooper SPECIAL yer!
Nak beli dengan harga SOOPER DOOPER SPECIAL? 

email @ sms @ whatsapp saya ajer!

Friday, November 29, 2013

Kurus dengan lecithin

Ramai yang nak kurus kan? Di pasaran pun ada bermacam2 jenis produk. Yang terkini, ada pula produk yang hanya menggunakan spray boleh kurus?

Kalau pada pendapat peribadi saya, saya tetap percaya bahawa mengawal pemakanan, bersenam dan ditambah dengan supplemen, boleh membantu mengurangkan berat badan dan menjadikan kita kurus. Disiplin tu amat penting.

Oklah kali ini saya nak berkongsi artikel peranan lecithin dalam membantu anda menguruskan badan..Credit to SAG, RizqShakleeCube 

Lecithin amat membantu dalam penurunan berat badan kerana sifatnya yg boleh memecahkan lemak. Namun pastikan jumlah air juga mencukupi dalam diet seharian. Bagaimana lecithin boleh menguraikan lemak dan membantu mengurangkan berat badan? Ni eksperimen yg sy buat utk menunjukkan bagaimana lecithin menguraikan lemak.



1) Tuangkan minyak ke dalam gelas yg berisi air. Seperti yg kita sedia maklum minyak mempunyai ketumpatan yg lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut dalam air

2) Kacaukan minyak tersebut dengan air, tetapi molekulnya akan tetap bersatu semula

3) Pecahkan 2 biji lecithin ke dalam gelas tersebut

4) Kacau campuran lecithin dan air tadi

5) Molekul minyak kelihatan terurai

Ini menunjukkan minyak atau lemak telah berjaya diuraikan oleh lecithin. Ni baru dengan 2 bj lecithin, bayangkan kalau setiap hari kita makan 6 bj lecithin.

So bagi anda yang nak cuba, boleh cuba dengan mengambil 6 biji lecithin dan 10 biji alfafa setiap hari setengah jam sebelum makan makanan berat..Kalau sehari anda mengambil 2 kali makanan berat, maknanya anda perlu mengambil jumlah yg sama setiap kali sebelum makan yer. Insyaallah, ada yang sudah mendapat hasilnya selepas sebulan mencuba!

Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli? Contact saja saya!


**DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease

Saturday, November 23, 2013

Congratulations & celebration!



Tanggal 11 November yang lepas, saya dan keluarga berkesempatan memeriahkan majlis konvokesyen my one and only brother, Muhd Asyraf di UiTM Shah Alam..Kali kedua menemankan emak masuk ke dalam dewan selepas pemergian abah..

Kami bertolak agak lewat pagi itu..Lebih kurang 7.30++ agi baru sampai di Presint 9 ambil emak dan terus pecut ke Shah Alam..Memang kurang bernasib baik pagi itu..Jalan sangat slow..Ada kenderaan rosak. Ditambah pula dengan keadaan hujan renyai2 pagi menambahkan kelewatan kami tiba di sana..Pukul 9.30 pun masih berada di atas jalan..Sesampai di UiTM pun timbul masalah sebab parking di padang kawad dah full..Guard suruh kitaorg parking di Jakel. Ada bas menunggu di sana..Apa? Jakel? Memang tidak lah kan..Kau nak suruh kami bershopping ke hapa? Udahlah susah betul nak jumpa Dewan konvo tu..Maka berpusing2lah kami bertawaf dalam UiTM tu..Adik aku suruh park di Kolej Perindu..Dah jumpa kolej tu ada pulak pak guard tunggu kt depan tu..Memang haru la..tak boleh nak parking sana..At last kami park di masjid..Kena jalan sikitlah ke dewan tu..

So aku dan mak pun jalan dulu ke dewan tu sementara encik suami tunggu dalam kereta sebab cik Sarah sedang lena diulit mimpi indah..Actually taklah jauh sangat nk berjalan tu..Sampai di dewan kami pun menapak sehingga ke tingkat 3 masuk ke dalam dewan. Mujurlah si adik belum sampai turn lagi amik skrol di atas pentas..Maka sempatlah kami melepaskan lelah seketika. Tapi perutku sangatlah lapar sebab langsung x sarapan lagi..

Lebih kurang pukul 11 lebih barulah giliran si adik naik pentas..Alhamdulillah rasa happy sangat melihat dia naik pentas..Kalau arwah abah ada, mesti abah happy jugak..Habis je turn dia aku dan mak pun keluarlah dari dewan..Kami cari Sarah dan abahnya di luar dan pergi ke tapak menjual makanan..Alas perut dengan karipap dan kebab..Tunggu si adik keluar dari dewan dan bergambar studio..Lepas tu apa lagi..baliklah..

Mencabar jugaklah nak menapak semula ke kereta..Dengan cuaca panasnya...Terasa jauh pulak berjalan..Terjelir keluar lidah dibuatnya. Sarah pun terpaksa berjalan jauh jgk..Sian anak mama..Hehehee

adikku dan kawan-kawan (gambar curik di Fb)
Selesai majlis konvo tu kami pun singgah di Seksyen 7, makan lunch di D'Arab Kafe..Tempat biasa kami makan..Boleh tahan jgk dan harganya murah..Abis makan, solat sekejap dan jalan2 sekitar kedai2 di seksyen 7 tu..Mak aihhhh..terlalu banyak kedai baju muslimah dan tudung2..Cakap saja kedai apa..Semua ada..Pearl Haya?Radiusite?Syazara?Butik Ustazah?Sebab fulus tak berapa nak ada so x teringin nak masuk kedai2 tu..Hahaaaa..


Anyway, tahniah buat adikku dan para graduan tahun ini..Alhamdulillah ijazah sudah di dalam genggaman..Selamat menempuh alam pekerjaan yang mencabar..Tabah dan cekalkan hati menempuh alam baru kalian!

Thursday, November 21, 2013

Tumit pecah @ cracked heels?



Anda mengalami masalah tumit pecah? Buruk kan rupa tumit anda?

Masalah tumit pecah sering berlaku di kalangan wanita tanpa mengira usia. Jangan risau! Masalah tumit pecah ini tidak membahayakan kesihatan. Namun, ia sebenarnya petanda bahawa kulit anda terlalu kering. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering. Ia juga menjejaskan penampilan anda bukan?

Faktor penyebab?
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
 
Penyelesaian?
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
 
 
PETUA TRADISIONAL
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
Sumber: Karangkraf

Haaa saya nak berkongsi testimonial diri sendiri sebagai pengguna sabun marine essence..





Saya memang mempunyai jenis kulit yang kering. Tambah pula bekerja dalam pejabat, bertambah kering kulit dibuatnya..Tumit kaki juga tak terkecuali daripada masalah kulit kering. Maka jadilah cracked heels pd saya. Memang buruk rupa tumit yang pecah ni kan..Sakit mata tengok. Bila kita kopek, berdarahlah pula.

Sejak simpan stok marine essence ni, saya rajin menggunakan sabun ini untuk mandian harian. Bila ada masalah tumit kering-pecah ni, saya akan gosokkan buih sabun di kawasan yang bermasalah dan alhamdulillah selepas beberapa minggu, nampak perubahan yang ketara di mana tumit kaki saya sudah kembali licin dan takda lagi pecah2..Tapi kalau nak nampak kulit kaki tu cantik, kenelah rajin. Jangan buat sekali sekala aje ye kalian!

Selain tumit kaki pecah, bila ada jerawat timbul di muka atau badan, saya gunakan aja sabun ni..Memang berkesan..Jerawat cepat kecut tanpa tinggalkan parut..

Tak rugi lah beli sabun ini. Siapa2 yang berminat nak cuba, boleh contact saya ye!
Nak beli 1 boleh, nak beli sekotak pun boleh..Lagi jimat!

Selain sabun ketul, marine essence ni ada juga dijual dalam bentuk shower foam dan juga syampu..Mudah dibawa ke mana-mana...




Thursday, November 14, 2013

Amalan sunat pada 10 Muharam (Hari Asyura)

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa pada hari ini, 10 Muharam..

Yang paling saya ingat, biasanya pada 10 Muharam ni kan, ramai yang akan buat bubur asyura.. Bubur asyura ni pula berbeza-beza mengikut negeri. Kalau di utara, bubur asyura lebih kepada bubur kacang (pelbagai jenis kacang dan keledek) tetapi bentuknya sedikit keras. Kalau di pantai timur pula, buburnya sangat manis, berwarna hitam dan ada daging.

Memandangkan hari ini amat digalakkan untuk melakukan amalan sunat, jom kita tengok apakah amalan sunat yang digalakkan pada hari ini..Saya copy paste drp blog jomfaham..Mohon halal ya empunya blog!

Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.”
(Surah at-Taubah: 36)

Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah Radhiallahu ‘anhu,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan Sya‘ban.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Pada tarikh ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam ‘alaihissalam bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa ‘alaihissalam dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.

Di samping keistimewaan hari ‘Asyura’ yang berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa penting, hari ‘Asyura’ juga merupakan peluang untuk meraih ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut.


Amalan Yang Disunatkan Pada Hari ‘Asyura’

Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada disebutkan mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura’ serta fadhilat yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum keluarga.

1. Puasa pada hari ‘Asyura’

Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:

Maksudnya:

“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.”
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:

Maksudnya:

“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini. Antaranya:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:

Maksudnya:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:

Maksudnya:

“Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’. Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’. Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah

Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).”
(Hadis riwayat Muslim)


Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang dahulunya’:

i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.

ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula dari hari ‘Asyura’ sebelumnya).


Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)

Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.

Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ ialah:

a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.

b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.

c. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’

Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram

Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan puasa hari ‘Asyura’ iaitu:

i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.

2. Menyenangkan hati kaum keluarga

Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”

 (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.

Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.

Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.

Sumber :
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg1.pdf
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg2.pdf

Tuesday, November 12, 2013

Monday, October 21, 2013

Perlukah ibu mengandung mengambil vitamin/supplemen?

Assalamualaikum..

Saya ingin kongsikan satu artikel tulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad mengenai keperluan pengambilan prenatal vitamin oleh ibu-ibu hamil..

Antara yang dinyatakan oleh beliau dalam tulisannya ialah

Pengambilan supplemen prenatal adalah digalakkan bagi  mengurangkan risiko kecacatan janin ketika hamil, kelahiran pramatang serta membantu ibu hamil untuk kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Supplemen yang digalakkan ialah zat besi (iron), asid folik, kalsium dan omega-3

Asid folik sangat penting dan perlu diambil seawal 3 bulan sebelum seorang wanita itu merancang untuk hamil. Ini penting bagi mengurangkan risiko janin mendapat kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel2 lain.

Dos yang dicadangkan ialah 400mcg  sehari

Zat besi (iron) pula penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Ia turut membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Dos yang dicadangkan ialah 27mg bg wanita hamil dan 18mg bagi wanita tidak hamil

Harus diingatkan, pengambilan supplemen zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan sembelit. Iron juga tidak sesuai diambil bersama kalsium kerana menghalang penyerapan iron dalam tubuh.

Omega-3 perlu untuk perkembangan otak, pembentukan sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik.

Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 200-300mg sehari

Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Ibu hamil yang kurang kalsium terdedah kepada risiko mendapat pre-eklamsia yang boleh membawa maut!

Dos yang diperlukan oleh ibu hamil ialah 1000mg sehari
Banyakkan compared to supplemen yang lain..

Baca lanjut di http://drzubaidi.com/blog/?p=2545

Saya serasi dengan supplemen Shaklee..Sejak berpantang anak pertama sampai sekarang pun saya takda masalah dengan supplemen Shaklee ini..

Ibu-ibu yang sedang mengandung yang berminat nak mencuba jenama Shaklee, bolehlah ambil pakej ini


Bila sudah bersalin dan dalam pantang pula, boleh cuba pakej yang ini pula..Yang ini saya sudah cuba dan alhamdulillah sangat serasi dengan badan saya.


Nak beli dengan harga ISTIMEWA? Hubungi saya ya!

Tuesday, October 15, 2013

Beringat-ingat makan di musim perayaan

Salam eidul adha buat semua muslimin muslimat!



Musim2 raya qurban ni haruslah ramai yang akan masak masakan berasaskan daging kan..Sup daging, sup tulang, singgang daging, rendang daging, daging bakar, daging bbq..Percayalah! Heheheh...Dalam pada sedap nak makan, harus kita kawal pengambilan daging merah ni sebab ia mengandungi kolestrol yg sangat tinggi..

Ok ni sedikit tips nak dikongsikan yang diambil dr fb Kevin Zahri tentang jumlah kalori makanan yang biasa kita akan makan di musim2 raya ni...

Beringat2lah sedikit ya kawan2...Jom sihat!



Monday, October 14, 2013

Kelebihan puasa di hari Arafah

Pada hari ini jutaan umat Islam yang menunaikan ibadah haji akan berwukuf di padang Arafah..Bagi mereka, tidak disunatkan berpuasa. Tetapi bagi uamt Islam yang tidak melakukan wukuf, disunatkan untuk berpuasa pada hari ini..


Sunday, October 13, 2013

Pulangnya beliau kerahmatullah...

Sekitar jam 9 pagi tadi saya menerima sms dari kawan memaklumkan pemergian Dato Radin Umar kerahmatullah..

Innalillahi wainna ilaihi roojiun..DariNya kita datang kepadaNya jua kita kembali..


gambar ini saya ambil dari whatsapp beliau...
Sedikit ralat kerana tidak sempat menziarah almarhum semasa hayatnya masih ada..Sebenarnya beberapa minggu lepas, saya dan rakan2 pejabat bercadang untuk menziarahi beliau..Tetapi hasrat tersebut terbantut kerana kami dimaklumkan beliau tidak sihat ketika itu...

Almarhum Dato' Radin merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan kami dari tahun 2008-2010..Pada hemat saya, beliau merupakan seorang ketua yang tegas dan berkaliber. Walaupun saya tidak pernah bekerja secara langsung dengan beliau, tetapi ada few moments yang sehingga kini saya masih mengingatinya..Dan emel balasan beliau masih tersimpan dalam inbox saya sehingga hari ini..Sebagai kenang2an :)



Pada hemat saya lagi, almarhum dato radin merupakan seorang yang sangat kuat bekerja. Buktinya, walaupun beliau menghidap penyakit kanser pada tahap yang agak kritikal, beliau masih tetap bekerja. Bayangkan ada satu kali tu, beliau baru sahaja baik daripada menjalani pembedahan, tetapi beliau masih lagi hadir ke mesyuarat bersama YB Menteri berkenaan bajet universiti anjuran Jabatan (ketika itu beliau menjadi NC UPM)..

Allahu Allah..saya amat kagum dengan semangat juang beliau yg tinggi..Kita yang kadang2 demam pun amik mc x datang kerja. Beliau diuji Allah dengan ujian yang hebat, penyakit kanser..Sudah menjalani kimoterapi beberapa kali..Menjalani beberapa pembedahan..Tetapi beliau masih mampu bekerja..

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar negara dalam bidang akademik. Seingat saya semasa beliau menjadi KP kami, beliau sangat berminat dengan kemahiran soft skills di kalangan pelajar IPT dan beliau telah membangunkan module soft skills yang kini digunapakai di IPT. 

Beliau juga merupakan pakar dalam hal ehwal keselamatan jalan raya. Tidak hairanlah beliau merupakan Ketua Pengarah MIROS yang pertama dan pernah menerajui lembaga siasatan bebas berkenaan kes kemalangan jalan raya. Kalau anda perasan, post2 beliau dalam fb beliau pun banyak berkisarkan isu2 keselamatan jalan raya..

Ini antara gambar perjalanan akhir beliau yang saya ambil dr fb beliau sumbangan rakan2 beliau




Walaupun kini Dato Radin sudah tiada, saya percaya segala sumbangan dan bakti beliau akan sentiasa dikenang oleh semua terutama yang pernah bekerja dengan beliau. Untungnya beliau seorang pensyarah, pastinya ilmu yang beliau curahkan satu ketika dulu yang dimanfaatkan oleh pelajar2 beliau akan menjadi bekalan beliau di alam sana..

Ya Allah, tempatkanlah almarhum Dato Radin ini di kalangan para mukmin dan kalangan ahli syurgaMu, ameen..

Renungan bersama;
"Apabila mati seorang anak Adam itu maka terputus segala amal perbuatannya melainkan tiga perkara iaitu SADAQAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT & ANAK SOLEH YANG MENDOAKANNYA" - HR Muslim

Friday, October 11, 2013

Hamil selepas keguguran

Artikel di kopipes daripada pregnant.my

Keguguran ditakrifkan sebagai keluarnya janin atau kelahiran pramatang sebelum bayi mampu untuk hidup. Dianggarkan sebanyak 15% hingga 40% wanita hamil terdedah kepada risiko keguguran manakala 60% hingga 75% keguguran terjadi pada awal kehamilan iaitu sebelum kandungan mencecah 3 bulan. Kesedihan dan kekecewaan yang melanda akibat keguguran yang lalu semestinya masih meninggalkan kesan terhadap anda dan pasangan anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya akan adakah peluang untuk hamil selepas itu dan bilakah anda boleh mencuba lagi.

sumber: Google

Apakah faktor yang menyebabkan keguguran?

Seringkali, keguguran berlaku secara tidak diduga dan ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Oleh itu, keguguran boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuklah wanita yang sihat. Namun, beberapa faktor saintifik yang mengakibatkan keguguran dikenalpasti seperti berikut:
  1. Pembentukan embrio yang cacat disebabkan oleh jumlah kromosom yang tidak tepat atau strukturnya yang berubah. Kes seperti ini sering dikaitkan dengan keguguran awal.
  2. Pengaruh hormon pada wanita hamil – contohnya hormon prolaktin yang terlalu tinggi atau progesteron yang terlalu rendah yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh sekaligus mendedahkan kandungan kepada penyakit berat yang diderita oleh wanita hamil. Perubahan hormon juga boleh berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan merokok, meminum minuman keras, obesiti, atau kurang berat badan yang melampau.
  3. Tumor pada rahim wanita yang mengganggu pertumbuhan embrio.
  4. Serviks yang lemah dan tidak dapat menampung berat janin yang semakin berkembang.
  5. Jangkitan atau virus yang membahayakan seperti HIV.
  6. Penyebab fizikal seperti terjatuh atau mengalami kemalangan.

Bilakah anda boleh mencuba lagi?

Keguguran sekali bukanlah petanda bahawa anda tidak subur. Menurut pakar, wanita yang tidak menjalani proses D&C (iaitu pembedahan dilation & curettage untuk mengeluarkan janin yang tidak bernyawa dari rahim) berpeluang untuk hamil kembali seawal 7 hingga 10 hari selepas keguguran terjadi – sungguhpun anda masih mengalami pendarahan. Ini adalah kerana proses ovulasi masih boleh berlaku pada bila-bila masa dalam kitaran haid. Namun, sekiranya anda perlu melalui proses tersebut, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga sebulan supaya rahim anda benar-benar sembuh. Kehamilan pada peringkat awal (kurang daripada 3 bulan) biasanya tidak memerlukan proses D&C kerana janin akan keluar secara sendirinya.
Kebanyakan doktor pula biasanya meletakkan jangkamasa 3 kitaran haid untuk wanita yang mengalami keguguran hamil semula kerana selain memulihkan kesihatan fizikal, tempoh tersebut turut membantu wanita bersedia dari segi emosi.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko keguguran berulang?
  1. Sentiasa membuat pemeriksaan prenatal dan mendapatkan nasihat doktor. Keguguran boleh terjadi disebabkan beberapa perkara yang lebih diketahui oleh doktor yang memeriksa anda. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor dan jalanilah pemeriksaan prenatal sekerap yang mungkin.
  2. Jangan merokok atau meminum minuman keras ketika anda hamil.
  3. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat-ubatan kerana ia mungkin memudaratkan kehamilan anda.
  4. Melakukan pembedahan D&C bagi kehamilan yang melebihi 3 bulan untuk memastikan tiada saki-baki daripada keguguran yang lalu dan dapat mengelak jangkitan kuman.
  5. Menjauhi sebarang aktiviti berat serta menghindari semua perkara yang boleh menyebabkan stres.
  6. Mengamalkan diet yang sihat dan senaman yang secukupnya.
  7. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem peranakan, dapatkan rawatan yang berpatutan dengan penyakit tersebut. Contohnya, jalani ujian laparoscopi untuk mengetahui sebarang masalah pada rahim atau membuang fibroid sekiranya ada.

 Menguruskan emosi selepas mengalami keguguran
  1. Ambillah masa untuk anda bertenang dan benar-benar menerima keguguran yang telah ditakdirkan. Berserah kepada Tuhan atas ketentuan takdir dengan sentiasa berdoa juga akan dapat mengembalikan semangat anda untuk mencuba lagi.
  2. Dapatkan sokongan melalui pasangan anda dan keluarga terdekat seperti ibu dan kakak.
  3. Sertai kumpulan-kumpulan sokongan sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan dan berkongsi pengalaman bersama wanita yang pernah melalui keguguran.
  4. Di samping itu, perbanyakkan juga pembacaan berbentuk ilmiah anda supaya anda lebih peka terhadap kehamilan dan kesihatan anda serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila disahkan hamil semula.

Tuesday, October 8, 2013

October Highlight: Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Collage Powder terbukti berkesan untuk:

- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang
MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara


FAQ tentang Shaklee Collagen Powder

1. Apa kandungan collagen shaklee? 

Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. 
Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu 
 Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, 
 Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal,  
Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 
 Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata,  
Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas,
 Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Tahan berapa lama collagen shaklee

Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan).

3. Macam mana aturan makan collagen shaklee


Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. 
Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. 
Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
 - jus twister tropicana + collagen 
 - Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
- any fruit juice  + collagen

Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. 


SCP dicampur dengan susu stroberi
SCP dicampur dengan ribena
4. Berapa harga collagen shaklee

Retail price RM298. 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan kolagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.

Untuk bulan Oktober ni, harga collagen Shaklee ini amat istimewa. Sangat berbaloi2 jika anda beli sekarang..Boleh pakat2 beli dengan kawan2..

Beli 6 PERCUMA sekotak Collagen Powder
PERCUMA daftar keahlian
PERCUMA pos
REBAT TUNAI

Nak harga ISTIMEWA? Hubungi saya ya..Tawaran sah sehingga 31 Oktober saja ya!

5. Siapa sesuai amik collagen shaklee?

Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut:
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan

6. Macam mana rasa collagen shaklee?

Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa.

7. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 

Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam.


8. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 

Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba.


Info credit to
 http://vitaminsemulajadi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...