Friday, November 29, 2013

Kurus dengan lecithin

Ramai yang nak kurus kan? Di pasaran pun ada bermacam2 jenis produk. Yang terkini, ada pula produk yang hanya menggunakan spray boleh kurus?

Kalau pada pendapat peribadi saya, saya tetap percaya bahawa mengawal pemakanan, bersenam dan ditambah dengan supplemen, boleh membantu mengurangkan berat badan dan menjadikan kita kurus. Disiplin tu amat penting.

Oklah kali ini saya nak berkongsi artikel peranan lecithin dalam membantu anda menguruskan badan..Credit to SAG, RizqShakleeCube 

Lecithin amat membantu dalam penurunan berat badan kerana sifatnya yg boleh memecahkan lemak. Namun pastikan jumlah air juga mencukupi dalam diet seharian. Bagaimana lecithin boleh menguraikan lemak dan membantu mengurangkan berat badan? Ni eksperimen yg sy buat utk menunjukkan bagaimana lecithin menguraikan lemak.



1) Tuangkan minyak ke dalam gelas yg berisi air. Seperti yg kita sedia maklum minyak mempunyai ketumpatan yg lebih rendah dan ia sama sekali tidak akan larut dalam air

2) Kacaukan minyak tersebut dengan air, tetapi molekulnya akan tetap bersatu semula

3) Pecahkan 2 biji lecithin ke dalam gelas tersebut

4) Kacau campuran lecithin dan air tadi

5) Molekul minyak kelihatan terurai

Ini menunjukkan minyak atau lemak telah berjaya diuraikan oleh lecithin. Ni baru dengan 2 bj lecithin, bayangkan kalau setiap hari kita makan 6 bj lecithin.

So bagi anda yang nak cuba, boleh cuba dengan mengambil 6 biji lecithin dan 10 biji alfafa setiap hari setengah jam sebelum makan makanan berat..Kalau sehari anda mengambil 2 kali makanan berat, maknanya anda perlu mengambil jumlah yg sama setiap kali sebelum makan yer. Insyaallah, ada yang sudah mendapat hasilnya selepas sebulan mencuba!

Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli? Contact saja saya!


**DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease

Saturday, November 23, 2013

Congratulations & celebration!



Tanggal 11 November yang lepas, saya dan keluarga berkesempatan memeriahkan majlis konvokesyen my one and only brother, Muhd Asyraf di UiTM Shah Alam..Kali kedua menemankan emak masuk ke dalam dewan selepas pemergian abah..

Kami bertolak agak lewat pagi itu..Lebih kurang 7.30++ agi baru sampai di Presint 9 ambil emak dan terus pecut ke Shah Alam..Memang kurang bernasib baik pagi itu..Jalan sangat slow..Ada kenderaan rosak. Ditambah pula dengan keadaan hujan renyai2 pagi menambahkan kelewatan kami tiba di sana..Pukul 9.30 pun masih berada di atas jalan..Sesampai di UiTM pun timbul masalah sebab parking di padang kawad dah full..Guard suruh kitaorg parking di Jakel. Ada bas menunggu di sana..Apa? Jakel? Memang tidak lah kan..Kau nak suruh kami bershopping ke hapa? Udahlah susah betul nak jumpa Dewan konvo tu..Maka berpusing2lah kami bertawaf dalam UiTM tu..Adik aku suruh park di Kolej Perindu..Dah jumpa kolej tu ada pulak pak guard tunggu kt depan tu..Memang haru la..tak boleh nak parking sana..At last kami park di masjid..Kena jalan sikitlah ke dewan tu..

So aku dan mak pun jalan dulu ke dewan tu sementara encik suami tunggu dalam kereta sebab cik Sarah sedang lena diulit mimpi indah..Actually taklah jauh sangat nk berjalan tu..Sampai di dewan kami pun menapak sehingga ke tingkat 3 masuk ke dalam dewan. Mujurlah si adik belum sampai turn lagi amik skrol di atas pentas..Maka sempatlah kami melepaskan lelah seketika. Tapi perutku sangatlah lapar sebab langsung x sarapan lagi..

Lebih kurang pukul 11 lebih barulah giliran si adik naik pentas..Alhamdulillah rasa happy sangat melihat dia naik pentas..Kalau arwah abah ada, mesti abah happy jugak..Habis je turn dia aku dan mak pun keluarlah dari dewan..Kami cari Sarah dan abahnya di luar dan pergi ke tapak menjual makanan..Alas perut dengan karipap dan kebab..Tunggu si adik keluar dari dewan dan bergambar studio..Lepas tu apa lagi..baliklah..

Mencabar jugaklah nak menapak semula ke kereta..Dengan cuaca panasnya...Terasa jauh pulak berjalan..Terjelir keluar lidah dibuatnya. Sarah pun terpaksa berjalan jauh jgk..Sian anak mama..Hehehee

adikku dan kawan-kawan (gambar curik di Fb)
Selesai majlis konvo tu kami pun singgah di Seksyen 7, makan lunch di D'Arab Kafe..Tempat biasa kami makan..Boleh tahan jgk dan harganya murah..Abis makan, solat sekejap dan jalan2 sekitar kedai2 di seksyen 7 tu..Mak aihhhh..terlalu banyak kedai baju muslimah dan tudung2..Cakap saja kedai apa..Semua ada..Pearl Haya?Radiusite?Syazara?Butik Ustazah?Sebab fulus tak berapa nak ada so x teringin nak masuk kedai2 tu..Hahaaaa..


Anyway, tahniah buat adikku dan para graduan tahun ini..Alhamdulillah ijazah sudah di dalam genggaman..Selamat menempuh alam pekerjaan yang mencabar..Tabah dan cekalkan hati menempuh alam baru kalian!

Thursday, November 21, 2013

Tumit pecah @ cracked heels?



Anda mengalami masalah tumit pecah? Buruk kan rupa tumit anda?

Masalah tumit pecah sering berlaku di kalangan wanita tanpa mengira usia. Jangan risau! Masalah tumit pecah ini tidak membahayakan kesihatan. Namun, ia sebenarnya petanda bahawa kulit anda terlalu kering. Kekurangan air boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering. Ia juga menjejaskan penampilan anda bukan?

Faktor penyebab?
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
 
Penyelesaian?
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
 
 
PETUA TRADISIONAL
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
Sumber: Karangkraf

Haaa saya nak berkongsi testimonial diri sendiri sebagai pengguna sabun marine essence..





Saya memang mempunyai jenis kulit yang kering. Tambah pula bekerja dalam pejabat, bertambah kering kulit dibuatnya..Tumit kaki juga tak terkecuali daripada masalah kulit kering. Maka jadilah cracked heels pd saya. Memang buruk rupa tumit yang pecah ni kan..Sakit mata tengok. Bila kita kopek, berdarahlah pula.

Sejak simpan stok marine essence ni, saya rajin menggunakan sabun ini untuk mandian harian. Bila ada masalah tumit kering-pecah ni, saya akan gosokkan buih sabun di kawasan yang bermasalah dan alhamdulillah selepas beberapa minggu, nampak perubahan yang ketara di mana tumit kaki saya sudah kembali licin dan takda lagi pecah2..Tapi kalau nak nampak kulit kaki tu cantik, kenelah rajin. Jangan buat sekali sekala aje ye kalian!

Selain tumit kaki pecah, bila ada jerawat timbul di muka atau badan, saya gunakan aja sabun ni..Memang berkesan..Jerawat cepat kecut tanpa tinggalkan parut..

Tak rugi lah beli sabun ini. Siapa2 yang berminat nak cuba, boleh contact saya ye!
Nak beli 1 boleh, nak beli sekotak pun boleh..Lagi jimat!

Selain sabun ketul, marine essence ni ada juga dijual dalam bentuk shower foam dan juga syampu..Mudah dibawa ke mana-mana...




Thursday, November 14, 2013

Amalan sunat pada 10 Muharam (Hari Asyura)

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kepada anda yang berpuasa pada hari ini, 10 Muharam..

Yang paling saya ingat, biasanya pada 10 Muharam ni kan, ramai yang akan buat bubur asyura.. Bubur asyura ni pula berbeza-beza mengikut negeri. Kalau di utara, bubur asyura lebih kepada bubur kacang (pelbagai jenis kacang dan keledek) tetapi bentuknya sedikit keras. Kalau di pantai timur pula, buburnya sangat manis, berwarna hitam dan ada daging.

Memandangkan hari ini amat digalakkan untuk melakukan amalan sunat, jom kita tengok apakah amalan sunat yang digalakkan pada hari ini..Saya copy paste drp blog jomfaham..Mohon halal ya empunya blog!

Ketahuilah Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan yang dihormati sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.”
(Surah at-Taubah: 36)

Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah Radhiallahu ‘anhu,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan Sya‘ban.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Pada tarikh ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam ‘alaihissalam bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa ‘alaihissalam dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.

Di samping keistimewaan hari ‘Asyura’ yang berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa penting, hari ‘Asyura’ juga merupakan peluang untuk meraih ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut.


Amalan Yang Disunatkan Pada Hari ‘Asyura’

Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada disebutkan mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura’ serta fadhilat yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum keluarga.

1. Puasa pada hari ‘Asyura’

Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:

Maksudnya:

“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.”
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:

Maksudnya:

“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini. Antaranya:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:

Maksudnya:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:

Maksudnya:

“Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’. Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’. Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah

Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).”
(Hadis riwayat Muslim)


Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang dahulunya’:

i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.

ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula dari hari ‘Asyura’ sebelumnya).


Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)

Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.

Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ ialah:

a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.

b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.

c. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’

Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram

Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan puasa hari ‘Asyura’ iaitu:

i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.

2. Menyenangkan hati kaum keluarga

Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”

 (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.

Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.

Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.

Sumber :
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg1.pdf
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg2.pdf

Tuesday, November 12, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...