Saturday, March 8, 2014

8.3.2014

Selamat ulangtahun kelahiran buat suami tersayang..Semoga kehidupanmu sentiasa dirahmati dan dilindungiNya, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..

Pagi2 hari ini juga Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Dikatakan terputus hubungan sekitar jam 1 lebih pagi..

Memang tak senang duduk dibuatnya bila mendengar berita ni..Tambah sedih bila dapat tahu ada rakan seperkhidmatan yang turut berada dalam flight tersebut. Beliau dari MITI, dikatakan akan melaporkan diri di MITI Beijing pada hari Isnin depan. Banyak pula spekulasi yang timbul berikutan kehilangan MH370. Ada yang kata terhempat di laut china selatan lah..mendarat cemas di Naning, China lah..Ada juga yang mempolitikkan isu ini, mem'bahan'kan kehilangan pesawat MAS, tak kurang juga menyalahkan Kerajaan kerana lambat memberikan update tentang MH370..

Tolonglah anda2 sekalian..Ini bukan benda kecil, bukan lawak jenaka..Bayangkan jika ada ahli keluarga anda yang berada dalam pesawat tersebut..Cubalah sensitif sikit dengan perasaan mereka yang terlibat..Memandangkan MH370 dilaporkan hilang di ruang udara negara lain, sudah pasti perkara ni akan melibatkan negara2 lain juga..Nak siasat ni perlukan bukti yang kukuh dan sudah pastilah mengambil masa. Kalau cakap terhempas, mana buktinya? Kalaupun ada mendakwa menjumpai tumpahan minyak, perlu pastikan adakah benar ia minyak dari pesawat MH370 atau tumpahan minyak kapal perdagangan dan sebagainya..Kita yang bukan 'ahli' ni sebaiknya mendoakan yang terbaik utk mereka yang terlibat..Janganlah sibuk jadi keyboard warriors..Bukan apa, silap hari bulan boleh jatuh fitnah pulak..

Memang tak tenteram perasaan dibuatnya hari ini memikirkan pasal MH370. Disebabkan hal ni juga barulah aku tahu pernah juga berlaku pesawat terhempas di sekitar tahun 70 an..Di Tanjung Kupang..Bila google baru dapat baca full story..Sebak juga membaca cerita pasal Tanjung Kupang tu :(

Sekali lagi, aku doakan semoga dipermudahkn usaha mereka untuk menjejak MH370. Let's pray for MH370!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...