Wednesday, February 26, 2014

Berurut ketika hamil

Lumrah ibu2 hamil biasanya mesti merasa sakit belakang, lenguh peha, kaki cramp dan macam2 lagi..Esepcially bila usia kandungan dah masuk trimester 3 kan? Masa tu perut dah makin membesar dan pastinya pergerakan sudah terbatas..Nak tidur pun tak berapa selesa..Duduk pun tak selesa..Pendek kata buat apa pun tak selesa..

Untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan pada ibu2 hamil ni, bolehlah cuba berurut..Tetapi perlu pastikan anda berurut dengan juru urut atau therapist yang terlatih ya! Jangan pergi kepada tukang urut yang kurang mahir kerana dikhuatiri akan memberikan kesan tak baik pula pada ibu dan anak dalam kandungan. Anda boleh google spa2 yang offer prenatal/pregnancy massage..Memang ada tapi make sure mereka adalah ahli yang terlatih ya! Yang saya sempat google ialah Tanamera, Baliayu Spa Sanctuary, Khareyana Spa, Clarins.


credit to Google
Kelebihan urutan semasa hamil
  • Melegakan sakit belakang, sengal2 bahu dan badan,
  • Memperbaiki mood ibu, mengurangkan stress
  • Menjadikan ibu lebih bertenaga, cergas, segar dan rileks
Antara tips kepada ibu2 hamil yang ingin berurut:
  • Berurut di awal usia kehamilan tidak digalakkan (kurang daripada 12 minggu)
  • Masa yang terbaik adalah pada usia kandungan memasuki trimester kedua
  • Elakkan rawatan panas di spa seperti sauna, kolam air panas, jakuzi, rawatan muka juga perlu dapatkan konsultasi sebelum melakukannya. Ini kerana peningkatan suhu badan boleh menjejaskan peredaran darah dan nutrien kepada bayi.
Ibu2 yang ada masalah kesihatan semasa mengandung seperti hypertension, pre-eclampsia,  pernah mengalami keguguran, pernah mengalami kelahiran pra-matang  tidak digalakkan untuk berurut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan tidak baik kepada ibu dan anak dalam kandungan. Boleh refer artikel oleh Dr. Zubaidi mengenai berurut ketika hamil di sini.

Teringin juga nak berurut masa pregnant ni..Tapi x berani la pulak..Heheeeee

Sumber:
BabyCentre
Dr. Zubaidi Hj Ahmad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...