Saturday, November 1, 2014

Resepi: easy peasy apam gula hangus

Cerita dah basi tapi saja nak buat entry juga untuk future reference..

Antara aktiviti hujung minggu saya adalah mencuba pelbagai resepi..Resepi mudah2 saja..Kali ni saya nak cuba buat apam gula hangus..Tengok bahan2 masaknya pun semua ada di rumah so kita cubalah..

Resepi apam gula hangus

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air

Bahan B
1 cawan minyak masak (saya derhaka..saya letak setengah cawan saja)
1 cawan gula
1 cawan telur
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya
(Bahan A)
Cairkan 1 cawan gula sehingga perang. Kemudian masukkan 1 cawan air dan kacau rata. Sejukkan sebentar

Gaul telur dan gula sehingga sebati. Saya pakai whisk aje. Nak pakai blender pun boleh.
Masukkan tepung gandum, soda dan bahan A yang telah menjadi gula hangus tadi. 
Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit.

Senang saja kan...

Anak dara yang rajin menolong di dapur

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...