Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

let's go green- part 2

Entry lepas misi go green bercerita tentang cloth diaper (CD). Maka entry kali ini adalah mengenai cloth pad pula..yer...i am converting to cloth pads..

Kalau lampin bayi berevolusi dari lampin kain -> lampin pakai buang -> lampin moden, tuala wanita juga tidak kurang hebatnya berevolusi. Zaman2 nenek kita dulu versi kain batik -> tuala good morning -> pad dan skrg ni cloth pad pula. Tp x ramai lg yg aware tentang cloth pad ni. Kebanyakannya menjual secara online. Sebelum menggunakan cloth pad, saya guna herbal pad. Brand avail. Memula pakai mmg terasaa sejuk jer..best lah..tp dh lama hilang pula..mungkin dh immune kot..blh gitu?Tp itu dulu b4 mengandunglah..

sumber: google

Untuk pengetahuan anda, penggunaan cd dan cloth pad ni mendapat sambutan yang meluas di negara-negara maju tau..USA, UK, Canada, Australia..x percaya silalah google. Banyak brand luar negara yg kini boleh didapati di Malaysia..but again, the imported one mestilah harganya lebih mahal..mahu yang lebih murah? made in China pun ado..

Kenapa kita perlu memakai cloth pad?
  • bebas kimia & toksik
  • selesa
  • darah haid tidak berbau kuat berbanding memakai pad pakai buang
  • sesuai sangat utk kulit yang sensitif
  • mudah dicuci
  • mesra alam
Setakat ni baru 2 brand sy beli. Itupun beli pakej yg ada promo..huhu..br ade 10 keping..saya beli brand ummi creates & mama patch..mahal mmg mahal..tp seperti cd, ia berbaloi utk long term..Selesa juga menggunakannya cuma bila heavy flow tu perlu kerap tukarlah..biasa dlm 3-4 jam sekali pakai.




gambar : sweet n cozy

Antara jenama yang boleh didapati di pasaran online;
bisky bosky
mama patch
blu cotton
ummi creates
lunapad
tiny tapir
snow drop
momiji
sweet n cozy

Untuk anda yg baru berjinak2 dgn cloth pad ni, saya sarankan anda belilah starter pack terlebih utk mencubanya. Bila dah mula rasa selesa, bolehlah beli sikit demi sikit..Memang harganya mahal..tetapi untuk jangka masa panjang, pelaburan anda amat berbaloi..Yang penting, ia bebas chemical dan mesra alam..

Selamat mencuba!

Saturday, September 22, 2012

let's go green-part 1

Saya mula mengenali lampin kain aka cloth diaper (cd) semasa mengandungkn Sarah..Semasa mengandung dulu saya mmg byk membaca mll majalah,buku dan juga internet..Internetlah sumber paling sena ng diakses..teknologi di hujung jari la katakan..hihii..

Maklum saja anak sulung..byk benda kita tak tahu..bercakap tentang CD ni, skrg ni byk dahjenama di pasaran. Masa awal dulu agak sukar nk cari di kedai..byk yg jual secara online..kl pergi expo mommyhood ke baby ke ade lah jumpa..

Sebenarnya CD ni kita dah pakai ms kecil dulu. Zaman sebelum lampin pakai buang diperkenalkan..masa tu lampin kain kita kena lipat sendiri, pakaikan pin utk kemaskan n then pakai plastik utk elak bocor..Cuma CD di alaf baru ni ditransformasikan dalam bentuk yg lebih menarik dan mudah sangat nak guna. Tak perlu lg melipat kain lampin dan pin..cuma sarungkan dan butangkn ajer..

Harga sekeping CD ni antara 20-100++ bergantung kpd material dan brand lah.. Mcm saya,  bajet pun x besar tp nk juga pkaikn Sarah cd..so sy beli dalam range rm20+. Ada brand autumnz, sunny baby, coolababy, qq baby..mcm2 corak menarik ado..mmg rambang mata kalu tgk..huhuuu..rasa mcm comel jer tgk anak ber CD..Di bawah ni antara collection CDs Sarah Ardini..




Hmmm...antara faktor penyebab ibubapa takmo guna cd n prefer lampin pakai buang ni adalah leceh nk basuh n perlu kerap menukar, selain harganya yang mahal.

Sebenarnya tidaklah susah mana jika dibandingkan dgn kebaikannya. Antara kebaikan menggunakan cd ni
  • mesra alam
  • jimat kos berbanding lampin pakai buang
  • bayi cepat tahu perbezaan basah n kering -> lebih mudah utk potty training
  • lebih selesa, fabrik lembut
  • bayi tak mudah kena ruam
  • penggunaan jangka masa panjang

sumber : google

Saya hanya menggunakan cd di hujung minggu saja. Waktu bekerja biasa saya bekalkn disposable diaper ke rumah pengasuh. Yer..x nk menyusahkan pengasuh Sarah..Di hujung minggu blhla menyusahkn encik suami..Sarah kl pakai cd mesti selalu berak..selesa sangat kot..aduyaiii itu yg encik suami x suke nk cuci..tp sekarang ni dia dah ok..sudah pandai nk handle cd ni..tak susah pun nak cuci cd yang bernajis. Hanya buangkan najis dalam mangkuk tandas dan kemudian spray tempat kotor tersebut dengan air paip yang kuat. Hilanglah kesan kotoran tu. Pastu boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau basuh tangan. Dulu2 semasa rajin, saya basuh semuanya guna tangan. Tp skrg dah malas, saya guna mesin basuh aje...Moh kita tengok bagaimana abah mithali pakaikan cd step by step






Lampin pakai buang sekarang ni pun dah makin mahal. Mujurlah Sarah ni kulitnya tidak sensitif. Jadi tiada masalah kalau saya pakaikan apa saja brand cuma ada sesetengah brand yang kurang sesuai sbb akan bocor..Kalau kita calculate perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang ni, dalam setahun boleh mencecah RM1000++.. Tu kalau anak sorang. Bayangkan anak ramai? Sebab itulah dari segi long term, mmg berbaloi guna cd ni. Walaupun harga sekeping cd ni dalam lingkungan RM20++, tetapi ia boleh diguna semula bertahun-tahun. So kalau anak bertambah, bolehlah guna lagi utk adik2 pula..Biasa anak2 ni kalau dah umur 3 tahun ke atas yang dh lepas potty training tu dh x pakai lampin lagi kan..So cd ni boleh bertahan sehingga 3 tahun!

Nak memulakan memang sukar pada mulanya. Tetapi percayalah lama-lama nanti anda akan rasa x susah pun guna cd ni.

Selamat ber'CD'!!


* credit to cloth diaper websites in Malaysia




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...