Showing posts with label Sarah. Show all posts
Showing posts with label Sarah. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Testimonial [Zinc Complex Shaklee]

Saja nak berkongsi dengan anda kebaikan zinc complex Shaklee ni..

Sebelum tu jom kita tengok antara manfaat zinc complex ni
-menghalang keguguran rambut
-membantu percepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran
-meningkatkan imunisasi dan pertahanan badan
-membantu masalah jeragat
-memelihara kesihatan prostat

Kebetulan haritu celah jari kaki Sarah terluka sebab tersangkut bermain kat bakul..Tajam pula celah2 bakul tu..Punyalah dia menangis kaw2 punya sampai aku ingatkan kaki dia patah ke ape..Sebab langsung tak jumpa tempat sakitnya..Bila dia dah tertidur barulah perasan jari dia terluka. So aku hanya sapukan minyak gamat ajelah supaya luka cepat kering..

After few days, nak sapu lagilah minyak gamat, tapi alih2 aku tengok sudah bernanah..Mak aih..makin takutlah si kecil tu bila tahu kaki dia bernanah..So aku pun pecahkan zinc complex tu dan tabur sikit kt luka tu..Si kecil tu memang makin kuat nangisnya sbb takut..

Esok paginya bangun tidur aku check kaki Sarah n tengok lukanya tu dah mula kering..Alhamdulillah, lega sikitlah..Budak kecil tu pun x la meraung sakit hari2 bila nak mandi..


Antara semua produk Shaklee ni, zinc complex adalah yang paling murah hanrganya..120 biji tablet boleh dibeli dengan harga RM3x.xx sahaja! Murah giler kan! Sebotol tu tahanlah dalam 2-3 bulan..



*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Monday, February 3, 2014

Cuti-cuti Raya Cina

Bulan Januari ni memang banyak cuti umum kan..Yang terakhir ni cuti raya cina..Nampak macam panjang aje cuti hujung bulan ni tapi sebenarnye 4 hari aje.

So cuti raya cina tahun ni famili mertua dah rancang family day di Asahan, Melaka..Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Putrajaya. Kami bertolak dalam pukul 9 lebih..Adatlah bila berkonvoi ramai2 ni perjalanannya lebih lama lagi ditambah pula dengan berhenti untuk mengisi perut yang kosong ;p



Kami tiba di Kem Saujana Asahan lebih kurang pukul 1 lebih..Rasanya kalau pergi sendiri ni confirm tak jumpa sebab tempatnya agak dalam hutan..Berdepan dengan Kem PLKN Gunung Ledang..Sampai2 terus check in bilik dan berehat sekejap..Letih walaupun bukan diri sendiri yang drive..Huhuuu






Di sini, terdapat beberapa pilihan tempat tinggal. Ada asrama dan chalet..Kami tinggal di chalet..Satu chalet dalam RM80, makan turut disediakan dengan charge sebanyak RM20++ tak silapnya..Boleh tahan jugalah chalet di sini..Katil single bed tapi ada 2 buah..So bolehlah combine utk jadi queen size bed hehehee..


Lepas settle solat zohor kami pun bentang tikar dekat padang depan chalet dan lepak2 di situ..Anak2 seronoklah dapat berlari sana sini..Bapak2 pula main bola sepak di padang..Emak2 duduk je lah atas tikar sambil menikmati pemandangan hijau sekeliling..Takpelah, asalkan anak2 happy, emak2 pun happy juga..

Malam pula ada aktiviti BBQ dan cabutan bertuah...Havoc sungguh..Rasa macam kawasan chalet itu kami yang punya..Haaaaahaaa..Untuk cabutan bertuah tu, family kecil kami mendapat 4 buah mug dan kuali masak..Best3..Habis aktiviti makan2, masing2 pun pulang ke bilik masing2..Tidur time..Tp agak x best sbb Sarah x boleh tidur lena..Ditambah pula tekak aku pun mulai rasa perit dab badan rasa tak sedap..Cepat2lah telan nutriferon dengan harapan dapatlah berkurang sikit..Tapi tidur memanglah tak lena sangat malam tu..

Esok harinya, aktiviti merentas hutan pula bagi orang2 lelaki dan perempuan yg available..Emak2 seperti biasalah menjadi 'penunggu' anak2 kecil..Lepaklah kami di chalet sambil bergosipan ;p

Habis saja aktiviti merentas hutan, masing-masing pun berkemas nak pergi water theme park..Dekat aje dengan tempat kami tinggal tu..Malangnya masa sampai tu matahari pun dah tinggi dan ramai orang..Yelah, sampai pun dekat2 tengah hari..Emak2 seperti biasa duduklah melepas sambil melihat pemandangan di sekitar kolam..Seronok betul Sarah dapat mandi kolam..Walaupun terketar2 kesejukan, dia layankan aje..

Actually kolamnya taklah besar mana, tapi bolehlah utk beriadah bersama keluarga..Cuma bila datang tu matahari pun dah meninggi, memang x berapa nak feel sangatlah kan..Cuaca hari tu memang teriiiik sangattttt..Awan pun x de..Sampai ke petang panasnya..

Selesai aktiviti di kolam, semua pun balik ke chalet dan berkemas2 utk pulang..Letih badan, mata sebab tak cukup tidur..Tambah pula dengan cuaca yang panas membuatkan badan rasa kurang sihat..

Anyway, menarik juga aktiviti kami kali ini..Mudah2an ada rezeki utk bersama2 ahli keluarga yang lain di masa akan datang :)

Monday, July 22, 2013

Playgroup for your kids

Sedang berkira2 untuk hantar Sarah ke playschool bila dia masuk umur 3 tahun nanti which is ada lagi 5 bulan..

Sebenarnya tidaklah beria-ia sangat pun. Masih tengah buat survey lagi..Nak masukkan anak ke sekolah ni belanjanya bukan sikit2..Makan ribu riban juga bergantung kepada jenis sekolah yang kita nak hantar. Setakat ni yang bermain di fikiranku biarlah anakku diberikan pendedahan dengan ilmu agama terlebih dahulu..Bak kata ustaz, biarlah anak kita mengenal alif ba ta sebelum mengenal ABC..

Sebelum ni masa Sarah 18 bulan dulu aku pernah bawa dia pergi playgroup Excel Caliph di Bdr Br Bangi. Not bad juga sebab walaupun dalam kelas tu Sarah macam blurrr je, tapi bila balik ke rumah dia boleh ingat lagi lagu2 yang diorang nyanyi siap dengan pergerakan2 masa nyanyi tu..Kiranya ada kesan positif jugalah kepada dia :) Cuma masa tu aku rasa dia belum bersedia kot..

Sekarang ni memandangkan lagu nenek si bongkok tiga pun dia dah bleh nyanyi, alif ba ta tu memang laju je lah cuma kadang2 tu ada juga huruf yg tak jelas pun dia sebut, aku rasa dah sampai masa utk memikirkan secara serius di mana nak hntr Sarah nanti..Taklah dia main berkejar2 aje di rumah pengasuh hari2 kan..At least dia ada learn something dan didedahkan dengan pergaulan dengan rakan2 sebaya..

Kawan2 yang menghantar anak mereka ke tadika ketika usia anak mereka 3 tahun rata2 memberikan review yg positif terhadap perkembangan anak mereka. Ada yang menghantar ke CIC, Alif Ceria, QDees, Smart Reader Kids dll..Dalam dok google2 tadi aku ada ternampak playgroup AlimKids Playgroup. Ada byk branch termasuk di Putrajaya..


Aku lebih berminat utk hantar Sarah ke playroup dulu sebelum ke kindy..Biarlah dia terdedah dengan dunia luar sikit demi sedikit. Takut terkejut pula nanti..Lagi satu sebab aku belum start buat potty training pun..Susahlah nak hntr anak ke kindy kl masih pakai diaper kan..Kebanyakan kindy x terima anak2 yg pakai diaper ni..Insyaallah, aku akan mulakan dari sekarang!

Daripada pengalaman Sarah di playgroup EQ, kelas diadakan seminggu sekali sahaja dan biasanya ada 8 modul yg perlu diikuti. Meaning 2 bulan lah. Biasanya aktiviti diadakan pada hujung minggu dan parents atau salah seorangnya perlu join sekali aktiviti bersama anak..Medium of communication BM dan BI tp masa di EQ dulu teacher ayu banyak guna english..Yuran lebih kuranglah mana2 pun..Dalam RM300+ total termasuk registration. Kelas berlangsung selama 2 bulan..

Nanti ku cari lagi info mengenai AlimKids Playgroup Putrajaya. Dekat pun dekat di Presint 9 aje..Semoga dipermudahkan segalanya..Tak sangka cepat betul anak2 ni membesar..Huhuuuu..

Tuesday, June 4, 2013

Sarah is 27 months young today!

Alhamdulillah, you are 27 months young today Sarah Ardini :)

Semoga kamu menjadi orang yang memelihara solatmu, auratmu dan agamamu..Membesarlah menjadi anak yang solehah..

O Allah, please guide her steps forever, ameen..

Mommy love u to the maxxxx  ^_^







Monday, March 4, 2013

Sarah Ardini is 2!!

Pada hari ini jam 9.23 pagi sekitar 2 tahun dahulu, saya telah selamat melahirkan seorang puteri di HUKM. Puteri ini kami namakannya Sarah Ardini..Kehadirannya cukup memberi makna kepada kami berdua setelah menunggu beberapa tahun..

Syukur alhamdulillah..Sarah hari ini sudah 2 tahun...anak mommy ni makin petah berkata-kata dan makin lasak dan sudah pandai berdrama.keletah kamu cukup menghiburkan walaupun kadang2 tu memang geram dibuatnya..Nama pun budak kecil kan..mana lah mereka faham...

Syukur juga kerana perjalanan penyusuan saya sudah sampai 2 tahun..satu pengalaman yang sangat berharga dan penuh dengan dugaan dan cabaran.Terima kasih Ya Allah kerana memberikanku peluang untuk merasai pengalaman ini..Mommy sudah dapat PhD dalam breastfeeding!!

Insyaallah akan ku teruskan menyusukan Sarah selagi dia masih mahukan ASI..

Sarah Ardini anakku,
Terus membesar dengan sihat dan ceria yer sayang..Mama sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatmu. Kamulah amanah Allah kepada mama dan abah. Kamu juga saham akhirat kami..Pencen kubur kami..Mama akan cuba yang terbaik mendidik kamu berlandaskan syariat, insyaallah..

Mama sayang kamu selalu Sarah...muahhhh!!

Friday, January 4, 2013

Sarah turns 22 months today

Alhamdulillah, Sarah Ardini sudah berusia 22 bulan hari ini..Lagi 2 bulan anak mommy akan berumur 2 tahun..Sudah 22 bulan jugalah perjalanan breastfeedingku..Berbaki lagi 2 bulan..Tetapi insyaallah akan ku teruskan menyusukan Sarah selagi dia masih mahu..

Ohh..inilah kamu ketika baru dilahirkan


Kini kamu sudah berusia 22 bulan


Mama doakan kamu dikurniakan kesihatan yang baik untuk membesar menjadi anak solehah yang diredhai Allah dunia akhirat..Mommy love you sooo much darling..U'll always be my little girl :)

Friday, December 21, 2012

it's our anniversary today..

Bila melihat gambar-gambar ni terus terbayang kenangan di hari kejadian..pergi mekap di butik pengantin yang dekat dengan rumah..sudahnya pengantin yang kene drive kereta pulang ke rumah..sungguhlah sabar masa itu..cair mekap mak masa tu..huhuu..mujurlah mekap nikah kak Linda tak mekapkan tebal2..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..tak sangka sudah 5 tahun usia perkahwinan kita ye encik suami..Doaku semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa diberkati dan dilindungi Allah hingga ke syurga..Bersyukur Allah mengurniakan kami zuriat setelah beberapa tahun juga menantikan kehadirannya.. Sarah Ardini, buah hati pengarang jantung mommy..mommy love u much2..Semoga dimurahkan rezeki untuk menambah zuriat pada masa-masa akan datang..


my new family..


with my bestie, Nurul

with both of our parents..restu mereka, redha mereka adalah redha Allah

kurusnya saya time nih!

Tuesday, December 4, 2012

21 months..

Alhamdulillah hari ni Sarah Ardini sudah berusia 21 bulan..cepatnya masa berlalu..Sarah pun dh besar..mulut makin becok..macam2 dh boleh sebut..skrg ni dh kenal upin ipin..siap buat gaya upin ipin lg..pandai sungguh anak mommy ni..

My breastfeeding journey pun berbaki 3 bulan sahaja lagi..walaupun sudah campur dgn fm, bm tetap menjadi pilihan Sarah..Andai ada rezeki untuk hamil lagi, saya akan berusaha gigih untuk menyusukan anak..Insyaallah :)


Sarah Ardini, semoga kamu membesar sebagai wanita solehah, isteri mithali dan mukminah yg diredhai Allah..mama sayang kamu

Thursday, October 25, 2012

Sarah & playgroup activity

Ahad 2 minggu lepas saya daftarkan Sarah untuk join satu playgroup aktiviti di Excel Qhalif..Ada free class. Playgroup ni bukanlah tadika ke playschool ke ape...Ia cuma satu aktiviti berkumpulan kanak-kanak antara umur 2 hingga 4 tahun. Hanya berlangsung selama satu jam. Playgroup membantu anak-anak kita meningkatkan keyakinan diri, bergaul dengan kawan2 yang seusia dengan mereka serta sebagai satu cara ibu bapa meluangkan 'quality time' dengan anak-anak di hujung minggu. Semasa aktiviti berjalan, ibu atau bapa perlu berada di sisi anak-anak dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan anak-anak..Huahuahuaaa berpeluh dan mengah jugalah i masa tu..melompat la berlari la..hahaha..it's a good exercise for mommy and daddy too..

Mulanya kami macam dah tak nak bawa Sarah ke Excel Qhalif tu sebab Sarah sakit mata...huhuu..pity my little girl..bangun pagi tu mata tak bleh buka sebab tahi mata banyak sangat...lepas tu aku titiskan susu badan (mom's milk) dalam matanya..punyalah susah nak buat sebab anak dara meronta-ronta..Alhamdulillah, thank you Allah..mom's milk is one of the greatest gift from Allah to mothers..memang mujarab..mata anak dara dah makin ok..dan bolehlah Sarah join playgroup tu..



Kami tiba di EQ around 10.05 pg..Masa tu dah nampak teacher Ayu sedang menyapu di halaman luar..tunggu lah kejap dalam kereta sambil2 susukan Sarah..pastu anak dara tu tertidur la pulok..Ohh teacher Ayu ada pesan supaya anak-anak mendapat tidur dan rehat yang cukup sebab nnt akan ada banyak aktiviti.. Lebih kurang 10.20 pg kami pun masuk ke dalam sebab ramai parents yang dah sampai..

Bila masuk dan berkenalan dengan teacher Ayu dan parents yang lain..lepas tu teacher bagi name tag kt semua kids..hahaha..Sarah oh Sarah..kejap je name tag tu lekat kt baju dia..lepas tu dia cabut letak kat peha lah..dinding lah..kaki lah...anak oh anak..kebanyakan anak org lain umornya 2 thn ke atas..anak i sorang je yang umur 19 bulan..Sarah paling juniorlah kiranya..

Anak dara i ada peminat tau! Ada sorang kid ni namanya Amin..umor 4 thn..suke usik2 Sarah..Sarah pun terkedu jer..lama-lama menangis sbb abg Amin suka usik kaki tangan pipi Sarah...hahaha..Bila class dah nak start, abg Amin tu boleh terjerit-jerit..pastu anak2 lain menyambung pula...jadi huru hara sekejap kelas tu..mujurlah teacher Ayu tu pandai handle kids..well, class diteruskan dengan hiruk pikuk jeritan abg Amin..Mula2, berkenalan dulu...pastu beratur amik flower pot..pastu kita nyanyi lagu hello, hello, hello how are you?..selepas itu macam2 lagi aktiviti yang kami buat..last activity was hand painting..haaa yg ini memang Sarah suke sangat yer..bab2 menconteng tangan dengan kaler2..sampai nangis2 tak mau pulangkn water color pd teacher...


Secara keseluruhannya saya berpendapat playgroup ni memang bagus untuk kanak-kanak yang dah pandai bercakap dan faham arahan..tak sesuai dengan usia Sarah..sbb aku jer yg penat loncat sana sini..Sarah takdak feeling...hahahaha..takpe..just an exposure for my dotter...tp hari ni dia mcm ingat lg lagu2 yang nyanyi semalam..nanti bila dia dah 3-4 tahun baru aku plan nak hantar Sarah buat aktiviti macam nih...But the playgroup activity was a good exposure to her..

Siapa2 yang berminat nak hantar anak2 ke playgroup, boleh consider Excel Qhalif..Pendekatan yang digunakan ialah bahasa inggeris dan islamic..Below are the details:

Monday, October 8, 2012

sindrom anak tak mahu makan


Pada masa ini saya begitu runsing dengan Sarah. Sejak akhir-akhir ni dia tidak mahu makan sangat. Jika dulu, hidang apa saja mesti dimakannya. Skrg ni, dia lebih suka meratah lauk saja. Kalau ada nasi dan ikan goreng, dia akan pilih isi ikan. Bila ku suakan nasi, dia menggeleng. Aduhaii la anak.Adakah memang di waktu usia begini (19 bulan), kebanyakan anak2 memang begitu??


Sarah bukanlah picky eater type. Sebelum ni memang dia tak memilih makan. Apa yang ku hidang itulah yang dia makan. Sayur pun dia suka je makan.Cuma sekarang ni dia lebih banyak main dari makan. Dan menyusu pun kuat. Bila dah campur dengan susu formula ni barulah terasa berat juga kalau setiap minggu kene tambah bekalan susu. Syukurlah selama setahun lebih Sarah hanya minum susu badan. Sudah jimat kos susu di situ..Sekarang ni Sarah masih lagi menyusu badan, cuma time office hour dia minum susu fm sbb mama dia x mampu nak supply EBM yg byk lg..huhuu..

Berbalik kpd isu anak tak mahu makan ni, apayer yang boleh ku lakukan? Mungkin aku perlu cari menu yang betul2 boleh menarik minat dia makan mcm selalu...Huhuuu..Ok Sarah, mama will try my best..I love u sooo much sayang!


Sunday, September 30, 2012

Homemade cooking ~ made of love~

Alhamdulillah, ramadhan lepas berpeluang memasak sendiri. Walaupun tidak menukar waktu bekerja (wp3) dan tiba di rumah paling awal 6.15ptg, masih mampu bersilat di dapur utk sediakan juadah berbuka. Azam ramadhan lps mmg nak kurangkan makan makanan di luar..bazar ramadhan pun jarang sangat2 pergi. Boleh dikira dengan jari..Kalau pergi pun biasa hujung minggu, utk beli juadah tambahan utk dibawa ke rumah mertua atau rumah mak..Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan pembaziran di bulan ramadhan..syukurlah..Biasanya masa yang diambil utk memasak bukanlah lama sangat..bergantung kpd menu. Kalau menu banyak, lama lah..kalau menu simple2 sekejap jer..by the time azan berkumandang tu, dh blh makan :)

Di sini daku kongsikan beberapa juadah yang sempat disediak
an. Ni pun antara yang sempat di'snap'..huhuu


egg benedict in the making..ready to be baked in the oven..

egg benedict yg telah siap dibakar

Mudah sangat nak buat egg benedict ni.
Bahannya cuma roti sandwich, telur, lada sulah/lada hitam, butter (utk meleser permukaan bekas)


su'un goreng junior aka fried glass noodle

Ni menu breakfast utk Sarah. Sedap rupanya su'uh bila digoreng. Aku tahu pun setelah keluar makan dgn opismate dan dia biasa order menu ini. Mmg sedap dan mudah nak buat di rumah.


mi goreng basah junior

Ni pun resepi breakfast utk tuan puteri Sarah Ardini..


last ramadhan punya menu (sup tulang, nasi lemak)



mi bandung muar (perencah segera)..kurang ummpph perencah dia..cucur udang versi aku yg sempoi..

spiral with white sauce utk tuan puteri


menu sahur di hari pertama yang sangat simple..air warna oren tu performance drink Shaklee ye


kuah lontong & sambal bilis yg marveles..makan waktu bulan syawal ni..


ikan siakap 3 rasa

Seronok sangat sebenarnya bila dapat memasak ni. Yang paling penting, kebersihan terjaga dan bebas dari serbuk perasa yang kit pun tak tahu apa brand yang digunakan oleh tukang masak di luar sana. Tp sekali sekala mmg kami makan juga di luar, terutama di hari yang sampai rumah dh lewat..Mahu x mahu makan di luar jugalah..Pilihan kami, warung pattani di tepi jalan dekat dengan pejabat pos dengkil. Murah dan sedap. Rasa memang tak berubah..Menu biasa dipesan, kuetiaw kungfu..menu wajib tuh :)

Untuk Sarah memang setiap hari ku masakkan bekalan ke rumah pengasuhnya. Bergilir masak dengan adindaku. Kalau minggu ni aku prepare breakfast, so dia prepare lunch & dinner. So next week pulak aku yg prepare lunch dan dia buat breakfast. Bila dah buat sistem giliran begini maka masa memasak di dapur dapat dijimatkan. Kalau dulu berhempas pulas jugalah..menu masak pun lbh kurang sama..so pengasuh anak kami yang cadangkan buat sistem giliran..good idea..thx che' pah :)

Teringat pesanan chef amir di tv alhijrah, masak dari hati, masak dengan iman..insyaallah sedap :) true enough..walaupun masakan yang dimasak tu sangat simple, tp bila masak dgn hati yg ikhlas, insyaallah sedap.

Buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, rajin2lah memasak utk anak kita. Insyaallah, berkat air tangan ibu, anak kita membesar dengan sihat dan ceria. Kalau boleh, elakkan memberi makanan ringan kpd anak2 kerana x berkhasiat pun..Kalau makanan segera, masih mempunyai khasiat cuma kandungan lemaknya tinggi. Boleh kalau nk makan, tp jangan jadikan amalan.

Jom masak!





Saturday, September 22, 2012

let's go green-part 1

Saya mula mengenali lampin kain aka cloth diaper (cd) semasa mengandungkn Sarah..Semasa mengandung dulu saya mmg byk membaca mll majalah,buku dan juga internet..Internetlah sumber paling sena ng diakses..teknologi di hujung jari la katakan..hihii..

Maklum saja anak sulung..byk benda kita tak tahu..bercakap tentang CD ni, skrg ni byk dahjenama di pasaran. Masa awal dulu agak sukar nk cari di kedai..byk yg jual secara online..kl pergi expo mommyhood ke baby ke ade lah jumpa..

Sebenarnya CD ni kita dah pakai ms kecil dulu. Zaman sebelum lampin pakai buang diperkenalkan..masa tu lampin kain kita kena lipat sendiri, pakaikan pin utk kemaskan n then pakai plastik utk elak bocor..Cuma CD di alaf baru ni ditransformasikan dalam bentuk yg lebih menarik dan mudah sangat nak guna. Tak perlu lg melipat kain lampin dan pin..cuma sarungkan dan butangkn ajer..

Harga sekeping CD ni antara 20-100++ bergantung kpd material dan brand lah.. Mcm saya,  bajet pun x besar tp nk juga pkaikn Sarah cd..so sy beli dalam range rm20+. Ada brand autumnz, sunny baby, coolababy, qq baby..mcm2 corak menarik ado..mmg rambang mata kalu tgk..huhuuu..rasa mcm comel jer tgk anak ber CD..Di bawah ni antara collection CDs Sarah Ardini..




Hmmm...antara faktor penyebab ibubapa takmo guna cd n prefer lampin pakai buang ni adalah leceh nk basuh n perlu kerap menukar, selain harganya yang mahal.

Sebenarnya tidaklah susah mana jika dibandingkan dgn kebaikannya. Antara kebaikan menggunakan cd ni
  • mesra alam
  • jimat kos berbanding lampin pakai buang
  • bayi cepat tahu perbezaan basah n kering -> lebih mudah utk potty training
  • lebih selesa, fabrik lembut
  • bayi tak mudah kena ruam
  • penggunaan jangka masa panjang

sumber : google

Saya hanya menggunakan cd di hujung minggu saja. Waktu bekerja biasa saya bekalkn disposable diaper ke rumah pengasuh. Yer..x nk menyusahkan pengasuh Sarah..Di hujung minggu blhla menyusahkn encik suami..Sarah kl pakai cd mesti selalu berak..selesa sangat kot..aduyaiii itu yg encik suami x suke nk cuci..tp sekarang ni dia dah ok..sudah pandai nk handle cd ni..tak susah pun nak cuci cd yang bernajis. Hanya buangkan najis dalam mangkuk tandas dan kemudian spray tempat kotor tersebut dengan air paip yang kuat. Hilanglah kesan kotoran tu. Pastu boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau basuh tangan. Dulu2 semasa rajin, saya basuh semuanya guna tangan. Tp skrg dah malas, saya guna mesin basuh aje...Moh kita tengok bagaimana abah mithali pakaikan cd step by step






Lampin pakai buang sekarang ni pun dah makin mahal. Mujurlah Sarah ni kulitnya tidak sensitif. Jadi tiada masalah kalau saya pakaikan apa saja brand cuma ada sesetengah brand yang kurang sesuai sbb akan bocor..Kalau kita calculate perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang ni, dalam setahun boleh mencecah RM1000++.. Tu kalau anak sorang. Bayangkan anak ramai? Sebab itulah dari segi long term, mmg berbaloi guna cd ni. Walaupun harga sekeping cd ni dalam lingkungan RM20++, tetapi ia boleh diguna semula bertahun-tahun. So kalau anak bertambah, bolehlah guna lagi utk adik2 pula..Biasa anak2 ni kalau dah umur 3 tahun ke atas yang dh lepas potty training tu dh x pakai lampin lagi kan..So cd ni boleh bertahan sehingga 3 tahun!

Nak memulakan memang sukar pada mulanya. Tetapi percayalah lama-lama nanti anda akan rasa x susah pun guna cd ni.

Selamat ber'CD'!!


* credit to cloth diaper websites in Malaysia




Wednesday, September 12, 2012

doaku,harapanku...

Semoga diberikan kesabaran yang tinggi dan ketabahan hati dalam mendidik dan membesarkan amanah Allah ini..


Tuesday, September 4, 2012

Sarah turned 18 months

Alhamdulillah,sedar tak sedar anakanda Sarah sudah masuk 18 bulan hari ini..Cepat singguh masa berlalu..Syukur pada Allah Sarah membesar dgn sihat dan ceria..Sudah 18 bln jugalah mama menyusukan Sarah..ada lg 6 bln nk cukupkn tempoh penyusuan yg disarankan dlm AlQuran..hmmm..mungkin juga it's time to expand our nucleus family?hihiii..smg dipermudahkn segala urusan kami,ameen..

Sedikit update tntg perkembangan anakanda..
#skrg ni butir-butir percakapan Sarah sudah blh difahami..antara perkataan yg blh disebut oleh anakanda
*antik=cantik
*akit=sakit
*akut=takut
*ola=bola
*abah
*nanak=x nak

Anakanda pun dh blh sebut "lailahaillallah" dgn lancar..kl dulu cuma butir  laila aje yg kedengaran..anggota badan pun dia dh kenal dan faham bila kita tny mata,hidung,telinga,kaki,tangan,pipi dsb..

Sarah,
Mommy love u sooo much..Smg kamu membesar menjadi insan yg solehah,dan sentiasa di bwh rahmat kasih sayangNya..



Wednesday, July 4, 2012

My Little Girl

Saya sangat suka dengar lagu my little girl oleh Maher Zain..Lagu ini ditujukan khusus untuk my little girl, Sarah Ardini.. Hari ini Sarah sudah berusia 16 bulan..

Sarah, mama caaayang kamu..Smg kamu jadi anak solehah ye..




Saturday, May 19, 2012

my own testimonial on pb..

Hari ni saya nk share my own experience sebagai pengguna korset premium beautiful..a friend of mine told me that one of the benefits of using this corset is that,it can relieve your baby's fever..so i made an experiment.

Selasa lps semasa ambil Sarah dari rumah bbsitter,bbsitter dia ckp sarah nk demam..bdn dah panas..dalam kereta pun dia melepek je..mmg biasa kl sarah demam dia akn melepek..mama x sanggup tgk sarah melepek..bila dah sampai rumah,saya ambil suhu badan dia,lbh kurang 38degree.lps tu masa sarah tidur,saya balutkn badannya dengan waist nipper..lbh kurang lps isyak,sarah terjaga dan alhamdulillah dia bangun dgn wajah yg ceria..saya ambil suhu badan dia,  37.4degree!lps tu dia plk amik suhu badan anak patung dia..heh...bila Sarah ceria,mommy pun senang hati :-)




byk juga benefit korset ni..bukan hanya pada ibu,malah pada anak juga..x rugilah saya invest duit beli pb korset ni becoz byk manfaatnya..sbb tu lah saya sangat gembira untuk berkongsi kebaikan korset ni kpd semua rakan wanita saya..teknologi f.i.r yg terdapat pd korset ini menjadikan premium beautiful satu-satunya korset pilihan nombor satu wanita di Malaysia!

hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma mengenai korset istimewa ini! offer harga istimewa masih berlangsung sehingga hujung bulan ini..

Sunday, May 6, 2012

studio photo shoot

Assalamualaikum..

Last few wks buat pertama kali dlm hidup kami buat studio photo shoot..sebenarnya plan nk buat masa Sarah baru lahir..tp masa x mengizinkan...akhirnya selepas setahun ada juga rezeki utk buat..sesi yg kami ambil ni 45 minit..harganya pun not bad :) jenuh juga lah nk ambil gmbr ksi si kecil nih..biasalah bdk2 besar sarah ni mana nak duduk diam..huhuuu
Buat tatapan sarah bila dah besar nnt ;p

Sarah Ardini yg excited!!


Sarah shy shy cat 


angry bird...
my nucleus family :)

~credit to Serindit Photo~

Sunday, December 4, 2011

cuti2 malaysia

macam best je tajuk tuh..actually en. suami ada kursus @ langkawi...aku pun ambil kesempatan utk menemani en. suami ke sana...memandangkan tahap kesihatan en.suami yg kurang baik disebabkan oleh demam yg x baik2...trip ke langkawi ini juga merupakan trip pertama sarah menaiki kapal terbang...huhuhu..byk juga barang2 sarah yg ku bawa...risau juga susah nk dapat makan kat sana....huhuu...actually x bawak bekalan pun x pe...sbb aku suapkan sarah makanan hotel...bubur kosong..buah2an..sayur2an....mcm2 ada lah...heh...

secara keseluruhannya boleh ku katakan trip kali ni oklah...enjoy juga...cuma kasihan dkt en.suami yg kurang sihat lantaran menyebabkan kami hanya duduk di dalam bilik sajalah..mujurlah dapat angel bilik yg menarik..mengadap laut yg luas terbentang...subhanallah..mmg cantik bangat!!

oh yaa...hari ini genaplah puteriku Sarah 9 bulan....pantas sungguh masa berlalu...masih terasa kenangan mengandungkan sarah tidak lama dulu....sarah pun semakin aktif sekarang...dah sibuk nk memanjat sana sini...dah berapa kali dah si kecilku jatuh terlentang...aduyaaiii...lindungilah anakku ya Allah...smg dia baik2 aja...Sarah sayang,smg kamu membesar dengan sihat n ceria sayang...mommy love u much2!!

                                                 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...