Wednesday, November 4, 2009

tragedi berdarah 26 Okt 09..

Bayi antara empat maut dua kereta bertembung
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Empat sekeluarga, termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, meninggal dunia apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Proton Saga, di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Jalan Kajang-Dengkil, dekat sini tengah hari semalam.

Mereka yang terbunuh ialah Wan Hanisah Wan Ibrahim, 56; dua anaknya, Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi, 28, dan Nor Adilah, 26; serta cucunya, Siti Nur Balqis Mohammad Ariffadilah, tiga bulan yang juga anak Nor Lenny Marlina.

Kejadian berlaku jam 1 tengah hari ketika kereta yang dipandu Nor Adilah dari arah Kajang ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertembung dengan kereta yang terbabas dari arah bertentangan.

Nor Adilah dan Nor Lenny Marlina meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Semua mangsa cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata pemandu Proton Saga, seorang wanita berusia 44 tahun patah kaki dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Zahedi berkata, kereta Proton Saga dari arah PICC ke Serdang itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas melintasi pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan kereta mangsa.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, dekat sini selepas membeli-belah di Alamanda, berhampiran tempat kejadian.

Jenazah Nor Lenny Marlina dan Nor Adilah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala Wan Hanisah dan cucunya dihantar ke Hospital Putrajaya.

Sementara itu, suami Wan Hanisah, Mohd Zawawi Ablah, 56, yang bertugas di Kementerian Kewangan, berkata beliau mahu menghantar buaian yang dibelikan untuk Siti Nur Balqis ke rumahnya pada jam 12.40 tengah hari tetapi pintu rumah berkunci kerana mereka sudah keluar.

"Saya berpatah balik ke pejabat di Putrajaya, tetapi dalam perjalanan saya lihat ada kemalangan di lorong bertentangan dan ternampak kereta Perodua Kancil yang remuk.
"Saya amat terkejut apabila melihat mangsanya adalah isteri, anak dan cucu saya, manakala anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan dua anak saya yang tersepit dalam kereta," katanya sebak.

Abang mangsa dua beradik itu, Mohd Khairul Dahri, 29, kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pula berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapanya kira-kira jam 1 tengah hari memaklumkan kemalangan itu dan memintanya datang melihat sendiri di tempat kejadian.

"Apabila sampai di situ, polis memaklumkan dua adik saya terbunuh tetapi ibu, adik dan anak saudara saya sudah tidak ada di situ," katanya yang kali terakhir bertemu ibu dan adik-adiknya di rumah mereka malam kelmarin.

-------------------------------------------------------------------------------------
seminggu sudah berlaku..apa yg berlaku telah tersurat oleh takdir..sabar, redha dan pasrah menerima ujian Allah..Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami menghadapi ujianMu ini...

buat keluarga suamiku, moga kalian tabah menghadapi ujian ini..

buat ummi, lenny, dila n little balqis, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kalian..doa kami sentiasa mengiringi..damailah dengan tenang di sana...al-fatihah....













kenangan bersama arwah balqis..maklong rindu balqis :(

Friday, October 23, 2009

off to KK

tika ini aku dan hubby berada di KK, cuti2 M'sia...rasa b'salah juga dlm hati krn t'paksa menangguh kerja di ofis yang memang banyak menimpun tu...tp bila dikenang2..kl asyik fikirka kerja mmg sampai tua pun x blh b'cuti...jd aku tekadkn hati utk melupakan sebentar hal pejabat wlpn sekali sekala ade la juga staf ku di ofis call..

kami tiba di KK semalam tghr..sblm ini aku ke KK atas urusan kerja..sampai saja di airport sudah ada transport yg menunggu..tp smlm smpi di airport t'pinga2 juga la mencari transport nk ke bandar...ingtkn ade la bas ke van sapu ke which i believe cheaper than airport taxi...tp terpaksalah amik teksi yg b'hrg rm30..mahalnyer..nk buat cemaner kan..relakan aje la...

kami stay di hotel yg aku pernah stay dulu @ imperial international..aku suka hotel ni sbb dkt dgn shopping complex, pasar filipin dll..pendek kata strategik lah..dptla juga aku merasa lagi makan ikan bakar di tepi laut..tp mr hubby x brp suka mkn di situ (aku mmg dh jangka from the beginning pun...hehhe)

hr ini kami memulakan operasi shopping memandangkn esok dh nk balik...seronoknya b'jln2 wlpn x dpt nk g jln2 ke pulau (poket keringlaaaa...) x pe...nxt time kl ade rezeki ke KK lg, aku akn pastikan dpt jejakkan kakiku ke mn2 pulau di sana...huhhhhuuuu...

Sunday, October 11, 2009

sejak jumaat lepas aku mengalami demam selsema..jarang2 terkena demam..so bila dapat demam ni agak lama juga lah nk kebah...namun aku gagahkan jua badan ke rumah DPA buddy ku, jijah jumaat lps..lepak2 umh dia time lunch...byk jg lah story yg kiteorg share...memandangkan semua kt umh tu bakal jadi ibu, so topik perbincangan kami pd hari tu ialah mengenai motherhood...heheh...interesting jugalah...

semalam demamku makin teruk..malas nk makan penadol slps terbaca satu emel mengatakan long term effect akibat terlalu bergantung kpd penadol @ paracetamol nih..jd aku trylah minum 100plus..dalam demam2 tu pergi juga ke open house Nad @ Senawang, berkonvoi ngan jijah n yatt..bestnye dpt jumpa buddy2 sekalian..tambah meriah bila mantan mak sidang, si maznah yg dh sarat pun ada skali di sana...rindu pula dgn kwn2 dpa..kepala makin berat rasanya...malam pula ada open house DPP...nk x nak kena p jugalah...huhuuuuu...tp lega dpt menghirup sup di sana..sedap sikit rasa badan...

hari ni sepatutnye nk g beraya ke rumah best frenku nurul @ klang tp last minute kene cancel pula...insyaAllah nxt week la kl tiada aral melintang...ptg kawan hubbyku dtg beraya di rumah kami...sempat jugalah aku memasak bihun sup dan goreng apa2 yg ada dlm fridge tu..hehehe...deria rasa kurang baik dek selsema yg blm baik..so rasa sup ku itu mcm manalah yer...maaflah ye if x sedap..

berakhir weekend ini dgn aktivti beraya2...assignment bos bg x juga siap2 wlpun aku try jgk siapkn pg td...70% dh siap...ada lg 30% lum siap...aiseeeeehhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...