Thursday, January 9, 2014

January Special: Alfafa Complex Shaklee

Buat pencinta Alfafa...Bulan ni untung sangat kalau anda borong alfafa ni sebab bulan ni bulan istimewa Alfafa. Harganya jauh lebih murah..

Jom kenali alfafa


Alfafa merupakan tumbuhan yg sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia turut dikenali sebagai father of all foods! Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu kerana  kaya dengan nutrisi dan zat galian. Alfafa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, vitamin A, C, K, magnesium, kalsium, besi dan banyak lagi. 

Tahukah anda 10 biji alfafa menyamai segelas susu?

Alfafa amat sinonim sebagai herba untuk membuang toksin dalam badan. Ia turut membantu dalam merendahkan kolestrol, masalah buah pinggang, artritis,


Alfafa Complex Shaklee

Alfafa Complex ni adalah signature Shaklee. Ia dibangunkan oleh Dr. Forrest Shaklee pada tahun 1950an lagi...Wahhhh dah lama tu kan! Penanaman sehinggalah pemprosesan alfafa Shaklee memang dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan yang sangat ketat dan teliti..Satu tablet alfafa mengandungi 330 mg alfafa

Kebaikan alfafa shaklee

  • mencuci hati, darah dan usus
  • melawan alahan
  • menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • melawan tumor
  • melegakan keletihan
  • mencegah/merawat artritis
  • membantu masalah keputihan wanita
  • memperbaiki masalah saluran penghadaman (kembung, hyperacidity, ulser, gastrik dan sembelit)
  • penggalak susu ibu (milkbooster)


Testimoni pengguna Alfafa Shaklee (credit to RizqShaklee Cube)



Buat anda yang ingin turunkan berat badan, boleh try set bajet kurus Shaklee..Hanya dengan alfafa dan lecithin Shaklee



Setengah jam sebelum makan (setiap kali anda ambil makanan berat), ambil 10 biji alfafa dan 6 biji lecithin. Cubalah dan tengok hasilnya dalam tempoh sebulan. Tapi perlu konsisten lah, jangan pula hangat2 tahi ayam ya! :) 

Untuk penggunaan set bajet bagi tempoh sebulan, anda perlukan 1 botol besar alfafa yang mengandungi 700biji alfafa dan sebotol kecil alfafa yang mengandungi 330 biji DAN 3 botol lecithin..Sementara bulan ini bulan istimewa ALFAFA, berbaloilah jika anda memborong alfafa ni..Boleh pakat2 share dengan kawan2 juga!


Kalau nak dapatkan Alfafa Complex ni dengan harga RUNTUH, contact saya ya! Beli 6 percuma 1, tapi kalau nak beli 2 ke 3 ke 4 ke pun boleh dapat harga RUNTUH juga ;) FREE postage + FREE GIFT


Sumber rujukan:
Shaklee-Panduan Nutrisi
http://www.besthealthmag.ca/eat-well/nutrition/the-benefits-of-alfalfa
http://www.homeremediesweb.com/alfalfa_health_benefits.php





Monday, January 6, 2014

Saya dan tudung Akel

Dalam banyak2 jenama tudung di pasaran, saya memang setia dengan Akel. Rasanya banyak tahun dah pakai tudung akel ni..Sejak zaman belajar lagi sampailah sekarang. Walaupun sekarang ni dah banyak jenama tudung labuh especially tudung instant, tudung Akel juga yang menambat hatiku..Heheeee..Memang dalam almari tu 90% adalah tudung Akel..Kalau yang lama punya siap dah beropol2 dah tepinya..Lusuh benar tudung2ku

Tudung Akel ni adalah brand dari Turki..Tak pasti lah kt negara Turki tu rakyatnya pakai ke tidak tudung ni sebab yang aku perasaan minah2 turki ni kan suka pakai tudung jenis kain satin yg licin tu..Macam gambar di bawah ni :)



Kalau dulu tudung Akel ni memang plain aje, kalau yg bercorak pun x cantik langsung coraknya..Tapi sekarang ni dah makin maju la sikit..Yang bercorak pun menarik juga..Skrg ni dah ada tudung yang dual tone la triple tone la..Corak paisley pun ade tau! Yang paling saya suka sebab tudung ni bidangnya besar..Ada 50-60 inci..Tudungnya pun tak jarang, jadi mudah untuk dipakai semasa solat. Lagi satu mudah nak bentuk tudung Akel ni..


Tudung plain, dual tone macam kat atas tu harga dia RM23. Murah kan? Macam yang corak paisley tu, byk color yang saya beli..Sukaaa sangat..Heheheee..Kalau boleh semua color nak beli..


Selain Akel, ada lagi jenama adik beradik Akel ni macam Rosello, yang terbaru MissColor...Apepun, saya memang sukakan tudung ni berbanding tudung express di pasaran. Sebab tudung express ni materialnya kebanyakan adalah lycra, jadi agak sheksi jugalah..Kalau mereka yang berbadan kecik mungkin xde masalah..Huhuuu..Sekali sekala saya pakai juga tudung express ni..Cuma kene pandai nak gayakan tudung tu la supaya terlindung bahagian2 yang patut ditutup :)

Siapa2 yang berminat nak dapatkan tudung Akel dengan harga murah, bolehlah usha2 FB page ini yer Anggerik Zuhal Enterprise. Boleh nak COD bagi area berdekatan iaitu Putrajaya, Dengkil, Salak Tinggi dan Nilai..Contact aje owner dia..Sekarang ni memang dah jadi regular customer Anggerik Zuhal sebab diorg jual harga murah giler compared to kedai2..Ada kedai yang jual sampai RM35!

Thursday, January 2, 2014

Ulang tahun kelahiran

Jika abah masih hidup, hari ini abah berusia 56 tahun..Tarikh hari ini jugalah abah dikebumikan setelah tiba dari Pakistan kira-kira 3 thn yang lalu..

Hanya kiriman doa dari kami anak-anak di ulangtahun kelahiranmu abah, Alfatihah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...