Thursday, October 25, 2012

Sarah & playgroup activity

Ahad 2 minggu lepas saya daftarkan Sarah untuk join satu playgroup aktiviti di Excel Qhalif..Ada free class. Playgroup ni bukanlah tadika ke playschool ke ape...Ia cuma satu aktiviti berkumpulan kanak-kanak antara umur 2 hingga 4 tahun. Hanya berlangsung selama satu jam. Playgroup membantu anak-anak kita meningkatkan keyakinan diri, bergaul dengan kawan2 yang seusia dengan mereka serta sebagai satu cara ibu bapa meluangkan 'quality time' dengan anak-anak di hujung minggu. Semasa aktiviti berjalan, ibu atau bapa perlu berada di sisi anak-anak dan melakukan aktiviti bersama-sama dengan anak-anak..Huahuahuaaa berpeluh dan mengah jugalah i masa tu..melompat la berlari la..hahaha..it's a good exercise for mommy and daddy too..

Mulanya kami macam dah tak nak bawa Sarah ke Excel Qhalif tu sebab Sarah sakit mata...huhuu..pity my little girl..bangun pagi tu mata tak bleh buka sebab tahi mata banyak sangat...lepas tu aku titiskan susu badan (mom's milk) dalam matanya..punyalah susah nak buat sebab anak dara meronta-ronta..Alhamdulillah, thank you Allah..mom's milk is one of the greatest gift from Allah to mothers..memang mujarab..mata anak dara dah makin ok..dan bolehlah Sarah join playgroup tu..



Kami tiba di EQ around 10.05 pg..Masa tu dah nampak teacher Ayu sedang menyapu di halaman luar..tunggu lah kejap dalam kereta sambil2 susukan Sarah..pastu anak dara tu tertidur la pulok..Ohh teacher Ayu ada pesan supaya anak-anak mendapat tidur dan rehat yang cukup sebab nnt akan ada banyak aktiviti.. Lebih kurang 10.20 pg kami pun masuk ke dalam sebab ramai parents yang dah sampai..

Bila masuk dan berkenalan dengan teacher Ayu dan parents yang lain..lepas tu teacher bagi name tag kt semua kids..hahaha..Sarah oh Sarah..kejap je name tag tu lekat kt baju dia..lepas tu dia cabut letak kat peha lah..dinding lah..kaki lah...anak oh anak..kebanyakan anak org lain umornya 2 thn ke atas..anak i sorang je yang umur 19 bulan..Sarah paling juniorlah kiranya..

Anak dara i ada peminat tau! Ada sorang kid ni namanya Amin..umor 4 thn..suke usik2 Sarah..Sarah pun terkedu jer..lama-lama menangis sbb abg Amin suka usik kaki tangan pipi Sarah...hahaha..Bila class dah nak start, abg Amin tu boleh terjerit-jerit..pastu anak2 lain menyambung pula...jadi huru hara sekejap kelas tu..mujurlah teacher Ayu tu pandai handle kids..well, class diteruskan dengan hiruk pikuk jeritan abg Amin..Mula2, berkenalan dulu...pastu beratur amik flower pot..pastu kita nyanyi lagu hello, hello, hello how are you?..selepas itu macam2 lagi aktiviti yang kami buat..last activity was hand painting..haaa yg ini memang Sarah suke sangat yer..bab2 menconteng tangan dengan kaler2..sampai nangis2 tak mau pulangkn water color pd teacher...


Secara keseluruhannya saya berpendapat playgroup ni memang bagus untuk kanak-kanak yang dah pandai bercakap dan faham arahan..tak sesuai dengan usia Sarah..sbb aku jer yg penat loncat sana sini..Sarah takdak feeling...hahahaha..takpe..just an exposure for my dotter...tp hari ni dia mcm ingat lg lagu2 yang nyanyi semalam..nanti bila dia dah 3-4 tahun baru aku plan nak hantar Sarah buat aktiviti macam nih...But the playgroup activity was a good exposure to her..

Siapa2 yang berminat nak hantar anak2 ke playgroup, boleh consider Excel Qhalif..Pendekatan yang digunakan ialah bahasa inggeris dan islamic..Below are the details:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...