Saturday, January 19, 2013

Sembang Santai Selebriti

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan satu program anjuran surau di kediaman kami..Program Sembang Santai Selebriti..Panel undangan ialah Ustaz Zulkifli, saudara Sham Kamikaze dan Farah Asyikin OIAM..Program sembang2 ni adalah sesi perkongsian artis2 undangan mengenai pengalaman mereka berhijrah..Alhamdulillah..suka sangat tengok kebelakangan ni ramai artis kita sudah berhijrah kepada fitrah Islam..Farh asyikin sangat simple orangnya..langsung takde tabarruj..sopan sangat dan sweet :)


Dalam banyak2 perkara yang mereka kt atas tu bualkan, ada beberapa point yang menyentuh jiwa yang ingin dikongsikan bersama..

Daripada saudara Sham Kamikaze..katanya sewaktu berhijrah, ibubapanya sangat gembira tetapi tak pula menunjukkan reaksi dihadapannya. Tapi bila bersembang dengan ibunya, ibunya sangat bersyukur kerana doanya selama 35 tahun telah diperkenankan oleh Allah..betapa mulianya seorang ibu..tak jemu2 mendokan anak..memang betul..seorang ibu tu, walau buruk mana pun anaknya, tetap menerima anaknya dalam apa jua keadaan..

Daripada Farah pula, setelah berhijrah ni, dia meninggalkan apa sahaja perkara/benda yang menyusahkan dirinya untuk mendekatkan diri dengan Allah..istiqamah pd jalan Allah..sebagai contoh, dia kini x bermekap dah sbb bila bermekap ni akan menyusahkan bila nak solat, pakai pakaian yang sesuai dan mudah untuk dibawa bersolat..tak perlu bawa telekung...yang paling saya segan dengan dia ni..dia akan solat di awal waktu setiap waktu solat..ohh malunya..walaupun saya menutup aurat sejak baligh, sekolah agama, saya sering leka..solat pun kadang2 tidak di awal waktu..kagum saya dengan semangatnya..

sempoi kan Farah Asyikin? :)

Daripada perkongsian mereka ni saya sering mengingatkan diri ini untuk tidak melihat seseorang itu pada masa lampaunya..yang berlalu itu biarkanlah menjadi sejarah..yang paling penting ialah masa depan..kalau baik mana pun kita dulu2 tak menjamin kita baik sampai hujung nyawa kita kan? sbb itulah kita perlu selalu berdoa semoga sentiasa ditetapkan iman, istiqamah pada jalan Allah..smg pengakhiran kita juga baik2 :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...