Showing posts with label hijrah. Show all posts
Showing posts with label hijrah. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Jom Kurus!

Esok merupakan hari terakhir di bulan Februari..haiii cepatnya masa berlalu..blog ni macam dh bersawang sikit dah ni disebabkan tuannya x berkesempatan nk update..ni nak cerita pun macam dah basi..tp cerita jugalah ;)

26 Januari lepas saya berkesempatan menghadiri Seminar Jom Kurus anjuran Kevin Zahri di Prince Court Medical Centre. Sudah lama saya berhajat untuk join seminar ni tapi disebabkan takda teman yang berminat so saya pendamkan saja hasrat.

Syukurlah satu hari tu ada sorang kawan saya ni melalui fb wall dia saya nampak dia seperti sudah give up sbb buat mcm2 usaha pun berat badan still macam yoyo..tak turun2..so saya cadangkan dia join seminar ni sbb seminar ni akan berkongsi tentang pemakanan kita..pengiraan kalori..bagai pucuk dicita ulam mendatang..kawan saya pun setuju utk join..

Menariknya seminar ni kami diajar tentang cara pengiraan kalori..berapa sebenarnya jumlah kalori yang diperlukan oleh badan kita, berapa banyak kalori yang perlu dibuang oleh badan dan lain-lain..Untuk menurunkan berat badan juga kita perlu ada target yang jelas supaya tindakan kita nanti membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang kita impikan. Macam saya, saya tetapkan masa 6 bulan untuk mendapatkan berat badan yang saya idamkan...hope it works well!

So for those yang berminat nak tahu lanjut, u all boleh klik link ni http://kevinzahri.com
Kalau nak tahu, Kevin juga ada buat Jom Fit..kelas mengeluarkan peluh...saya macam berminat nk join..tp tak tahu sesi bila..hehhee

Enjoy the piccas

tekun mendengar sifu bercakap di depan
 
 
end of the session..
 

Saturday, January 19, 2013

Sembang Santai Selebriti

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan satu program anjuran surau di kediaman kami..Program Sembang Santai Selebriti..Panel undangan ialah Ustaz Zulkifli, saudara Sham Kamikaze dan Farah Asyikin OIAM..Program sembang2 ni adalah sesi perkongsian artis2 undangan mengenai pengalaman mereka berhijrah..Alhamdulillah..suka sangat tengok kebelakangan ni ramai artis kita sudah berhijrah kepada fitrah Islam..Farh asyikin sangat simple orangnya..langsung takde tabarruj..sopan sangat dan sweet :)


Dalam banyak2 perkara yang mereka kt atas tu bualkan, ada beberapa point yang menyentuh jiwa yang ingin dikongsikan bersama..

Daripada saudara Sham Kamikaze..katanya sewaktu berhijrah, ibubapanya sangat gembira tetapi tak pula menunjukkan reaksi dihadapannya. Tapi bila bersembang dengan ibunya, ibunya sangat bersyukur kerana doanya selama 35 tahun telah diperkenankan oleh Allah..betapa mulianya seorang ibu..tak jemu2 mendokan anak..memang betul..seorang ibu tu, walau buruk mana pun anaknya, tetap menerima anaknya dalam apa jua keadaan..

Daripada Farah pula, setelah berhijrah ni, dia meninggalkan apa sahaja perkara/benda yang menyusahkan dirinya untuk mendekatkan diri dengan Allah..istiqamah pd jalan Allah..sebagai contoh, dia kini x bermekap dah sbb bila bermekap ni akan menyusahkan bila nak solat, pakai pakaian yang sesuai dan mudah untuk dibawa bersolat..tak perlu bawa telekung...yang paling saya segan dengan dia ni..dia akan solat di awal waktu setiap waktu solat..ohh malunya..walaupun saya menutup aurat sejak baligh, sekolah agama, saya sering leka..solat pun kadang2 tidak di awal waktu..kagum saya dengan semangatnya..

sempoi kan Farah Asyikin? :)

Daripada perkongsian mereka ni saya sering mengingatkan diri ini untuk tidak melihat seseorang itu pada masa lampaunya..yang berlalu itu biarkanlah menjadi sejarah..yang paling penting ialah masa depan..kalau baik mana pun kita dulu2 tak menjamin kita baik sampai hujung nyawa kita kan? sbb itulah kita perlu selalu berdoa semoga sentiasa ditetapkan iman, istiqamah pada jalan Allah..smg pengakhiran kita juga baik2 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...