Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

April Special: Ostematrix



Bulan ini adalah bulan istimewa bagi Ostematrix..

Ostematrix Shaklee ini bukan sekadar kalsium, kerana ia turut mengandungi vitamin D, magnesium, fosforus dan banyak lagi...

Jika anda mempunyai masalah seperti berikut, bolehlah mencuba ambil ostematrix ni
  • kebas kaki tangan apabila bangun tidur
  • sembelit
  • sakit tumit, lutut
  • kejang
  • gigi rapuh
  • esteoporosis (tulang rapuh)
Ohhhh...lagi satu, jika ibu2 hamil yang tak suka minum susu, ostematrix merupakan alternatif terbaik untuk membekalkan keperluan kalsium untuk tubuh anda :)

Walaupun saya minum susu, saya masih lagi mengalami kebas2 di tangan dan kaki sewaktu bangun dari tidur..Mungkin juga keperluan kalsium saya tu tak mencukupi..Jadi saya ambil juga ostematrix ni dalam 2-3 biji sebelum tidur untuk bantu kurangkan masalah kebas2 kaki tangan..Jika anda yang langsung tak minum susu, ambillah 4 biji ostematrix setiap malam sebelum tidur..




Tahukah anda???



*Disclaimer
These statements have not been evaluated by the FDA. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Friday, October 11, 2013

Hamil selepas keguguran

Artikel di kopipes daripada pregnant.my

Keguguran ditakrifkan sebagai keluarnya janin atau kelahiran pramatang sebelum bayi mampu untuk hidup. Dianggarkan sebanyak 15% hingga 40% wanita hamil terdedah kepada risiko keguguran manakala 60% hingga 75% keguguran terjadi pada awal kehamilan iaitu sebelum kandungan mencecah 3 bulan. Kesedihan dan kekecewaan yang melanda akibat keguguran yang lalu semestinya masih meninggalkan kesan terhadap anda dan pasangan anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya akan adakah peluang untuk hamil selepas itu dan bilakah anda boleh mencuba lagi.

sumber: Google

Apakah faktor yang menyebabkan keguguran?

Seringkali, keguguran berlaku secara tidak diduga dan ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Oleh itu, keguguran boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuklah wanita yang sihat. Namun, beberapa faktor saintifik yang mengakibatkan keguguran dikenalpasti seperti berikut:
  1. Pembentukan embrio yang cacat disebabkan oleh jumlah kromosom yang tidak tepat atau strukturnya yang berubah. Kes seperti ini sering dikaitkan dengan keguguran awal.
  2. Pengaruh hormon pada wanita hamil – contohnya hormon prolaktin yang terlalu tinggi atau progesteron yang terlalu rendah yang mempengaruhi sistem kekebalan tubuh sekaligus mendedahkan kandungan kepada penyakit berat yang diderita oleh wanita hamil. Perubahan hormon juga boleh berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan merokok, meminum minuman keras, obesiti, atau kurang berat badan yang melampau.
  3. Tumor pada rahim wanita yang mengganggu pertumbuhan embrio.
  4. Serviks yang lemah dan tidak dapat menampung berat janin yang semakin berkembang.
  5. Jangkitan atau virus yang membahayakan seperti HIV.
  6. Penyebab fizikal seperti terjatuh atau mengalami kemalangan.

Bilakah anda boleh mencuba lagi?

Keguguran sekali bukanlah petanda bahawa anda tidak subur. Menurut pakar, wanita yang tidak menjalani proses D&C (iaitu pembedahan dilation & curettage untuk mengeluarkan janin yang tidak bernyawa dari rahim) berpeluang untuk hamil kembali seawal 7 hingga 10 hari selepas keguguran terjadi – sungguhpun anda masih mengalami pendarahan. Ini adalah kerana proses ovulasi masih boleh berlaku pada bila-bila masa dalam kitaran haid. Namun, sekiranya anda perlu melalui proses tersebut, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga sebulan supaya rahim anda benar-benar sembuh. Kehamilan pada peringkat awal (kurang daripada 3 bulan) biasanya tidak memerlukan proses D&C kerana janin akan keluar secara sendirinya.
Kebanyakan doktor pula biasanya meletakkan jangkamasa 3 kitaran haid untuk wanita yang mengalami keguguran hamil semula kerana selain memulihkan kesihatan fizikal, tempoh tersebut turut membantu wanita bersedia dari segi emosi.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko keguguran berulang?
  1. Sentiasa membuat pemeriksaan prenatal dan mendapatkan nasihat doktor. Keguguran boleh terjadi disebabkan beberapa perkara yang lebih diketahui oleh doktor yang memeriksa anda. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor dan jalanilah pemeriksaan prenatal sekerap yang mungkin.
  2. Jangan merokok atau meminum minuman keras ketika anda hamil.
  3. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat-ubatan kerana ia mungkin memudaratkan kehamilan anda.
  4. Melakukan pembedahan D&C bagi kehamilan yang melebihi 3 bulan untuk memastikan tiada saki-baki daripada keguguran yang lalu dan dapat mengelak jangkitan kuman.
  5. Menjauhi sebarang aktiviti berat serta menghindari semua perkara yang boleh menyebabkan stres.
  6. Mengamalkan diet yang sihat dan senaman yang secukupnya.
  7. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem peranakan, dapatkan rawatan yang berpatutan dengan penyakit tersebut. Contohnya, jalani ujian laparoscopi untuk mengetahui sebarang masalah pada rahim atau membuang fibroid sekiranya ada.

 Menguruskan emosi selepas mengalami keguguran
  1. Ambillah masa untuk anda bertenang dan benar-benar menerima keguguran yang telah ditakdirkan. Berserah kepada Tuhan atas ketentuan takdir dengan sentiasa berdoa juga akan dapat mengembalikan semangat anda untuk mencuba lagi.
  2. Dapatkan sokongan melalui pasangan anda dan keluarga terdekat seperti ibu dan kakak.
  3. Sertai kumpulan-kumpulan sokongan sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan dan berkongsi pengalaman bersama wanita yang pernah melalui keguguran.
  4. Di samping itu, perbanyakkan juga pembacaan berbentuk ilmiah anda supaya anda lebih peka terhadap kehamilan dan kesihatan anda serta sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila disahkan hamil semula.

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri...

Alhamdulillah, Syawal yang dinanti telah tiba dan disambut dengan penuh kesederhanaan..Sangat sedih kerana Ramadhan telah pun berlalu pergi. Entah sempat atau tidak bertemu lagi dengan Ramadhan..Seperti tidak banyak yang dapat dilakukan sepanjang Ramadhan yang lalu..Semoga Allah menerima amalan hamba yang tidak seberapa dan kurang sempurna itu..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, maaf zahir batin andai ada tutur kata, tingkah laku yang menyinggung hati sesiapa sahaja..

Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran dan berhati2 memandu di jalan raya!




Friday, August 2, 2013

Perginya Seorang Chua Boon Huat

Semalam ada tengok berita sukan tentang pemergian Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan. Entah kenapa tersentuh pula hati bila berita menayangkan belangsukawa Chua Boon Huat..


Mungkin sebab satu ketika dulu, aku pernah jadi peminat sukan hoki tanahair kot..Sekitar tahun 1998 semasa Sukan Komanwel sehinggalah awal 2000..Entah sebab ape ntah boleh terminat..Nama-nama seperti Mirnawan Nawawi, Keevan Raj, Logan Raj, S Kuhan, Chairil Anwar, Nor Saiful Zaini dan Chua Boon Huat tu memang segar diingatan..Ohh..adakah sebab arwah abah dulu pun mmg hockey player..Tidaklah sampai tahap wakil negara kan o_0

Istimewanya mendiang ni mungkin sebab he's the only chinese player in the team kot. Melayu dan India ramai jugak dalam team kebangsaan tu..



Lama lepas tu, minat terhadap sukan pun dah kurang..Tak sangka Chua Boon Huat masih beraksi di padang hoki sehingga sekarang..Sebab pemain yang lain seperti Keevan Raj tu semua dah bersara..Lain benar rupanya sekarang berbanding dulu..Ye lah..Mungkin dulu dia muda remaja, baru 17 tahun kot! Cute je ha masa tu si Ah Boon ni..

Bagi yang belum tahu, Chua Boon Huat meninggal dalam satu kemalangan di PJ awal pagi semalam..Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat sukan hoki negara..Beliau pergi dalam usia muda, 33 tahun..Sungguh, kematian itu tidak mengenal usia..



Rest in peace, Ah Boon! You'll be missed ^_^



Thursday, August 1, 2013

It's a girl!





Alhamdulillah, lebih kurang jam 1.30 ptg tadi, kami menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga mertua..It's a baby girl..Syukurlah, ibu n baby selamat..


Seronoknya Sarah sebab ada geng baru..Hanis Uzma dan baby baru yang belum ada nama lagi..Boleh jadi Charlie's Angel, 3 dara pingitan..Heheehe..

Mak long doakan kamu menjadi anak solehah, penyejuk mata dan hati ibu bapamu..

Congrats my BIL and wife! Welcome to parenting world!

Introducing baby Nurislam Azalea :)

It's a final count down...10 malam terakhir Ramadhan..

credit to fizal2310.blogspot.com
Allahu Allah...2/3 sudah lepas..kini kita berada di 1/3 yang terakhir Ramadhan..Sungguh Ramadhan kali ini sangat cepat berlalu dan kenapa aku rasa seperti telah ketinggalan keretapi pula?? o_O


Kali ini tiada rezeki berpuasa penuh dek peristiwa keguguran awal bulan Julai lalu..Takpelah, perancangan Allah untuk kita pastinya yang terbaik buat kita..

Yang penting, selagi Ramadhan masih bertamu, gunakan kesempatan sebaik mungkin untuk melakukan amal ibadah kerna belum tentu kita bertemu dengan Ramadhan akan datang..Insyaallah..Marilah sama2 lipatgandakan usaha di 8 hari terakhir ini..Semoga amal ibadah kita diterima Allah, ameen..






Wednesday, July 17, 2013

It's Over...

2 minggu telah berlalu maka berakhir sudahlah confinement period saya..Episod keguguran telah berlalu..Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..Hamba redha dengan segala ketentuanMu kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku...Jangan terlalu bersedih mengenangkan kisah lalu..Ubati kesedihan dengan mendekatkan diri kepada Allah...



Tuesday, July 16, 2013

Like my page on facebook

Kepada yang sudi, LIKE lah page baru saya Shaklee n Me di facebook ya :)


Terima kasih daun keladi, 
Rajin2lah jenguk page kami :)

Friday, July 12, 2013

Sabarlah bila diuji..

Artikel oleh Ustaz Pahrol Juoi ini sangat-sangat membantu mengubat hati yang sedang lara...

http://genta-rasa.com/2012/09/25/kenalilah-tuhan-yang-menguji-mu/


Sabarlah, redhalah ketika kita diuji..Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita...

Friday, July 5, 2013

My Wish Lists

Assalamualaikum..

Antara wish list saya untuk tahun ini [dibawa ke tahun depan]

1.  Wardrobe

Dah lama idam nih..Makin hari pakaian di rumah tu makin bertambah disebabkan saya yang sangat suka membeli secara online. Baju saya dan baju Sarah..Ooohhh..hari2 lipat baju [errr..bukan hari2], sampai lemari baju pun sudah penuh..katil pun sudah penuh..So kalau buat wardrobe tu lega sikitlah dapat sumbat segala mak nenek baju tu..Maih mengumpul bajet sebab dah survey2 tengok paling2 pun rege dalam RM2k++ ^________^


2. Deep freezer



Disebabkan freezer di rumah tu tak mampu menampung kapasiti makanan, sudah tiba masanya untuk membeli deep freezer..
Mula-mula konpius antara chest dengan upright..Upright nampak smart..Tp macam terhad aje compartment dia..So saya nak yang chest aje lah..Lebih cost savvy dan sesuai utk ruang dapur saya yang comel itu..

Dah survey online [blog walking] harga paling murah leh dapat dalam RM599..

3. Medela fs



Ni kalau ade rezeki dapat anak sorang lagi ;p

Sebenarnya dah ade spectra 3 pun..Boleh buat double pumping pun cuma kene pegang..so dia tak begitu freestyle..Plus suction sudah out walaupun encik suami telah menggodek2 dalaman parts dia..Mungkin kene godek sekali lagi..Kalau tak ok jugak suction dia kita hantar pergi servis lah!

Masa tgh survey dlm blog aritu, baru tau yg medela ni ada yg dr Swiss, US n UK. Dikatakan kalau dr Swiss ni ada warranty di Malaysia iaitu Lactaequip. Tp ade beberapa review cakap yang kalau pi hantar kt Lactaequip pun pakai duit banyak, serupe beli aje medela UK or US made tp after sale servis lebih baik..Hmmm..i have no idea about this..Mungkin pengguna medela fs boleh komen la kot..

Begitu banyak yang menjual medela fs..saya pun tak tahu nak beli yg mana satu..Harus mengkaji dan terus mengkaji..Harga online RM1450-RM2219..

Setakat ni tu je lah wish list saya buat masa ni..Sambil2 verangan, sambil kumpul duit..Duit lebihan potongan PTPTN, duit bonus Shaklee bulan2 tu semua akan disumbat masuk ke dalam akaun utk menunaikan wish list saya..Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ;p 

Monday, June 17, 2013

Persoalan dalam kehidupan

Teringat semasa menghadiri kursus sekitar beberapa tahun lepas mengenai kekeluargaan.

Penceramah ada berkata. Dalam hidup ini kita tak boleh lari daripada persoalan. Pelbagai persoalan. Contohnya bila kita dah habis belajar, orang sekeliling bertanya dah dapat kerja ke belum. Lepas tu sambung pula bila nak kahwin. Dah selamat kahwin, bila nak dapat anak..Dapat sorang anak, bila nak tambah anak? Kalau mak ayah kita pula bila nak dapat cucu??

Itulah persoalan2 dalam kehidupan yang tak akan pernah berakhir..Kata penceramah lagi, walaupun persoalan2 itu ada kalanya menyentuh perasaan kita, hadapilah dengan sabar. Anggaplah mereka prihatin terhadap kita.

Ya, saya juga tak terlepas daripada daripada persoalan2 sedemikian. Berkahwin pada Disember 2007. Rezeki mendapat anak agak lewat..Pertengahan tahun 2010 baru mengandung. Di antara 2008-2010 tu soalan2 bila nak dapat anak? Kau merancangkah? Memang dah lali dengan soalan BILA NAK DAPAT ANAK???

Ya, saya akui soalan tersebut ada kalanya menghiris hati..Kadang2 mengalir juga airmata..Kalaulah semua orang faham bagaimana perasaan orang yang dah berkahwin tapi lambat dikurniakan zuriat, anda pasti tak akan bertanya..Tidakkah anda sedar bahawa kami tiada jawapan untuk persoalan tersebut? Hanya Allah sahaja yang tahu..Tak sedarkah soal jodoh, maut, rezeki itu semuanya telah ditetapkan oleh Allah??Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha yang terbaik dan bertawakal..


Alhamdulillah Sarah skrg pun dah 2 tahun 3 bulan. Saya sangat memahami perasaan anda yang TTC..Berusahalah selagi terdaya, jangan pernah berputus asa..Dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah, Allah mendengar rintihan hambaNyA...

Sekitar 2-3 bulan lepas, ada seorang kerani di pejabat saya cakap pada saya.. Dulu pun lambat nak dapat, kali ni pun lambat juga kot nak buleh anak?? Patutkah anda bercakap begitu kepada saya? 

Baru-baru ni pun, semasa bersembang dengan seorang hamba Allah, dia bertanya benda yang lebih kurang sama..Sarah dah besar dah kan..Dah boleh tambah dah ni. Nisa merancang ke?..Lambat juga ye nak dapat yang kedua? Allahu Allah...saya hanya tersenyum saja lah..

Kadang-kadang tu terasa geram juga dengan orang yang tak berapa prihatin akan perasaan orang lain..Nak aje saya balas, kalau tunggang terbalik 'make love' everyday pun, kalau Allah kata belum masanya, tak akan jadi juga..Haaa...emo pulak mak!!

Belajarlah memahami dan sensitif akan perasaan orang lain..Anda tidak berada di tempat mereka, anda mungkin tak faham apa yang mereka lalui..Anda juga harus bersyukur kerana anda tidak melalui seperti apa yang mereka lalui kerana belum tentu anda kuat untuk menghadapi apa yang mereka hadapi sekarang!


 

Tuesday, June 4, 2013

Sarah is 27 months young today!

Alhamdulillah, you are 27 months young today Sarah Ardini :)

Semoga kamu menjadi orang yang memelihara solatmu, auratmu dan agamamu..Membesarlah menjadi anak yang solehah..

O Allah, please guide her steps forever, ameen..

Mommy love u to the maxxxx  ^_^







Tuesday, May 14, 2013

Penjagaan kulit muka

Tahukah anda kulit merupakan organ homeostasis yang penting? Kulit bertindak sebagai rintangan yang memisahkan antara persekitaran luar dan persekitaran dalam badan kita.

Kulit melindungi otot-otot dan organ badan manusia. Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan iaitu epdermis, dermis dan hipodermis.

gambar ehsan pakcik Google

Dalam banyak2 bahagian kulit manusia, bahagian yang sering dititkberatkan semestinya kulit muka terutamanya bagi kaum Hawa. Tak gitu? Tetapi pada aku, bukan hanya wanita, orang lelaki pun perlu menjaga kulit mereka agar penampilan mereka lebih berkeyakinan..Hehehee..Tapi orang lelaki sekarang ni ramai yang dah sedar kepentingan menjaga kulit muka ni, especially yg metroseksual tu..Kadang-kadang kalah orang perempuan pulak cara mereka menjaga muka.


Gambar ehsan Google


Gambar ehsan Google

Penjagaan kulit muka memang penting kerana ia mempengaruhi penampilan seseorang. Bayangkanlah kalau muka tak dicuci setiap hari? Bedak pun tak pakai..Mesti kusam muka anda kan? 

Saya pernah menghadiri satu bengkel penampilan diri di pejabat baru-baru ini. Penceramah menekankan tentang pentingnya menjaga penampilan diri kerana ia membentuk imej kita. 

4 perkara asas menjaga kulit muka;
  • Cleansing 
Mudah sahaja. Anda cuma perlu mencari pencuci muka yang sesuai bertindak dengan kulit muka anda. Untuk kulit kering, digalakkan memakai pencuci muka jenis creamy. Bagi kulit berminyak pula digalakkan menggunakan pencuci jenis gel. Bagi anda yang mempunyai kulit normal, boleh lah mencuba pelbagai jenis pencuci kerana kulit normal biasanya tiada masalah.

Tidak digalakkan mencuci muka terlalu kerap. Memadailah dicuci ketika bangun daripada tidur dan sebelum masuk tidur.

  • Exfoliate
Langkah ini biasanya banyak ditinggalkan oleh kebanyakan wanita. Pada saya proses ini memadai dilakukan seminggu atau dua minggu sekali. Yang paling mudah digunakan ialah skrub muka. Boleh dibeli di farmasi atau boleh dibuat sendiri bagi yang menyukai kaedah tradisional. Ohh ya, pesanan penceramah saya, masker/skrub muka baik disimpan di dalam peti sejuk untuk ketahanannya lebih lama

  • Moisturize
Ohh ya...selepas mencuci muka, biasanya kita akan sapukan toner ke wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembab. Tujuannya adalah untuk menutup pori2 wajah kita di samping membersihkan sisa2 minyak dan solekan.

Penggunaan pelembab amat penting bagi mereka yang mempunyai kulit kering [seperti saya ^__^]
Bagi yang mempunyai kulit kombinasi, anda boleh sapukan pelembab di bahagian yang kering dan pada bahagian berminyak iaitu hidung dan dahi memadai disapu sedikit sahaja.

  • Sunscreen
Tahukah anda salah satu penyumbang kepada penuaan kulit wajah ialah pancaran matahari! Sebab itulah pemakaian sunscreen/sunblock amat penting terutama jika anda sering melakukan aktiviti di luar bangunan. Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan aktiviti luar yang ingin anda lakukan. Pendedahan kepada sinar matahari terlalu lama tidak baik untuk kulit kerana sinaran UV untuk tempoh jangka masa panjang boleh merosakkan sel2 kulit kita.

Jika berkemampuan, sebulan atau dua bulan sekali tu pergilah buat facial treatment di salun/spa.Saya pernah terbaca satu artikel mengenai kulit kita  ber'salin'/bertukar setiap 35 hari..Memang elok sangatlah kalau buat facial treatment tu.


 Selain itu, penting juga untuk kita tahu jenis kulit muka supaya kita dapat membeli produk yang bersesuaian dengan jenis kulit dan barulah akan menampakkan kesan.


Selain daripada 4 perkara asas penjagaan kulit muka, saya juga berpendapat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang turut membantu pembentukan kulit yang sihat. Kalau hidup kita selalu stress, percayalah ia akan terlihat pada wajah kita. Banyaklah kedutan2 halus di muka dan kulit muka juga nampak kusam. Sebaliknya jika kita amalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, sering tersenyum, pasti wajah kita akan berseri dan menawan ;)

Bagi yang ada budget lebih, pengambilan supplement juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin C dan E membantu mencantikkan kulit wajah seseorang. Vitamin E juga membantu menghilangkan parut2 di wajah dan badan. Trend sekarang di Malaysia adalah kolagen. Di mana2 saja ada dijual kolagen. Nasihat saya, pilihlah produk yang baik dan mendapat kelulusan daripada KKM. Jangan nak cantik punya pasal, tapi end up duduk di hospital akibat salah membeli produk..

Jom sama2 kita menjaga kesihatan!


Sunday, March 17, 2013

Kelas Asas Renang - part 1

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


kagum je kan tengok anak orang kecil2 lagi dah pandai berenang  :)
Masa DPA dulu memang kami diwajibkan menyertai kelas renang. Percuma aje. Tapi aku x khatam pun belajar atas alasan2 tertentu..huhuuu..aku hanya reti terapungkan diri sahaja. Minat nak belajar berenang tu memang ade tapi susah nak mencari kolam yang tertutup atau yang dikhaskan untuk wanita sahaja..Owhhh memang ada..tapi life guard semuanya lelaki..Memang aku kurang selesa..

Sehinggalah baru2 ini PPTD advertised kelas asas renang untuk wanita..Serta merta aku meringankan tangan untuk mengisi borang permohonan bersama seorang sahabatku. Alhamdulillah permohonan kami diterima. Bayaran dikenakan RM130 ada 8 kali kelas. Satu jam setiap sesi. Tempatnya pun dekat sangat dengan pejabat kami di Pusat Maritim. Sungguh, aku x pernah tahu ada wujud kolam tertutup di situ.



Setakat ini alhamdulillah sudah 4 kelas berlalu dan hanya berbaki 4 kelas sahaja lagi. Kelas sebelum ini kami diajar teknik pulling. Ohh nampak senang saja tetapi bila nak buat sendiri, x lepas2..bila tangan menarik air, kaki pula terlupa nak kicking..huk3..mujurlah coach kumpulan kami, coach Syima tu penyabar orangnya..aku pula yang rasa bersalah x lepas2 lagi teknik tersebut..Begini teknik pulling yang ku lihat macam senang tu..

http://www.youtube.com/watch?v=zhH1gFLRIc4

Jujurnya aku mulai gemar berenang sekarang..tapi persekitaran yang kurang sensitif membataskan peluang untuk wanita muslimah berenang. Di tempat yang kami belajar sekarang ni memang best sebab tertutup. Cuma ia tak buat sesi asing atau khusus untuk perempuan sahaja. Alangkah baiknya kalau pihak yang terlibat prihatin akan hal ini :)

Kalian yang ada anak2 kecil, galakkanlah anak2 anda berenang sejak mereka kecil. Berenang itu kan sunnah..Selain itu, berenang merupakan riadah yang sangat baik kerana anda menggunakan semua otot2 anda dan paling penting, risiko kecederaan adalah amat rendah berbanding sukan yang lain :)

http://www.facebook.com/photo.php?v=10151500105072243&set=vb.738462242&type=2&theater

Bersambung di entry seterusnya..


Sunday, March 10, 2013

Aku sayang Malaysia!!

Setiap kali melihat dada akhbar memaparkan OP Daulat, hati sangat tersentuh dan sayu melihat ahli keluarga yang kehilangan oran tersayang mereka..sungguh aku juga merasainya kerana aku juga pernah merasainya..hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana perit rasanya kehilangan insan yang tersayang..



Ya Allah, lindungilah tanah airku yang tercinta..selamatkanlah para penduduk di Lahad Datu dan di sekitarnya juga seluruh rakyat Malaysia...Marilah sama-sama kita doakan agar negara kita akan terus aman dan damai...

Doakan juga semoga pahlawan2 negara kita yang gugur tergolong dalam golongan mati syahid kerana mempertahankan negara, insyaallah..Semoga Allah merahmati mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman, Al-fatihah...

Friday, March 8, 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...