Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru




Golongan pendidik merupakan insan yang sangat mulia pada pandangan mataku. Ini kerana mereka lah yang mendidik anak2 bangsa sehinggalah berjaya. Tanpa mereka, kita tidak akan menjadi seperti hari ini. 

Ibu bapa adalah guru terawal dalam hidup kita. Merekalah yang mengajar kita tentang erti kehidupan. Ibu bapa dan guru-guru adalah insan yang istimewa dan dekat di hati kita..

Tetapi, guru dahulu dengan guru zaman sekarang memang berbeza. Anda dapat lihat/rasakan tak perbezaan itu? Mungkin zaman sekarang ni, ada mereka yang memilih kerjaya guru ni 'last resort/last choice' sebab tiada pilihan lain. Maaf jika andaian saya salah. Tetapi saya mempunyai ramai kawan bergelar guru. Ada di antara mereka seakan2 terpaksa memilih kerjaya ini kerana tidak mendapat pekerjaan lain. Bila perkara ini terjadi, ditambah pula tiada minat melainkan sebab terpaksa, maka keikhlasan untuk mengajar itu tidak wujud. 

Saya mempunyai seorang rakan yang memberitahu saya walaupun sudah lebih kurang 5 tahun menjadi guru, dia masih tidak dapat meng'ikhlas'kan diri menerima kerjaya ini. Hari2 dia merungut, malas nak pergi sekolah. Tapi sebab terpaksa, dia pun pergi jugalah mengajar. Mungkin kawan saya itu tiada 'jiwa' mengajar.. Tetapi saya sering berkata padanya, kerja sebagai guru ni sangat mulia. Pencen kubur sudah ada..Untung mereka yang bergelar cikgu ni. Saya berharap agar satu hari nanti, kawan saya itu akan mencintai kerjayanya sebagai seorang cikgu.


Mengimbas kenangan di alam persekolahan, saya rasa saya adalah pelajar yang sederhana saja. Tidaklah glamor disebabkan kepandaian atau kenakalan..Heheh..Betul lah kan.. Ada orang dikenali di sekolah sebab dia budak pandai..Cemerlang setiap kali exam. Ada pulak yang memang dikenali sebab dia budak nakal. Selalu aje buat onar di sekolah. Jadi saya yang sederhana ini menjalani rutin kehidupan secara normal aje lah. Cuma teringat semasa di darjah 6 di sekolah rendah agama.. Ada satu hari ustazah buat sesi komentar pelajar kepada ustazah. Maksudnya pelajar2 semua dikehendaki menulis sesuatu tentang ustazah. Ada satu komen tu, dia cakap ustazah sayangkan SAYA. Hahahaa..Sebabnya ustazah selalu sebut nama saya dalam kelas. Padahal ustazah beritahu, saya ni seorang yang sangat pendiam dalam kelas. Sebab itulah ustazah selalu sebut nama saya. Takut saya ke laut agaknya tak fokus dalam kelas...Hehehehe..kelakar betullah pelajar yang beri komen macam tu..

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu2 dan pensyarah2 yang pernah mendidik saya sejak dari tadika, SIGS JB, SK Subang, SK KRU, SAMTH, SAM BESTARI, KMPP dan UNIMAS. 

Terima kasih atas jasa kalian. Tanpa kalian, saya tidak menjadi seperti hari ini..Terima kasih..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...