Tuesday, May 14, 2013

Penjagaan kulit muka

Tahukah anda kulit merupakan organ homeostasis yang penting? Kulit bertindak sebagai rintangan yang memisahkan antara persekitaran luar dan persekitaran dalam badan kita.

Kulit melindungi otot-otot dan organ badan manusia. Kulit manusia terdiri daripada 3 lapisan iaitu epdermis, dermis dan hipodermis.

gambar ehsan pakcik Google

Dalam banyak2 bahagian kulit manusia, bahagian yang sering dititkberatkan semestinya kulit muka terutamanya bagi kaum Hawa. Tak gitu? Tetapi pada aku, bukan hanya wanita, orang lelaki pun perlu menjaga kulit mereka agar penampilan mereka lebih berkeyakinan..Hehehee..Tapi orang lelaki sekarang ni ramai yang dah sedar kepentingan menjaga kulit muka ni, especially yg metroseksual tu..Kadang-kadang kalah orang perempuan pulak cara mereka menjaga muka.


Gambar ehsan Google


Gambar ehsan Google

Penjagaan kulit muka memang penting kerana ia mempengaruhi penampilan seseorang. Bayangkanlah kalau muka tak dicuci setiap hari? Bedak pun tak pakai..Mesti kusam muka anda kan? 

Saya pernah menghadiri satu bengkel penampilan diri di pejabat baru-baru ini. Penceramah menekankan tentang pentingnya menjaga penampilan diri kerana ia membentuk imej kita. 

4 perkara asas menjaga kulit muka;
  • Cleansing 
Mudah sahaja. Anda cuma perlu mencari pencuci muka yang sesuai bertindak dengan kulit muka anda. Untuk kulit kering, digalakkan memakai pencuci muka jenis creamy. Bagi kulit berminyak pula digalakkan menggunakan pencuci jenis gel. Bagi anda yang mempunyai kulit normal, boleh lah mencuba pelbagai jenis pencuci kerana kulit normal biasanya tiada masalah.

Tidak digalakkan mencuci muka terlalu kerap. Memadailah dicuci ketika bangun daripada tidur dan sebelum masuk tidur.

  • Exfoliate
Langkah ini biasanya banyak ditinggalkan oleh kebanyakan wanita. Pada saya proses ini memadai dilakukan seminggu atau dua minggu sekali. Yang paling mudah digunakan ialah skrub muka. Boleh dibeli di farmasi atau boleh dibuat sendiri bagi yang menyukai kaedah tradisional. Ohh ya, pesanan penceramah saya, masker/skrub muka baik disimpan di dalam peti sejuk untuk ketahanannya lebih lama

  • Moisturize
Ohh ya...selepas mencuci muka, biasanya kita akan sapukan toner ke wajah terlebih dahulu sebelum memakai pelembab. Tujuannya adalah untuk menutup pori2 wajah kita di samping membersihkan sisa2 minyak dan solekan.

Penggunaan pelembab amat penting bagi mereka yang mempunyai kulit kering [seperti saya ^__^]
Bagi yang mempunyai kulit kombinasi, anda boleh sapukan pelembab di bahagian yang kering dan pada bahagian berminyak iaitu hidung dan dahi memadai disapu sedikit sahaja.

  • Sunscreen
Tahukah anda salah satu penyumbang kepada penuaan kulit wajah ialah pancaran matahari! Sebab itulah pemakaian sunscreen/sunblock amat penting terutama jika anda sering melakukan aktiviti di luar bangunan. Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan aktiviti luar yang ingin anda lakukan. Pendedahan kepada sinar matahari terlalu lama tidak baik untuk kulit kerana sinaran UV untuk tempoh jangka masa panjang boleh merosakkan sel2 kulit kita.

Jika berkemampuan, sebulan atau dua bulan sekali tu pergilah buat facial treatment di salun/spa.Saya pernah terbaca satu artikel mengenai kulit kita  ber'salin'/bertukar setiap 35 hari..Memang elok sangatlah kalau buat facial treatment tu.


 Selain itu, penting juga untuk kita tahu jenis kulit muka supaya kita dapat membeli produk yang bersesuaian dengan jenis kulit dan barulah akan menampakkan kesan.


Selain daripada 4 perkara asas penjagaan kulit muka, saya juga berpendapat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang turut membantu pembentukan kulit yang sihat. Kalau hidup kita selalu stress, percayalah ia akan terlihat pada wajah kita. Banyaklah kedutan2 halus di muka dan kulit muka juga nampak kusam. Sebaliknya jika kita amalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, sering tersenyum, pasti wajah kita akan berseri dan menawan ;)

Bagi yang ada budget lebih, pengambilan supplement juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin C dan E membantu mencantikkan kulit wajah seseorang. Vitamin E juga membantu menghilangkan parut2 di wajah dan badan. Trend sekarang di Malaysia adalah kolagen. Di mana2 saja ada dijual kolagen. Nasihat saya, pilihlah produk yang baik dan mendapat kelulusan daripada KKM. Jangan nak cantik punya pasal, tapi end up duduk di hospital akibat salah membeli produk..

Jom sama2 kita menjaga kesihatan!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...