Showing posts with label 1436H. Show all posts
Showing posts with label 1436H. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 1436H

Bersawangnya lah hai di sini..

Sedar tak sedar hari ini sudahpun masuk 27 Ramadhan..Ada lagi 2 hari tetamu istimewa ini bakal meninggalkan kita..Sedihnya rasa...sebab setiap tahun bila menjelang ramadhan mesti bersemangat waja nak buat macam2..Nak khatam 30 juzuk, nak istiqamah buat tahajjud, nak berterawih la..Bila dah berada di bulan ramadhan, macam2 yang dirancang tu selalunya tak dibuat sepenuhnya..Ada aja alasan T_T  Kenapa...kenapa...kenapa wahai diriku?? Belum tentu lagi kita bertemu Ramdhan yang akan datang, tapi setiap kali tiba ramadhan, macam tu la juga...

Walaupun ramadhan berbaki lagi 2 hari, masih ada lagi masa untuk kita menambah amalan di bulan mulia ini..Rugiiiii sangat2 kalau tak buat..Jom masuk gear 5!!


credit to shafiqolbu.wordpress.com

Sunday, October 26, 2014

My brother's engagement

25.10.14

Pada tarikh ini semua umat Islam menyambut tahun baru 1436H..

Pada tarikh ini juga adik lelaki saya telah selamat menjadi tunangan orang..Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. 

Cuma saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyaksikan majlis pertunangan tersebut. Encik suami terlibat dengan majlis sambutan Maal Hijrah di PICC. Majlisnya tamat agak lewat. Kebetulan juga majlis pertunangan adik saya bermula sekitar jam 12 tengah hari. Dalam atur cara majlis sambutan Maal Hijrah tertulis tamat program jam 11 pagi..Ahli keluarga yang lain semua sudah bersiap dan hanya menunggu saya..Hampir jam 1145 masih belum habis majlis di PICC..Saya menyuruh mereka pergi dahulu dan kami akan menyusul kemudian..

Nak dipendekkan cerita, apabila kami tiba, majlis pun sudah selesai dan para tetamu sedang menjamu selera..Terkilan sungguh rasa di hati..

Apapun, tahniah adikku atas pertunangan kalian. Semoga dipermudahkan urusan akan datang..Insyaallah tahun depan keluarga kami akan bertambah :)


sisterhood





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...